Saujana: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 213: Baris 213:
* http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Saujana.html
* http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Saujana.html
* http://www.saujana.net.my
* http://www.saujana.net.my
* [https://www.megabaja.co.id/besi-beton-definisi-tabel-ukuran-dan-harga Distributor Besi Buton]
* [https://www.megabaja.co.id/besi-beton-definisi-tabel-ukuran-dan-harga Distributor Besi Beton]
* [https://www.megabaja.co.id/atap-upvc Jual Atas Upvc]
* [https://www.megabaja.co.id/atap-upvc Jual Atap Upvc]


{{Kawalan kewibawaan}}
{{Kawalan kewibawaan}}

Semakan pada 10:59, 14 Mei 2023

Saujana
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1997- kini
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.saujana.my
AhliAza
Pyan
Idzu
Adi
Kimi
Ley
Najran
Bekas ahliShahir (Tanpa Album)

Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid berbahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Jepun. Ditubuhkan pada 16 April 1997, anggota-anggota asal kumpulan Saujana berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Anggota asal Saujana ialah Azalinor, Suffian, Hakimi, Idzwan dan Faizul. Selepas sepuluh tahun bersama, Hakimi, Idzwan dan Faizul masing-masing menceburi bidang profesional manakala Suffian dan Azalinor berada di dalam industri yang sama. Hakimi, yang setelah beberapa tahun berada di Singapura atas urusan kerja dalam industri perbankan global, telah kembali ke Malaysia dan bersama salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia, akan tetapi pada Februari 2023, berpindah ke luar negara sekali lagi, kali ini di Filipina dan bekerja di salah sebuah institusi kewangan terkemuka dari Eropah. Idzwan dan Faizul kini dalam bidang perubatan. Suffian dan Azalinor kekal bersama Saujana, dan Najran dan Adi kini bergabung tenaga meneruskan perjuangan Saujana.

Saujana telah menghasilkan tujuh album penuh dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih dua puluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini turut menghasilkan album duet bersama Kumpulan NowSeeHeart pada tahun 2005. Album itu diberi judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaranya Aidit Alfian dan Loloq.

Saujana pernah mengadakan persembahan di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan dan ada yang melayakkan mereka menerima anugerah platinum dan anugerah emas. Mereka juga adalah idola kepada sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia.

Semua ahli Saujana telah berjaya dalam pelajaran. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik.

Kesemua ahli Saujana, baru dan asal, telah bergabung tenaga bagi menghasilkan sebuah lagu reunion sebagai hadiah kepada peminat yang masih kekal bersama Saujana sehingga kini. Lagu yang diberi judul Satu Dalam Perjuangan, telah dilancarkan pada 16 April 2017, bersempena dengan ulangtahun Saujana yang ke-20.

Anggota

Anggota Saujana :[1]

  1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
  2. Pyan (Mohd Suffian Amrin)
  3. Idzu (Khairul Idzu Baharin)
  4. Adi (Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz)
  5. Kimi (Hakimi Harun)
  6. Ley (Faizul Hizal Ghazali)
  7. Najran (Wan Najran Wan Mohd Noh)

Bekas anggota Saujana :

  1. Shahir (Tanpa Album)

Diskografi

Album studio

Single

Satu Dalam Perjuangan (2017)

Lagu/Album runut bunyi untuk filem

Tahun Lagu Album Filem Terbitan Edaran
2003 Dugaan Memilih Iman - Saujana
(Azmer Shazly, Saujana)
Muhammad Utusan Terakhir (album) Muhammad Utusan Terakhir Flare Studios Music Sdn. Bhd.[2] Inteam Records Sdn. Bhd.
(cetakan 2017)[3]
Utusan Allah - Saujana
(Azmee Abdul Manap, Saujana)

Lagu-lagu popular

Saujana (1997)

  1. Keluarga Bahagia
  2. Kenangan
  3. Hayat
  4. Persahabatan
  5. Impian
  6. Ya Zaljalali Wal-Ikram
  7. Nur Malam
  8. Senyuman
  9. Semula Selamanya
  10. Sepohon Kayu

Saujana II (1999)

  1. Bulan Bintang
  2. Akhlak Mulia
  3. Kita Saudara
  4. Selamat Hari Lahir
  5. Terima Kasih Guru
  6. Solat
  7. Ya Rasulullah
  8. Jendela Hati
  9. Selamat Tinggal Ibuku
  10. Keluarga Bahagia 2

Kembara Cinta (2000)

  1. Suci Sekeping Hati
  2. Lima Cinta
  3. Permaidani
  4. Usia Antara Masa
  5. Cinta Abadi
  6. Antara Dua Cinta
  7. Suci Sekeping Hati (minus one)
  8. Kau Bagai Cahaya
  9. Cinta Dan Benci
  10. PadaMu Selamanya
  11. Selawat Badariyah
  12. Harapan PadaMu Subur Kembali
  13. Inikah Ertinya Cinta
  14. Keluarga Bahagia (minus one)

Rahsia (2002)

  1. Rahmat KasihMu
  2. Sendiri
  3. Ayuh Teman
  4. Takut Kau Tertipu
  5. Kali Kedua
  6. Nilai Kegagalan
  7. Masa Dan Waktu
  8. Mencari Cinta
  9. Redha
  10. Rahsia
  11. Permata Keluarga
  12. Lakaran Minda

Lima Bintang (2004)

  1. Lakaran Minda
  2. Suci Sekeping Hati
  3. Nur Malam
  4. Rahsia
  5. Jendela Hati
  6. Keluarga Bahagia
  7. Damai Yang Hilang
  8. Rahmat KasihMu
  9. PadaMu SelamaNya
  10. Sepohon Kayu
  11. Usia Antara Masa
  12. Rahmat KasihMu
  13. Keluarga Bahagia
  14. Sendiri
  15. Antara Dua Cinta (minus one)
  16. Jendela Hati (minus one)

Jalan Sehala (2005)

  1. Jalan Sehala
  2. Inspirasi
  3. Saujana
  4. Kita Serupa
  5. Airmata Keinsafan
  6. Biarkan
  7. Restu
  8. Pengorbanan
  9. Sabar
  10. Kembali

Nota Cinta (2010)

  1. Nota Cinta
  2. Titik Ajaib
  3. Hasbi Rabbi
  4. Jika Terakhir Buatku
  5. Inang Anak Perantau
  6. Ya Muhaiminu
  7. Patah Hati
  8. Khabar Dari Langit
  9. Tausyeh Sika
  10. Ishtaqna
  11. Kembara
  12. Zikir Munajat
  13. Sifatullah
  14. Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

Aku Cinta Allah (2013)

  1. Istighfar
  2. Zikrullah
  3. Salam Atasmu
  4. Ya Allahu Ya Latif
  5. La Ilaha Ilallah
  6. Doa Hasbiyallah
  7. KebesaranMu
  8. Subhanallah
  9. Pujian Buatnya
  10. Ya Zaljalali Wal Ikram
  11. Doa Iftirasy
  12. Istighfar (Instrumental)
  13. Salam AtasMu (Instrumental)
  14. La Ilaha Ilallah (Instrumental)
  15. KebesaranMu (Instrumental)
  16. Pujian BuatNya (Instrumental)

Rujukan

  1. ^ Elemen hiburan penting dalam berdakwah[pautan mati kekal] Utusan Online. 06/06/2006.
  2. ^ "Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. ARKIB: 7 November 2003. Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-27. Dicapai pada 2019-02-14. no-break space character in |title= at position 29 (bantuan)
  3. ^ "Album runut bunyi filem Muhammad Utusan Terakhir. Inteam Mobile. 2017. Dicapai pada Rabu, 13 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-14. Dicapai pada 2019-02-14.

Pautan luar