Kereta kebal Schneider CA1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Schneider CA
Schneider CA1 (M16) tank.jpg
Asal Bendera Perancis Perancis
Spesifikasi
Berat 13.6 tan
Panjang 6.32 m
Lebar 2.05 m
Tinggi 2.30 m
Krew 6

Perisai 11+5.5 mm ruang
Senjata
utama
75mm Blockhaus Schneider
Senjata
kedua
2×8mm Hotchkiss M1914 machine guns
Enjin Schneider 4-cyl.
60 kuasa kuda (45 kW)
Kuasa/berat 4 hp/tan
Sistem
ampaian
Spring gelong
Jarak
operasi
30/80 km
Kelajuan 8.1 km/h


Kereta kebal Schneider CA1 (pada asalnya dinamakan Schneider CA) merupakan kereta kebal pertama Perancis. Ia hasil dari keperluan bagi mengatasi kebuntuan peperangan kubu parit semasa Perang Dunia Pertama.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Perkembangan Caterpillar[sunting | sunting sumber]

Schneider & Co. merupakan pengilang persenjataan besar di Perancis. Apabila menerima tempahan bagi membangunkan traktor artileri berat, pada Januari 1915 syarikat tersebut menghantarketua juruteranya, Eugène Brillié, bagi menyiasat tarktor bertrek dari Syarikat Holt Amerika, pada masa yang sama terbabit dalam program ujian di England. Sekembalinya Brillié, yang sebelumnya terbabit dengan mereka bentuk kereta berperisai bagi Sepanyol, meyakinkan pengurusan syarikat untuk memulakan kajian mengenai perkembangan Tracteur blindé et armé (traktor berperisai dan bersenjata), berasaskan kerangka Baby Holt, dua darinya ditempah.

Ujian ke atas trek katerpilar Holt bermula pada May 1915 di kilang Schneider dengan model langsung 75 hp roda dan 45 hp Baby Holt katerpilar berpadu, membuktikan kelebihan yang kemudiannya.[1] pada 16 Jun, ujikaji baru diikuti dihadapan Presiden Repbulik Raymond Poincaré, membawa kepada tempahan 10 kenderaan berperisai bertrek bagi ujian lanjut. Pada Julai 1915 program Schneider digabung dengan program rasmi bagi pembangunan pemotong wayar berperisai oleh jurutera dan Ahli Parlimen Jules-Louis Breton, mesin Breton-Prétot. Sepuluh dari lima belas kenderaan Baby Holt yang ada akan dipasang perisai dan pemotong wayar. Pada 10 September, ujikaji baru dibuat bagi Kommander Ferrus, pegawai yang terbabit dalam kajian (dan akhirnya ditolak) projek kereta kebal Levavasseur pada tahun 1908.[2]

Ujikaji Souain[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 1915 dalam ujikaji Souain, prototaip kereta kebal berperisai kerangka Baby Holt dengan perisai kepingan dandang, ditunjukkan kepada Tentera Perancis.[3][4] Antara pemerhati adalah Jeneral Philippe Pétain, dan Kolonel Jean-Baptiste Eugène Estienne (1860–1936), pegawai artileri dan jurutera yang disanjung tinggi seluruh tentera kerana kepakarannya dalam teknologi dan taktik. Hasilnya kereta kebal prototaip cemerlang, memaparkan daya bergerak yang menakjubkan di muka bumi sukar bekas medan tempur Souain. Bagaimanapun panjang Baby Holt kelihatannya terlalu pendek bagi menyeberangi perparitan Jerman, melayakkan pembangunan trek katerpilar lebih panjang bagi projek kereta kebal Perancis. [5] Bagi Estienne kenderaan tersebut memaparkan konsep mengenai Kenderaan Tempur Berperisai yang telah disokong sejak Ogos 1914.

Cadangan Estienne[sunting | sunting sumber]

Lakaran kereta kebal Kolonel Estienne sebaik sahaja selepas ujikaji Souain, dilukis pada 11 Disember 1915. Rancangan ini diasaskan pada katerpilar 75 kuasa kuda Holt.
Ujian katerpilar akhir, pada 21 Februari 1916, sebelum tempahan pukal bagi kereta kebal Schneider CA1 pada 25 haribulan.

Pada 12 Disember dia membentangkannya pada Ketua Pemerintah (“High Command”) rancangan bagi membentuk pasukan berperisai, dilengkapi dengan kenderaan bertrek. Rancangan ini disambut dengan pujian dan dalam surat bertarikh 31 Januari 1916 Ketua Turus Tentera Joffre menempah pengeluaran 400 kereta kebal jenis rekaan Estienne,[6] sungguhpun tempahan pengeluaran sebenar 400 Schneider CA1 dibuat lambat sedikit pada 25 Februari 1916,[7] pada harga 56,000 franc Perancis setiap satu. Pada Januari ia diputuskan untuk tidak menggunakan rangka Baby Holt, tetapi traktor Holt yang lebih panjang 75 kuasa kuda; untuk ini struktur utama perisai perlu diubahsepenuhnya, yang dilakuakan di bengkel tentera pada Februari. Kenderaan pertama siri pengeluaran dihantar pada 5 September. Sementara itu pengeluaran beralih kepada syarikat SOMUA, anak syarikat Schneider.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kereta kebal itu adalah Schneider CA. Erti "CA" tidak pasti. Kemudian ia biasanya difahami sebagai mambawa erti Char d'Assaut (harafiah "pedati" dan hari ini perkataan penuh bagi "kereta kebal"). Di atas beberapa sebab penafsiran ini diragui. Pertama, nama ini lebih awal selama beberapa bulan dari pengunaan pertama kali bagi perkataan char digunakan sebagai "kereta kebal". Kedua, aturan perkataan adalah pelik: dalam bahasa Perancis aturan normal adalah Char d'Assaut Schneider. Ketiga, pada masa kod huruf di akhir biasanya digunakan bagi menunjukkan turutan prototaip. Kita ketahui bahawa banyak prototaip Tentera berasaskan Holt 75 kuasa kuda dipanjangkan dikenali sebagai Tracteur A, prototaip Schneider kedua lebih pendek dengan ekor Tracteur B dan jenis yang dihasilkan juga berlainan dari prototaip kedua. Ada kemungkinan bahawa kod bererti "jenis ketiga" (C) dalam versi pengeluaran (A); satu petunjuk lanjut bagi ini terletak pada fakta bahawa ia tidak luar biasa bagi menggunakan aturan terbalik: AC.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Schneider CA terakhir masih selamat di Musée des Blindés di Saumur

Pada pandangan moden, kereta kebal ini sukar dikenali sepertinya. Ia tidak memiliki turet, dan tiada senjata menonjol, motar perkubuan petard , 75 mm Blockhaus Schneider, yang diletakkan di sponson di sisi kanan hadapan. Dua 8 mm mesingan Hotchkiss, menjulur dari sisi dalam tenggekan bebola, melengkapi meriam kecil. Satu lagi ciri pelik adalah unjuran atas bahagian hadapan rangka yang direka bagi meranapkan wayar duri. Bagaimanapun ciri ini menyebabkan kereta kebal itu mudah tersangkut sendiri. Ruang tempur amat sempit: kaki-tangan enam orang kebanyakannya terpaksa merangkak dalam ruang 90 cm antara siling dan enjin 60 hp (45 kW). Nasib baik kelajuan maksima hanyalah 8 km/h. Kesemua ini dilindungi oleh kepingan keluli 11 mm, kemudian dipertingkat dengan perisai ruang 5.5 mm, meningkatkan berat kepada 13.5 tan.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun bilangan pengeluaran mereka lebih bercita-cita tinggi, pihak Perancis agak ketinggalan di belakang British— mereka mengambil lebih banyak masa bagi membina kilang besar— menggunakan kereta kebal mereka buat kali pertama pada 16 April 1917 di Berry-au-Bac semasa Serangan Nivelle yang terkenal. Kegunaan pertama mereka merupakan malapetaka sepenuhnya kerana kebanyakan dari sekitar 130 kereta kebal dimusnahkan oleh artileri Jerman. Dua belas unit dengan kereta kebal Schneider dibentuk, dinamakan Artillerie Spéciale 1–20, di bawah pemerintahan keseluruhan kini brigadier Estienne. Pada tahun 1918 kereta kebal "tua" ini beransur dikeluarkan dan digantikan dengan Renault FT-17 baru, tetapi pengeluaran hanya berakhir pada Ogos 1918, apabila tepat 400 telah di bina termasuk prototaip. Sekurang-kurangnya satu Schneider telah dihantar ke Itali, yang selepas diuji rancangan bagi membina 1,500 mereka dibatalkan.

Selepas Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

PERTUNJUKKAN Schneider CA1 di Saumur, kereta kebal tertua di dunia dalam keadaan berfungsi.

Selepas perang, kereta kebal dibina semula sebagai kenderaan kembalik dan pengangkut kereta kebal. Enam dijual ke Sepanyol pada tahun 1922, dari 1923 hingga 1926 bertempur di Morocco, empat kenderaan terselamat terbabit dalam Perang Saudara Sepanyol berhampiran Toledo, Sepanyol disebelah pihak Republikan. Satu-satunya kenderaan masih selamat, di Musée des Blindés di Saumur, juga merupakan kereta kebal tertua dalam keadaan berfungsi. Ia dikekalkan di Muzium Kelengkapan Tapak Ujian Aberdeen (“Aberdeen Proving Ground Ordnance Museum”) di Maryland, USA dan kemudian didermakan kepada Perancis untuk pemulihan.

75mm howitzer kepunyaan CA1 di Muzium Kenderaan Berperisai di El Goloso, Sepanyol.

Reka bentuk berikut[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa projek bagi pengeluaran lebih banyak Schneiders dengan turret dan/atau meriam lebih baik: CA2, 3 dan 4. Hanya prototaip dihasilkan bagi CA2 dan CA3. CA4 kekal kebanyakannya sebagai projek kertas. Kerana cara projek dinamakan, buku berikut akan menamakan menamakan kereta kebal yang asal sebagai CA1. Kereta kebal berat St. Chamond di hasilkan dari prototaip Tracteur A dari Schneider, mendorong kepada banyak kekeliruan dikalangan sejarahwan berikutnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Gougaud, p.102-111
  2. Gougaud, p.100 and p.111
  3. Gougaud, p.111
  4. Armoured fighting vehicles of the world‎ Duncan Crow 1970 p.68 "On December 9, 1915, the Baby Holt, modified with a mock-up armoured driving position ... was demonstrated on a crosscountry course at Souain"
  5. Lanships
  6. Gougaud, p.119
  7. Gougaud, p.124

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Pierre Touzin, Les véhicules blindés français, 1900–1944. EPA, 1979.
  • Jean-Gabriel Jeudy, Chars de France, E.T.A.I., 1997.
  • Alain Gougaud L'Aube de la Gloire, Les Autos-Mitrailleuses et les Chars Français pendant la Grande Guerre, 1987, Musée des Blindés, ISBN 2904255028

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIAFVs