Kesuburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kesuburan ialah keupayaan membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, "kadar kesuburan" ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh). Lawan kepada kesuburan ialah kemandulan.

Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor nutrisi, kelakuan seks, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Dalam konteks demografi, kesuburan bermaksud kelahiran anak sebenar, bukan kemampuan fizikal untuk melahirkan anak, iaitu kefekunan.[1][2] Kesuburan boleh diukur, tetapi kefekunan pula tidak. Ahli demografi mengukur kadar kesuburan dengan pelbagai cara, tetapi pada umumnya terdiri daripada ukuran "jangka masa" dan ukuran "kohort". Ukuran "jangka masa" merupakan keratan rentas kependudukan dalam setahun; manakala data "kohort" pula mengikuti follows orang-orang yang sama sepanjang berpuluh-puluh tahun. Kedua-dua ukuran jangka masa dan kohort digunakan secara meluasd.[3]

Ukuran jangka masa[sunting | sunting sumber]

  • Kadar kelahiran kasar (KKK) - bilangan kelahiran hidup dalam setahun per 1,000 orang yang hidup pada pertengahan tahun itu. Penunjuk ini ada satu kelemahan itu dipengaruhi oleh struktur usia kependudukan.
  • Kadar kelahiran am (KKA) - bilangan kelahiran dalam setahun dibahagi dengan bilangan wanita berusia 15–44 tahun, darab 1000. Tertumpu kepada ibu berpotensi sahaja, dan mengambil kira taburan usia.
  • Nisbah anak-wanita (NAW) - nisbah bilangan anak bawah umur 5 tahun kepada bilangan wanita 15-49 tahun, kali 1000. Sangat berguna untuk data bersejarah kerana tidak memerlukan kiraan kelahiran. Ukuran ini sebenarnya gabungan, kerana melibatkan kelahiran dan kematian juga. (Ertinya, disebabkan kematian bayi, sebilangan kelahiran tidak diambil kira; dan disebabkan kematian dewasa, sebilangan wanita yang melahirkan anak juga tidak diambil kira.)

Ukuran kohort[sunting | sunting sumber]

  • Kadar kesuburan khusus umur (KKKU) - bilangan kelahiran dalam setahun kepada wanita dalam kelompok usia lima tahun, dibahagi dengan jumlah wanita dalam kelompok usia berkenaan, darab 1000. Kelompok usia biasanya adalah 10-14, 15-19, 20-24, dsb.
  • Kadar jumlah kesuburan (KJK) - jumlah anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita sepanjang hayat jika mengalami kadar kelahiran khusus umur wanita yang lazim. KJK bersamaan dengan jumlah untuk semua kelompok usia lima tahun, darab dengan setiap kadar KKKU; ataupun mencampurkan KKKU untuk kelompik 10-14, 15-19, 20-24, dsb, kemudian darab 5 (untuk meliputi selang 5 tahun).
  • Kadar Pembiakan Kasar (KPK) - bilangan bayi perempuan yang dilahirkan oleh satu kohort sintetik. Dianggap bahawa semua bayi perempuan itu akan membesar hingga sekurang-kurangnya 50 tahun.
  • Kadar Pembiakan Bersih (KPB) - KPB bermula dengan KPK dan menambah anggapan realistik bahawa sesetengah wanita akan mati sebelum usia 59 tahun; oleh itu mereka tidak akan hidup untuk melahirkan sebilangan bayi berpotensi yang terkira dalam KPK. KPB sentiasa lebih rendah daripada KPK, tetapi di negara-negara yang jumlah kematiannya sangat sedikit, hampir semua bayi wanita membesar untuk menjadi ibu berpotensi, jadi KPB menjadi lebih kurang setara dengan KPK. Di negara-negara yang tinggi jumlah kematiannya, KPB mungkin serendah 70% KPK. Apabila KPB = 1.0, setiap generasi 1000 bayi perempuan membesar lalu melahirkan 1000 bayi perempaun setepat-tepatnya. Apabila KPB kurang daripada satu, maka setiap generasi kurang orangnya daripada generasi yang sebelumnya. Apabila KPB lebih daripada satu, setiap generasi lebih orangnya daripada generasi yang sebelumnya. KPB ialah ukuran potensi pertumbuhan penduduk masa depan dalam jangka masa panjang, tetapi selalunya berlainan daripada kadar pertumbuhan penduduk semasa.

Model Komponen Kesuburan Bongaarts[sunting | sunting sumber]

John Bongaarts mengusulkan satu model yang mana kadar jumlah kesuburan sesebuah kependudukan boleh dihitung daripada jumlah kefekunan (JF) dan empat penentu langsung: indeks perkahwinan (Cm), indeks cegah hamil (Cc), indeks pengguguran cetusan (Ca) dan indeks ketakfekunan postpartum (Ci). Indeks-indeks tersebut adalah bernilai dari 0 hingga 1. Lebih tinggi indeksnya, maka lebih tinggi KJK-nya. Contoh: sesebuah populasi yang tiada pengguguran cetusan akan mencatat Ca 1, tetapi yang mana menggunakan cegah hamil yang maksum akan mencatat Cc 0.

KJK = JF × Cm × Ci × Ca × Cc

Keempat-empat indeks tersebut juga boleh digunakan untuk menghitung Jumlah Kesuburan Nikah (JKN) dan Jumlah Kesuburan Semula Jadi (JKS).

KJK = JKN × Cm

JKN = JKS × Cc × Ca

JKS = JF × Ci

Persetubuhan
Langkah yang pertama ialah persetubuhan seks, dan pemeriksaan purata usia sewaktu persetubuhan pertama, purata kekerapan luar nikah, dan purara kekerapan dalam nikah.
Penghamilan
Seseorang wanita mungkin tidak boleh mengandung atas keadaan-keadaan fizikal tertentu, iaitu "ketakfekunan luar kawal." Jika wanita itu ada keadaan yang membolehkan kehamilan, tetapi tidak mungkin mengandung, ini namanya "kesubfekunan." Penyakit kelamin (terutamanya gonorea, sifilis, dan klamidia) merupakan punca-punca utamanya. Khasiat juga menjadi faktor penting, kerana wanita yang lemak badannya kurang daripada 20% mungkin menjadi subfekun; ini adalah membimbangkan bagi golongan atilt dan sesiapa yang terdedah kepada anoreksia. Ahli demografi, Ruth Frisch pernah berhujah bahawa "Penghasilan bayi memerlukan 50,000 kalori". Wanita yang baru melahirkan anak juga akan mengalami kesubfekunan dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, tetapi ini mungkin berpanjangan kerana penyusuan ibu.
Kehamilan
Selepas janin jadi, ia mungkin bertahan sehingga lahir, ataupun sebaliknya. "Kematian janin luar kawal" melibatkan keguguran dan kelahiran mati. Kematian janin terkawal pula dipanggil "pengguguran".

Kesuburan manusia[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua perempuan dan lelaki mempunyai kitaran hormon yang menentukan bila seseorang perempuan boleh mula mengandung dan bila seseorang lelaki menjadi cukup kejantanan. Kitaran perempuan kira-kira 28 hari lamanya, tetapi kitaran lelaki pula amat berbeza-beza. Lelaki boleh memancutkan dan menghasilkan sperma pada bila-bila masa dalam sebulan, tetapi mutu spermanya sekali-sekala merosot, disangkakan oleh saintis sebagai berkaitan dengan kitaran dalamannya.

Lebih-lebih lagi, usia juga memainkan peranan, terutamanya bagi wanita.

Kitaran haid[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kitaran haid

Walaupun wanita boleh menjadi hamil pada bila-bila masa ketika kitaran haidnya, namun kesuburan puncak berlaku dalam masa beberapa hari sahaja dalam kitaran itu: biasanya dua hari sebelum dan dua hari selepas tariikh pengovulan[4]. Jendela kesuburan ini berbeza mengikut individu, seperti mana tarikh pengovulan juga berbeza antara kitaran-kitaran bagi seseorang wanita[5]. Ovulnya biasanya mampu disuburkan sehingga 48 jam selepas dilepaskan dari ovari. Sperma hidup di dalam uterus selama 48 hingga 72 jam pada puraranya, atau tidak melebihi maksimum 120 jam (lima hari).

Tempoh-tempoh dan selang-selang ini merupakan faktor-faktor penting untuk pasangan suami isteri yang menggunakan kaedah irama untuk mencegah hamil.

Kesuburan wanita[sunting | sunting sumber]

Purata umur menarke di Amerika Syarikat adalah sekitar 12.5 tahun.[6] Bagi perempuan pasca-menarke, sekitar 80% kitaran haid adalah beranovulasi pada tahun pertama selepas menarke, 50% pada tahun ketiga dan 10% pada tahun keenam.[7][8] Kesuburan wanita memuncak di antara usia 22 hingga 26 tahun, dan biasanya merosot selepas usia 30 tahun: seorang wanita berusia 30 tahun yang biasa mempunyai 12% simpanan ovari yang ada ketika lahir, tetapi merosot hingga 3% sahaja apabila berusia 40 tahun[9]. Disebabkan semakin ramai wanita yang melewatkan kehamilan mereka,[10] kaum manusia mungkin berhadapan dengan masalah kemandulan. Bagi wanita-wanita yang cuba mengandung tanpa menggunakan ubat kesuburan atau penyuburan in vitro:

  • Pada usia 30 tahun, 75% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 91% dalam empat tahun.
  • Pada usia 35 tahun, 66% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 84% dalam empat tahun.
  • Pada usia 40 tahun, 44% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 64% dalam empat tahun.[11]

Perangkaan di atas adalah untuk kehamilan yang berkesudahan dengan kelahiran bayi yang hidup, serta mengambil kira kadar keguguran yang meningkat dalam kependudukan yang semakin menua. Menurut pertubuhan March of Dimes, "kira-kira 9 peratus kehamilan yang teriktiraf bagi kaum wanita berusia 20 hingga 24 tahun berkesudahan dengan keguguran. Risikonya meningkat kepada sekitar 20 peratus pada usia 35 hingga 39 tahun, dan mencecah 50 peratus menjelang usia 42 tahun".[12]

Kecacatan lahir, terutamanya yang melibatkan bilangan dan susun atur kromosom, juga meningkat bersama usia si ibu. Menurut March of Dimes lagi, "Pada usia 25 tahun, seseorang wanita ada peluang 1/1,250 untuk melahirkan bayi yang menghidap sindrom Down; pada usia 30 tahun, peluangnya 1/1,000; 35 tahun, 1/400; 40 tahun, 1/100; dan 45 tahun, 1/30."[13]

Penggunaan perubatan kesuburan dan/atau penyuburan in vitro boleh mencerahkan peluang menjadi hamil pada usia yang lebih lanjut. Kehamilan yang berjaya dengan bantuan rawatan kesuburan pernah dicatatkan bagi wanita setua 67 tahun.[14]

Kesuburan lelaki[sunting | sunting sumber]

Disfungsi erektil meningkat selaras dengan usia,[15] tetapi kesuburan lelaki tidak merosot begitu mendadak seperti wanita. Ada lelaki yang masih subur pada usia 94 tahun.[15] Bagaimanapun, bukti sains menunjukkan bahawa peningkatan usia lelaki berkaitan dengan kemerosotan jumlah semen, kemotilan sperma, dan morfologi sperma.[16] Dalam kajian yang terlaras untuk usia wanita, perbandingan antara lelaki bawah 30 tahun dan lelaki lebih 50 tahun menemui pengurangan kadar kehamilan secara relatif antara 23% dan 38%.[16]

Kiraan sperma berkurangan mengikut usia, yang mana lelaki berusia 50–80 tahun mampu menghasilkan purata 75% sperma yang mampu dihasilkan oleh lelaki berusia 20–50 tahun. Bagaimanapun, perbezaan yang lebih ketara terlihat dalam bilangan tubul sperma dalam testis yang mengandungi sperma yang matang:

  • Bagi lelaki berusia 20–39 tahun, 90% tubul sperma mengandungi sperma yang matang.
  • Bagi lelaki berusia 40–69 tahun, 50% tubul sperma mengandungi sperma yang matang.
  • Bagi lelaki berusia 80 tahun ke atas, 10% tubul sperma mengandungi sperma yang matang.[15]

Kaji selidik terkini mendapati bahawa semakin tua si bapa, semakin besar risiko masalah kesihatan untuk anaknya. Sebuah kajian besar-besaran di Israel, setelah terlaras untuk tahun kelahiran, taraf sosioekonomi, dan usia keibuan, mendapati bahawa anak-anak kepada bapa yang berusia 40 tahun ke atas 5.75 kali lebih berkemungkinan mengalami gangguan spektrum autisme berbanding anak-anak kepada bapa yang berusia kurang 30 tahun.[17] Umur kebapaan yang lanjut turut dikorelasikan dengan skizofrenia dalam banyak hasil kajian.[18][19][20]

Para penyelidik Australia telah menemui bukti yang menunjukkan bahawa obesiti boleh mengakibatkan sedikit kerosakan pada sperma dan menjejaskan peluang kehamilan. Kata mereka, penyuburan menjadi 40% kurang berpeluang untuk berjaya apabila si bapa terlebih berat badan.[21]

Persatuan Kesuburan Amerika mengesyorkan agar sesiapa yang ingin menderma sperma haruslah berusia 50 tahun ke bawah.[22] Lebih-lebih lagi, di United Kingdom, klinik kesuburan tidak menerima sperma dari lelaki yang berusia lebih 40 atau 45 tahun.[23]

Kemandulan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kemandulan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.gfmer.ch/Books/Reproductive_health/The_demography_of_fertility_and_infertility.html
  2. http://www.enotes.com/public-health-encyclopedia/fecundity-fertility
  3. For detailed discussions of each measure see Paul George Demeny and Geoffrey McNicoll, Encyclopedia of Population (2003)
  4. http://www.duofertility.com/en/my-body/my-cycle/my-fertile-period.html
  5. Creinin MD, Keverline S, Meyn LA (October 2004). "How regular is regular? An analysis of menstrual cycle regularity". Contraception 70 (4): 289–92. doi:10.1016/j.contraception.2004.04.012. PMID 15451332. 
  6. Anderson SE, Dallal GE, Must A (April 2003). "Relative weight and race influence average age at menarche: results from two nationally representative surveys of US girls studied 25 years apart". Pediatrics 111 (4 Pt 1): 844–50. doi:10.1542/peds.111.4.844. PMID 12671122. 
  7. Apter D (February 1980). "Serum steroids and pituitary hormones in female puberty: a partly longitudinal study". Clin. Endocrinol. (Oxf) 12 (2): 107–20. doi:10.1111/j.1365-2265.1980.tb02125.x. PMID 6249519. 
  8. Apter D (February 1980). "Serum steroids and pituitary hormones in female puberty: a partly longitudinal study". Clin. Endocrinol. (Oxf) 12 (2): 107–20. doi:10.1111/j.1365-2265.1980.tb02125.x. PMID 6249519. 
  9. Wallace WHB and Kelsey TW (2010) Human Ovarian Reserve from Conception to the Menopause. PLoS ONE 5(1):e8772.doi:10.1371/journal.pone.0008772
  10. http://findarticles.com/p/articles/mi_m1077/is_1_62/ai_n16807720 "Late-in-life Pregnancy"
  11. "Fertility Treatment Less Successful After 35". WebMD. Diperoleh pada 4 Julai 2006. 
  12. "Pregnancy After 35". March of Dimes. Diperoleh pada May 21, 2008. 
  13. "The sterility tax can be reestablished in Russia". Diperoleh pada 22 September 2006. 
  14. "Spanish woman ' is oldest mother'". BBC News. 2006-12-30. Diperoleh pada 2006-12-30. 
  15. 15.0 15.1 15.2 Effect of Age on Male Fertility Seminars in Reproductive Endocrinology. Volume, Number 3, Ogos 1991. Sherman J. Silber, M.D.
  16. 16.0 16.1 Kidd SA, Eskenazi B, Wyrobek AJ (February 2001). "Effects of male age on semen quality and fertility: a review of the literature". Fertil. Steril. 75 (2): 237–48. doi:10.1016/S0015-0282(00)01679-4. PMID 11172821. 
  17. Reichenberg A, Gross R, Weiser M, et al. (September 2006). "Advancing paternal age and autism". Arch. Gen. Psychiatry 63 (9): 1026–32. doi:10.1001/archpsyc.63.9.1026. PMID 16953005. 
  18. Malaspina D, Harlap S, Fennig S, et al. (April 2001). "Advancing paternal age and the risk of schizophrenia". Arch. Gen. Psychiatry 58 (4): 361–7. doi:10.1001/archpsyc.58.4.361. PMID 11296097. 
  19. Sipos A, Rasmussen F, Harrison G, et al. (November 2004). "Paternal age and schizophrenia: a population based cohort study". BMJ 329 (7474): 1070. doi:10.1136/bmj.38243.672396.55. PMC 526116. PMID 15501901. 
  20. Malaspina D, Corcoran C, Fahim C, et al. (April 2002). "Paternal age and sporadic schizophrenia: evidence for de novo mutations". Am. J. Med. Genet. 114 (3): 299–303. doi:10.1002/ajmg.1701. PMID 11920852. 
  21. "Obesity". Sydney Morning Hearld. 18 Oktober 2010. Diperoleh pada 19 Oktober 2010. 
  22. Plas E, Berger P, Hermann M, Pflüger H (Ogos 2000). "Effects of aging on male fertility?". Exp. Gerontol. 35 (5): 543–51. doi:10.1016/S0531-5565(00)00120-0. PMID 10978677. 
  23. Age Limit of Sperm Donors in the United Kingdom Pdf file

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Citizendium

  • Barrett, Richard E., Donald J. Bogue, and Douglas L. Anderton. The Population of the United States 3rd Edition (1997) compendium of data
  • Coale, Ansley J. and Susan C. Watkins, eds. The Decline of Fertility in Europe, (1986)
  • Eversley, D. E. C. Social Theories of Fertility and the Malthusian Debate (1959) online edition
  • Garrett, Eilidh ety al. Family Size in England and Wales: Place, Class, and Demography, 1891-1911(2001) online edition
  • Grabill, Wilson H.. Clyde V. Kiser, Pascal K. Whelpton. The Fertility of American Women (1958), influential study at the peak of the Baby Boom online edition
  • GuzmÁn, JosÉ Miguel et al. The Fertility Transition in Latin America (1996) online edition
  • Haines, Michael R. and Richard H. Steckel (eds.), A Population History of North America. Cambridge University Press, 2000, 752 pp. advanced scholarship
  • Hawes, Joseph M. and Elizabeth I. Nybakken, eds. American Families: a Research Guide and Historical Handbook. (Greenwood Press, 1991)
  • Klein, Herbert S. A Population History of the United States. Cambridge University Press, 2004. 316 pp
  • Knox, P. L. et al. The United States: A Contemporary Human Geography. Longman, 1988. 287 pp.
  • Kohler, Hans-Peter Fertility and Social Interaction: An Economic Perspective (2001) online edition
  • Leete, Richard. Dynamics of Values in Fertility Change (1999) online edition
  • Lovett, Laura L. Conceiving the Future: Pronatalism, Reproduction, and the Family in the United States, 1890–1938, (2007) 236 pages;
  • Mintz Steven and Susan Kellogg. Domestic Revolutions: a Social History of American Family Life. (1988)
  • Pampel, Fred C. and H. Elizabeth Peters, "The Easterlin Effect," Annual Review of Sociology (1995) v21 pp 163–194]
  • Population Reference Bureau, Population Handbook (5th ed. 2004) online (5th ed. 2004).
  • Reed, James. From Private Vice to Public Virtue: The Birth Control Movement and American Society Since 1830. 1978.
  • Tarver, James D. The Demography of Africa (1996) online edition
  • Weeks, John R. Population: An Introduction to Concepts and Issues (10th ed. 2007), standard textbook