Saujana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Saujana

Kumpulan Saujana dan seangkatan dengannya.
Latar belakang
Asal Bendera Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan
berkait
Berkumpulan
Laman web http://www.saujana.net.my
Ahli-ahli
Aza
Pyan
Najer
Adi

Kumpulan Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nashid Melayu.Ditubuhkan pada 1997 berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah Sek.Men Agama Persekutuan Kajang.

Kumpulan Saujana merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan ini telah menghasilkan lima album dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih sepuluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini turut mengadakan album duet bersama Kumpulan NowSeeHeart pada tahun 2005. Album itu d beri judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaanya Aidit Alfian dan Loloq. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli, masing-masing berusia 24 tahun pada 2005. Mereka pernah mengadakan persembahan di seluruh negara Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan, dan mereka menjadi idola kepada remaja-remaja di Malaysia. Selain menyanyi, setiap seorang dari mereka juga mempunyai karier tetap masing-masing, atau menjadi mahasiswa di universiti. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik. Mereka kini berkarier professional sebagai doktor, jurutera, ekskutif dan menjalankan perniagaan sendiri.

Isi kandungan

[sunting] Ahli-ahli

Ahli-ahli Saujana (mengikut turutan abjad)

  1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
  2. Pyan (Mohd Suffian Amrin)
  3. Najer (Wan Najran Wan Mohd Noh)
  4. Adi (Zuhaidi Aziz)

Bekas Anggota (album pertama hingga album kelima):

  1. Idzu (Khairul Idzwan Baharin)
  2. Kimi (Mohd Hakimi Haji Harun)
  3. Ley (Faizul Hizal Ghazali)

Bekas Anggota (tanpa album):

  1. Shahir (Ahmad Shahir Zawawi)

[sunting] Diskografi

[sunting] Album

  1. Saujana (1996)
  2. Saujana II (1998)
  3. Kembara Cinta (2000)
  4. Rahsia (2002)
  5. 5 Bintang (2004)
  6. Jalan Sehala (2005) - Bersama Nowseeheart
  7. Nota Cinta (2010)

[sunting] Lagu-lagu

  1. Keluarga Bahagia
  2. Sepohon Kayu
  3. Sepohon Kayu Daunnya Rimbun
  4. Nota Cinta
  5. Patah Hati
  6. Keluarga Bahagia II
  7. Bulan Bintang
  8. Suci Sekeping Hati
  9. Inikah Ertinya Cinta
  10. Ya Rasulullah
  11. Rahsia
  12. Rahmat Kasih-Mu
  13. Lakaran Minda
  14. Damai Yang Hilang
  15. Nur Malam
  16. Jalan Sehala
  17. Damai Yang Hilang (Versi Baru)
  18. Jalan Sehala
  19. Airmata Keinsafan
  20. Jendela Hati II
  21. Kau Bagai Cahaya
  22. Lakaran Minda
  23. Masa Dan Waktu
  24. Mencari Cinta
  25. Nur Malam
  26. Permata Keluarga
  27. Rahsia
  28. Usia Antara Masa

[sunting] Terkini

Kumpulan Saujana baru sahaja menghasilkan album terbaru berjudul Nota Cinta yang berada di pasaran mulai Januari 2010. Album ini merupakan satu perjalanan baru buat anggota Saujana asal (Pyan, Aza) kerana kali ini mereka bergerak bersama dua ahli baru iaitu Najer dan Adi. Anggota-anggota asal lain berundur diri atas sebab-sebab peribadi. Kimi dan Ley kini sibuk dengan tugas masing-masing dan tidak mampu untuk mempunyai komitmen untuk bergerak bersama-sama.Pada 16 April 2011 yang lepas,mereka telah mengadakan Konsert Reunion All For Ummah - Saujana 2011 di Sekolah MenengAH Agama Persekutuan Kajang.Konsert diberi sambutan yang sangat meriah...

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan