Koh Tsu Koon
| Yang Berbahagia Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 1990 – 11 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Tun Dr Lim Chong Eu |
|---|---|
| Digantikan oleh | Lim Guan Eng |
|
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 April 2007 |
|
| Didahului oleh | Tun Dr. Lim Keng Yaik |
|
|
|
| Tarikh lahir | 1949 |
| Tempat lahir | Pulau Pinang, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | |
| Pasangan | Chui Kah Peng |
| Anak | 1 anak lelaki 1 anak perempuan |
| Agama | Buddhisme |
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Cina: 許子根, pinyin: Xu Zi Gen) ialah seorang ahli politik dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-3. Pada pilihan raya umum 2008, Koh memutuskan untuk tidak bertanding bagi kerusi DUN, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Kawan. Walau bagaimanapun, calon Parti Tindakan Demokratik, P Ramasamy, menewaskan Koh dalam perlawanan dua penjuru. Beliau sekarang (2009) merupakan seorang menteri di dalam jabatan perdana menteri bertanggungjawab atas portfolio perpaduan and prestasi.
Beliau kini menjadi Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, anggota parti gabungan, Barisan Nasional selepas lebih setahun menjadi pemangku presiden parti itu.[1]
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Koh dilahirkan di Pulau Pinang pada 1949. Beliau menuntut di Chung Ling High School dan digraduasikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelompok sebaya beliau. Sebelum melangkah ke arena politik, beliau merupakan seorang pensyarah dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Penang dari 1975 hingga 1982. Beliau digraduasikan dari Universiti Princeton, USA, pada 1970 dengan segulung ijazah fizik, dan dianugerahkan gelaran PhD dari Universiti Chicago pada 1977 dalam bidang pendidikan ekonomi dan sosiologi. Tajuk tesis PhD beliau ialah "Education, Entrepreneurial Formation and Entrepreneurial Behavior in Japan".
Keluarga [sunting]
Tan Sri berkahwin dengan Puan Sri Chui Kah Peng dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Yu Cheng, dan seorang anak perempuan, Yu Jun, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Princeton.
Kontroversi [sunting]
Didesak undur [sunting]
Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, ADUN Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz secara lantang mendesak Menteri beliau supaya berundur kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.[2] Kenyataannya mendapat reaksi negatif daripada lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong mengadakan protes di Menara PGRM bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan. Mereka juga menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.[3] Protes ini tidak diendahkan oleh beliau dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya dan juga tidak akan memohon maaf kerana beliau percaya bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen.[4] Di dalam tindakbalas terhadap kenyataan Datuk Mohamad, Tsu Koon berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz walaupun mengakui bahawa tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama.[5]Akhirnya pada 2 November 2009, beliau tampil di parlimen untuk menjawab soalan tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).[6]
Rujukan [sunting]
- ↑ Zanariah Abd. Mutalib. "Tsu Koon dipilih Presiden Gerakan tanpa dicabar", mStar Online, 4 Oktober 2008. Dicapai pada 7 Oktober 2008.
- ↑ "Wakil BN desak Ong, Koh undur", Malaysiakini.com, 29 Oktober 2009.
- ↑ "Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz", Utusan Online, 31 Oktober 2009.
- ↑ "'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad", Utusan Online, 31 Oktober 2009.
- ↑ "Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz", utusan Online, 31 Oktober 2009.
- ↑ "Koh hadir Parlimen selepas dikecam", Malaysiakini.com, 2 November 2009.
| Didahului oleh Tun Dr. Lim Chong Eu |
Ketua Menteri Pulau Pinang 1990 - 2008 |
Diikuti oleh: Lim Guan Eng |