PT-91M "Pendekar"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PT-91M "Pendekar"
Czołg PT-91.jpg
Jenis Kereta kebal utama
Asal Poland
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Bumar Labedy
Jumlah dibina 48 (2009)
Variasi PT-91 Twardy

PT-91M "Pendekar" (M - Malaysia) merupakan kereta kebal utama bagi negara Malaysia. Perjanjian perolehan kereta kebal ini dimeterai pada 11 April 2003 dengan firma Bumar Labedy dari Gliwice, Poland. Dibangunkan berasaskan casis kereta kebal utama T-72M1, kereta kebal PT-91M telah menjalani revolusi ektensif oleh firma Bumar Labedy dari Poland untuk memenuhi keperluan strategik peperangan armor di Malaysia. Ia mempunyai bentuk yang lebih rendah, kompak, daya mobiliti yang lebih baik serta berat tempur sekitar 45 tan di lihat sangat bersuaian dengan persekitaran dan bentuk muka bumi di Malaysia. Diberi nama Pendekar semasa sambutan Hari Tentera Darat pada 1 Mac 2008 oleh PTD Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Kesemua kereta kebal ini dioperasikan oleh Rejimen 11 KAD, Kor Armor DiRaja, Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Pada bulan Mac 2002, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah mengumumkan hasrat Malaysia untuk memperoleh 48 buah kereta kebal utama PT-91 Twardy yang dimodenkan bersama-sama 14 buah kenderaan sokongan (terdiri daripada 6 buah kenderaan kembalik berperisai WZT-4, 3 buah kereta kebal kejuruteraan medan MID-M dan 5 buah kereta kebal pembawa jambatan medan berperisai PMC Leguan). Pada 11 April 2003, kontrak rasmi telah ditandatangani oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Hashim Meon dan Presiden Bumar Pte Limited Andrzej Spis dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan Poland Jerzy Szmajdziński. Nilai kontrak dianggarkan melebihi AS$ 300 juta (RM 1.4 bilion) [1] dengan penghantaran dijangka bermula pada bulan Februari 2006. Kesemua kereta kebal PT-91M dan kenderaan sokongan akan diselenggara oleh syarikat MMC Defense yang bertindak sebagai rakan industri tempatan bagi firma Bumar Łabędy di Negeri Sembilan.

Ujian [sunting]

Firma Bumar Labedy & OBRUM telah membawa masuk sebuah kereta kebal utama prototaip PT-91 pada tahun 2000 bagi tujuan ujian dan penilaian awal oleh Tentera Darat Malaysia. Ujian telah dijalankan di beberapa lokasi di Malaysia dan berdasarkan keputusan ujian ini, pihak tentera darat telah mencadangkan beberapa perkara kepada firma Bumar Labedy untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan pada PT-91 supaya keupayaannya sebenarnya dapat dioptimakan apabila ditauliahkan dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Malaysia. Di antara cadangan yang telah dikemukan kepada firma Bumar Labedy adalah supaya perubahan dilakukan terhadap gabungan enjin dan sistem transmisi yang dikatakan ”kurang serasi”. Firma Bumar Labedy difahamkan telah menukar enjin pada PT-91 dari S12-U berkuasa 850 hp kepada enjin diesel firma PZL-Wola S-1000R yang berkuasa 1000 hp. Kereta kebal ini kemudiannya dikenali sebagai PT-91Z (’’’Z’’’ merujuk pada Zmodernizowany – dimodenkan) dan diwar-warkan sebagai versi eksport di pameran ketenteraan.

Setelah segala cadangan dan penambahbaikan yang diminta oleh pihak tentera darat disempurnakan, firma Bumar Labedy telah membawa masuk kembali kereta kebal versi dipertingkat iaitu PT-91M (”M” merujuk kepada Malaysia) untuk tujuan ujian dan penilaian lanjut di Malaysia. Selepas dipertontonkan kepada orang ramai semasa perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-48 pada bulan Ogos 2005 di Putrajaya, tentera darat telah menjalankan ujian kedua terhadap kereta kebal Bumar Łabędy PT-91M. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta kebal ini memenuhi spesifikasi dan penanda aras yang ditetapkan oleh tentera darat. Ekoran kejayaan ujian medan ini, kereta kebal ini telah dihantar balik ke Poland untuk menjalani ujian tembakan secara intensif.

Spesifikasi [sunting]

Ciri-ciri umum [sunting]

  • Krew: 3 orang
  • Dimensi: 10.03 x 3.7 x 2.19 meter
  • Berat tempur: 45.3 tan

Prestasi [sunting]

  • Enjin: PZL Wola S-1000R (diesel), 1,000 hp
  • Transmisi: Renk/SESM ESM 350M[2]
  • Kelajuan
    • Jalan raya: 70km/j
    • Jalan desa: 45km/j

Persenjataan [sunting]

  • Meriam utama: 125mm Konstrukta / ZTS Special 2A46MS
  • Mesingan sepaksi: 1x 7.62 x 51mm FN MAG 57T
  • Mesingan anti udara: 1x 12.7 x 99mm FN Browning M2 HB di turet
  • Sistem pengurusan pertempuran: Sagem Epsilon
  • Sistem kawalan tembakan: Sagem SAVAN-15, giro cincin laser Sagem SIGMA 30
  • Pembidik panaromik: Sagem VIGY 15
  • Perlindungan: ERAWA-3 ERA, 4x sistem amaran laser Przemysłowe Centrum Optyki SSP-1 Obra-3, 24x (2x12) pelancar bom asap ZM Dezamet 902A 81mm

Lihat juga [sunting]

Pembangunan berkaitan

Kereta kebal setanding Kereta kebal utama setanding

Senarai berkaitan


Rujukan [sunting]

  • Majalah Perajurit, keluaran Oktober 2007, m/s 18, PT-91M
  • Majalah Perajurit, keluaran September 2007, m/s 42, Kor Armor Diraja terima PT-91M

Pautan luar [sunting]