Pertempuran Somme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Somme
Sebahagian daripada Perbatasan Barat semasa Perang Dunia Pertama
Map of the Battle of the Somme, 1916.svg
Pertempuran Somme 1 Julai – 18 November 1916
Maklumat am
Tarikh 1 Julai – 18 November 1916
Lokasi Sungai Somme, utara tengah Somme dan tenggara Départements Pas-de-Calais, Perancis
Koordinat 50°1′N 2°41′E / 50.017°U 2.683°T / 50.017; 2.683Koordinat: 50°1′N 2°41′E / 50.017°U 2.683°T / 50.017; 2.683
Hasil Kemenangan Anglo-Perancis
Pihak yang berperang
United Kingdom Empayar British

Flag of France.svg France

 German Empire
Komander dan pemimpin
United Kingdom Douglas Haig
Perancis Ferdinand Foch
United Kingdom Henry Rawlinson
Perancis General Émile Fayolle
United Kingdom Hubert Gough
Perancis General Joseph Alfred Micheler
Empayar Jerman Crown Prince Rupprecht of Bavaria
Empayar Jerman Max von Gallwitz
Empayar Jerman Fritz von Below
Kekuatan
13 British and 11 French divisions 1 July
51 British and 48 French divisions July – November
10½ divisions 1 July
50 divisions July – November
Kerugian dan kehilangan
623,907 c. 400,000 – c. 500,000
sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Pertempuran Somme (Bahasa Perancis: Bataille de la Somme, Bahasa Jerman: Schlacht an der Somme), juga dikenali sebagai Serangan Somme, merupakan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama antara tentera empayar British dan Perancis menentang empayar Jerman. Ia berlangsung antara 1 Julai dan 18 November 1916 pada kedua belah tebing Sungai Somme di Perancis. Pertempuran ini merupakan salah satu yang terbesar semasa Perang Dunia Pertama, di mana lebih dari 1,000,000 orang tercedera atau terkorban, menjadikannya satu dari pertempuran paling berdarah dalam sejarah kemanusiaan. Tekad Perancis-British bagi serangan di Somme telah dibuat semasa perbincangan Berikat di Chantilly, Oise pada Disember 1915. Pihak Berikat bersetuju dengan strategi serangan gabungan terhadap Kuasa Pusat pada tahun 1916, oleh tentera Perancis, Russia, British dan Itali, dengan serangan Somme sebagai sumbangan Perancis-British. Bahagian utama serangan akan dibuat oleh Tentera Perancis, disokong di sisi utara oleh Tentera Keempat dari Pasukan Expeditionari British ("British Expeditionary Force-BEF").

Ketika Tentera Jerman memulakan Pertempuran Verdun di Meuse pada Februari 1916, banyak divisen Perancis yang bertujuan bagi Somme dilencongkan dan serangan sokongan oleh pihak British kini menjadi usaha utama. Hari pertama di Somme merupakan kekalahan teruk bagi Tentera Kedua Empayar Jerman, yang diusir dari barisan pertahanan pertama oleh pasukan Tentera Keenam Perancis, dari Foucaucourt-en-Santerre selatan Somme ke Maricourt di tebing utara dan oleh Tentera Keempat British dari Maricourt ke persekitaran jalan Albert–Bapaume. 1 Julai 1916 juga merupakan hari paling teruk dalam sejarah Tentera British, yang mengalami c. 60,000 korban, terutamanya di perbatasan antara jalan Albert–Bapaume dan Gommecourt, Pas-de-Calais, di mana serangan gagal dengan teruknya, hanya sedikit tentera British sampai ke baris hadapan Jerman. Tentera British di Somme merupakan campuran sisa tentera biasa sebelum-perang, Pasukan jajahan dan Tentera Kitchener yang terdiri daripada batalion Pals, diambil dari kawasan dan pekerjaan yang sama, yang kehilangannya mempunyai kesan sosial mendalam di Britain.

Pertempuran ini penting bagi kepentingan kuasa udara dan penggunaan kereta kebal pertama. Pada akhir pertempuran, pasukan British dan Perancis telah menembusi 6 batu (9.7 km) ke dalam jajahan diduduki Jerman, mengambil lebih banyak kawasan berbanding sebarang serangan sejak Pertempuran Marne Pertama pada 1914. Tentera Anglo-Perancis gagal menawan Péronne dan masih 3 batu (4.8 km) dari Bapaume, wdi mana tentera Jerman mengekalkan kedudukan mereka semasa musim sejuk. Serangan British di lembah Ancre bersambung pada Januari 1917 dan memaksa Jerman berundur pada musim sejuk ke baris simpanan pada Februari sebelum pengunduran dijadual ke Siegfriedstellung (Garis Hindenburg) bermula pada Mac.

Jeneral Sir Douglas Haig, komander BEF dan Jeneral Henry Rawlinson, 1st Baron Rawlinson komander Tentera Keempat, telah dikritik sejak itu, kerana bilangan korban semasa pertempuran dan kerana gagal mencapai matlamat jajahan mereka. Pada 1 Ogos 1916 Winston Churchill mengkritik kelakuan Tentera British samasa serangan pada Kabinet British, mendakwa bahawa sungguhpun pertempuran tersebut telah memaksa Jerman menghentikan serangan mereka di Verdun, attrition mejejaskan tentera British lebih berbanding tentera Jerman. Sungguhpun Churchill gagal menawarkan jalan lain, pandangan kritik mengenai British di Somme memberi pengaruh dalam penulisan bahasa Inggeris sejak itu.


Nota[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku
  • Bond, B. (2002). The Unquiet Western Front: Britain's Role in Literature and History. London: CUP. ISBN 0-52180-995-9. 
  • Boraston, J. H. (1919). Sir Douglas Haig's Despatches (edisi 1920). London: Dent. OCLC 633614212. 
  • Churchill, W. S. C. (1923–1931). The World Crisis (edisi Odhams 1938). London: Thornton Butterworth. OCLC 4945014. 
  • Chickering, R. (1998). Imperial Germany and the Great War, 1914–1918 (edisi 2nd, 2004). London: CUP. ISBN 0-52154-780-6. 
  • Doughty, R. A. (2005). Pyrrhic Victory: French Strategy and Operation in the Great War. Cambridge, MA: The Belknap Press of Harvard University. ISBN 0-67401-880-X. 
  • Dowling, T, (2008). The Brusilov Offensive. Bloomington IN: Indiana University Press. ISBN 0-253-35130-8. 
  • Duffy, C. (2006). Through German Eyes: The British and the Somme 1916 (edisi Phoenix 2007). London: Weidenfeld & Nicholson. ISBN 978-0-7538-2202-9. 
  • Edmonds, J. E. (1932). Military Operations France and Belgium, 1916 Vol I: Sir Douglas Haig's Command to the 1st July : Battle of the Somme (edisi IWM & Battery Press 1993). London: Macmillan. ISBN 0-89839-185-7. 
  • Falls, C. (1940). Military Operations France and Belgium 1917: The German Retreat to the Hindenburg Line and the Battles of Arras (edisi IWM & Battery Press 1992). London: HMSO. ISBN 0-89839-180-6. 
  • Foley, R. T. (2007). German Strategy and the Path to Verdun : Erich von Falkenhayn and the Development of Attrition, 1870–1916. Cambridge: CUP. ISBN 978-0-521-04436-3. 
  • Harris, J. P. (2008). Douglas Haig and the First World War (edisi 2009). Cambridge: CUP. ISBN 978-0-521-89802-7. 
  • Hart, P. (2006). The Somme. London: Cassell. ISBN 978-0-304-36735-1. 
  • Herwig, H. (1996). The First World War: Germany and Austria-Hungary 1914–1918. London: Bloomsbury Academic. ISBN 0-34057-348-1. 
  • McCarthy, C. (1993). The Somme: The Day-by-Day Account (edisi Arms & Armour Press 1995). London: Weidenfeld Military. ISBN 1-85409-330-4. 
  • Miles, W. (1938). Military Operations France and Belgium, 1916 Vol II: 2nd July 1916 to the End of the Battles of the Somme (edisi Battery Press 1992). London: Macmillan. ISBN 0-901627-76-3. 
  • Philpott, W. (2009). Bloody Victory: The Sacrifice on the Somme and the Making of the Twentieth Century (edisi 1st). London: Little, Brown. ISBN 978-1-4087-0108-9. 
  • Prior, R.; Wilson, T. (2005). The Somme. Yale University Press. ISBN 0-300-10694-7. 
  • Robinson, H. (2010). "Remembering War in the Midst of Conflict: First World War Commemorations in the Northern Irish Troubles". 20th Century British History 21 (1). doi:10.1093/tcbh/hwp047. ISSN 1477-4674. 
  • Sheffield, G. (2001). Forgotten Victory, The First World War: Myths and Realities (edisi Review 2002). London: Hodder Headline. ISBN 0-7472-6460-0. 
  • Sheffield, G. (2003). The Somme. London: Cassell. ISBN 0-304-36649-8. 
  • Sheffield, G. (2011). The Chief: Douglas Haig and the British Army. London: Aurum Press. ISBN 978-1-84513-691-8. 
  • Sheldon, J. (2005). The German Army on the Somme 1914–1916 (edisi Pen & Sword Military 2006). London: Leo Cooper. ISBN 1-84415-269-3. 
  • Sheldon, J. (2009). The German Army at Cambrai. Barnsley: Pen & Sword Books. ISBN 978-1-84415-944-4. 
  • Simpson, A. (2001). The Operational Role of British Corps Command on the Western Front 1914–18 (edisi 2005). London: Spellmount. ISBN 1-86227-292-1. 
  • Steele, O. W. (2003). Facey-Crowther D. R.. ed. Lieutenant Owen William Steele of the Newfoundland Regiment: Diary and Letters. Montreal: McGill-Queen's University Press. ISBN 0-7735-2428-2. http://books.google.ca/books?id=BSiK5NKOsTwC&lpg=PP1&dq=Lieutenant%20Owen%20William%20Steele%20of%20the%20Newfoundland%20Regimen&pg=PP1#v=onepage&q&f=true. Capaian 3 July 2013. 
  • Terraine, J. (1963). Douglas Haig : The Educated Soldier (edisi 2005). London: Cassell. ISBN 0-304-35319-1. 
  • Wynne, G. C. (1939). If Germany Attacks: The Battle in Depth in the West (edisi Greenwood Press 1976). Connecticut: Faber. ISBN 0-8371-5029-9. 
Websites

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Books
Websites

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:World War I