Gemas
| Gemas 'GOMEH' |
|
| Koordinat: 2°35′00″U 102°35′00″T / 2.5833°U 102.5833°T | |
|---|---|
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Tampin |
| Kerajaan | |
| - Wakil rakyat | YB Zainab bt. Nasir |
| Poskod | 73400 Gemas |
Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 km. Manakala, Seremban pula 101 km.
Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysian, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.
Selain dari pusat bandar Gemas asal, di sebelah Johor, bahagian baru yang dikenali sebagai Gemas Baharu telah didirikan yang terletak sekitar 1 km dari pusat bandar Gemas.
Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m.
|
[sunting] Sejarah Gemas
Penduduk asal adalah keturunan orang melayu asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan angkatan ke Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang. Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan " Rumah Rehat Gemas". Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan [perlu rujukan] mengenai nama logam iaitu "Gold" dan " Omeh " menjadi Gomeh dan dibakukan menjadi Gemas, iaitu Gua Emas dan bercantum menjadi Gemas.
[sunting] Jambatan Gemencheh semasa Pertempuran Malaysia
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh berhampiran Gemas merupakan tapak pertempuran sengit antara Tentera Empayar Jepun dan Batalion ke 2/30, Division ke-8, Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF). Pegawai Pemerintah Batalion merupakan Lieutenant Kolonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh merupakan jambatan merentasi Sungai Gemencheh yang menhubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini bagi sampai ke Gemas.
Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi tapak serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia mengundur melalui Gemas ke Estate Fort Rose.
Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.
Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.
[sunting] Perhubungan
| Bandar/Pekan | Jarak (km) |
|---|---|
| Kuala Lumpur | 165 |
| Seremban | 101 |
| Port Dickson | 127 |
| Rembau | 76 |
| Tampin | 53 |
| Gemencheh | 27 |
| Bandaraya Melaka | 90 |
| Alor Gajah | 68 |
| Rompin | 17 |
| Bahau | 34 |
| Batu Kikir | 43 |
| Bandar Seri Jempol | 45 |
| Temerloh | 124 |
| Segamat | 32 |
Gemas menjadi penting kerana di sini landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan. Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.
Jalan raya pula menghubungkan Gemas dengan Segamat di Johor, Rompin dan Bahau di utara. Selain itu jalan raya menghubungkan Gemas dengan Melaka dan Johor melalui pekan Ayer Kuning dan terus ke Simpang Bekoh.
- Keretapi Tanah Melayu Bhd, No. 858, 73400 Gemas
- Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas
- The Southern Omnibus Co Bhd,Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas
[sunting] Bentuk muka bumi
Sungai Gemas , Sungai Muar dan Sungai Gemencheh mengairi kawasan pertanian, getah , kelapa sawit ,sayur-sayuran dan buah-buahan di Gemas. Di barat daya terletaknya Gunung Ledang ( 1276 m) . Bukit Berot adalah bukit yang tertinggi di Gemas.
Antara tempat yang berhampiran dengan Gemas ialah Sungai Kelamah (Felda), Kampung Pasir Besar, Felda Pasir Besar, Perhentian Londah, Kampung Pudu, Batu Enam, Buluh Kasap, Kampung Tebing Tinggi, Ayer Kuning Selatan, Kampung Ayer Gelugor dan Kampung Sungai Dua, Felda Gugusan Jelai, Gugusan Palong serta Rompin.
Lain-lain ialah Kampung Tengah (7.8 nm), Air Kuning Selatan (7.8 nm),Kampung Sungai Dua (6.0 nm), Kampung Bangka Hulu (1.0 nm),Kampung Ladang (1.0 nm), Kampung Ulu Ladang,Kampung Bentan 1.4 nm), Delta Village (6.1 nm), Kampung Sungai Siput (9.9 nm), Kampung Relau (11.0 nm), Kampung Permatang Panjang (10.3 nm) dan Kampung Kubu Dedap.
[sunting] Kemudahan Awam
- Makhamah Majistret Gemas, Jalan Mahkamah, 73400, Gemas
- G-Bowl, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- KFC Gemas, Gemas Square 73400, Gemas
- Hotel Bee Chew, Jalan Stesen, 73400, Gemas
- Klinik Kesihatan Gemas, Jalan Tok Sulong, 73400 Gemas
- Hotel Gemas, Taman Gemas Jaya, 73400, Gemas
- Tabung Haji, Gemas Square 73400,Gemas
- G-Mart Gemas, Rumah Rakyat Gemas 73400, Gemas
- Balai Polis Gemas, Jalan Lintang, 73400,Gemas
- 7 Eleven, Jalan Batu Anam, 73400 Gemas
- Hotel Tropicana, Jalan Lintang, 73400, Gemas
- Stesen Keretapi Gemas, Jalan Stesen, 73400, Gemas
- Maybank, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Public Bank, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Bas Gemas, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Gemas Golf Resort, Taman Gemas Indah, 73400, Gemas
- Klinik Desa Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, 73400, Gemas
- Homestay Gemas, Jalan Londah, 73400, Gemas
- Rumah Rehat Gemas, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Caltex, Pekan Gemas, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Petronas, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell I, Pekan Gemas, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell II, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Stesen Minyak BHP Petrol, Jalan Pasir Besar-Muadzam Shah, Felda Pasir Besar, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell, Jalan Palong-Muadzam Shah, Felda Palong 2, 73400, Gemas
- Hotel Hung Suan, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Ar Rahnu Yapeim, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- NFZ Auto, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Medan Selera, Jalan Gemas-Londah, 73400, Gemas
- Cosway, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Tenaga Nasional Berhad, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Pejabat Pos, Gemas Square, 73400, Gemas
- Hotel Gemas ( Air Cond), Taman Damai, 73400, Gemas
- Nasi Ayam Gemas, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Masjid Jamek Pekan Gemas, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Sakan, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Bas Pasir Besar, Jalan Stesen, Pasir Besar, 73400, Gemas
[sunting] Perladangan
[sunting] RISDA
- TSK Bukit Bentan, Gemas
- TSB Kg. Londah
- TSB Kg. Londah 1
- TSB Ulu Ladang
- TSB Kg. Ladang 1 & 2
- TSB Kg. Bangkahulu
- TSB Lubuk Jong
- TSB Pasir Besar
- TSB Kg. Kurnia DiRaja
[sunting] FELDA
- Felda Pasir Besar
- Felda Bukit Jalor
- Felda Sungai Kelamah
- Felda Kurnia Diraja
- Felda Gugusan Palong
- Felda Jelai
[sunting] Kelapa sawit
- Gemas Oil Mill Sdn Bhd, No. 514, 73400 Gemas
- Guthrie Ropel Bhd, No. 952, Ladang Sungai Gemas, 73400 GemasGemas
- Havys Oil Mill Sdn Bhd,Paramount Estate, Felda Palong 15, 73430 Gemas
- Ladang Sungai Gemas, No. 952, Ladang Sungai Gemas, 73400 Gemas
- Ladang Ternakan Putihekar, No. 559, 73400 Gemas
TH P ladang pasir besar box 30 gemas
- TH P kilang sawit lad pasir besar
- Lembaga urusan tabung haJI gemas
[sunting] Getah
- Chin Lian Rubber Estate Sdn Bhd, Ladang Gemas Baru, 73400 Gemas
- Ecotherm Sdn Bhd, Felda Rubber Ind Sdn Bhd, Felda Palong 15, 73470 Gemas
- Gemas Bahru Estate Sdn Bhd, seorang tauke cina yang beralamat di Gemas..
- ENC Maju Trading, Syarikat pemilik seorang anak penoroka yang mempunyai lesen membeli getah iaitu Rahmah binti Mhd Noor semasa kecil tinggal di pondok Polis pasir besar...seorang wanita yang berjaya, Gemas.
[sunting] Perkayuan
- Ever Prime Timber Industry Products Sdn Bhd, No. 878, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
- Kemplus Timber Sdn Bhd, No. 885, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
- King Timber Trading, 869/ 1, Jalan Tampin Batu 1 3/4, 73400 Gemas
- Perkayuan Bersatu Jaya, No. 1738, Jalan Tampin Batu 1 1/2, 73400 Gemas
- Syarikat Kilang Papan Gemas Sdn Bhd, No. 1180, Jalan Tampin Batu 2, 73400 Gemas
- Syarikat Kilang Papan Kim Mah Sdn Bhd, No. 1496, Jalan Tampin Batu 3 1/2, 73400 Gemas
- Team Timber Product Trading, No. 10, Taman Golden Hill, 73400 Gemas
[sunting] Taman Perumahan
- Taman Gemas Indah
- Taman Sungai Gemas
- KTM Quaters
- Bukit Masjid
- Kampung Tiong
- Gemas Height
- Taman Gemas
- Taman Desa Bakti
- Taman Murris
- Taman Desa Permai
- Taman Damai
- Taman Gemas Jaya
- Taman Sentosa
- Taman Sahabat
- Taman Megah
- Taman Gembira
- Taman Sentosa 2
- Taman Sentosa 3 (Sedang Dinaiktaraf)
- Rumah Rakyat Gemas
- Taman Molek
- Kampung Sri Gemas
- Kampung Londah
- Kampung Ulu Ladang
- Kampung Bangkahulu
- Kampung Ladang
- Taman Pasir Besar
- Kampung Pasir Besar
- Kem Syed Sirajuddin
- Mutiara Height (Sedang Dinaiktaraf)
- Bandar Baru Gemas(Sedang Dinaiktaraf)
- Kampung Melayu
- Taman Gemas Setia
- Perumahan Bomba
- Perumahan Klinik Kesihatan
[sunting] Sekolah Kebangsaan
- Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
- Sekolah Kebangsaan Gemas
- Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Jalor
- Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (F)
- Sekolah Kebangsaan Jelai 2
- Sekolah Kebangsaan Jelai 3
- Sekolah Kebangsaan (Felda) Pasir Besar
- Sekolah Kebangsaan Londah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah
- Sekolah Kebangsaan Kem Gemas
[sunting] Sekolah Menengah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar
[sunting] Berdekatan Bandar Gemas
[sunting] Pautan luar
![]() |
Bukit Rokan, |
Bahau, |
Bandar Muadzam Shah, |
![]() |
| Gemencheh, |
Segamat, |
|||
| Batang Melaka, |
Asahan, |
Gunung Ledang, |
|
||||||||||||||||||||||||||
