Korea Utara dan senjata pemusnah besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Korea Utara mendakwa memiliki senjata nuklear. Selain itu, CIA mendakwa ia mempunyai simpanan senjata kimia yang agak banyak. Korea Utara pernah menjadi anggota kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear tetapi menarik diri pada 2003, dengan alasan kegagalan Amerika Syarikat menepati tanggungjawabnya dalam Rangka Persetujuan, satu persetujuan 1994 antara kedua negara untuk menghadkan cita-cita nuklear Korea Utara, memulakan pemulihan hubungan, dan membantu Korea Utara menyediakan sebahagian keperluan tenaga melalui reaktor nuklear.

Pada 9 Oktober 2006, kerajaan Korea Utara mengumumkan yang ia telah berjaya menjalankan ujian nuklear buat kali pertama. Kedua-dua Pemantauan Geologi Amerika Syarikat dan pihak berkuasa seismologi Jepun mengesan satu gempa bumi dengan magnitud anggaran awal 4.3 di Korea Utara, membenarkan sebahagian aspek dakwaan Korea Utara.[1]

Pada April 2009, terdapat laporan yang Korea Utara telah menjadi "kuasa nuklear penuh", satu pendapat yang dikongsi Ketua Pengarah IAEA Mohamed ElBaradei.[2] Pada 25 Mei 2009, Korea Utara menjalankan satu lagi ujian nuklear, yang dipercayai merupakan punca gempa bumi berukuran 4.7.[3]

Senjata nuklear[sunting | sunting sumber]

Korea telah berpecah sejak 1945, apabila ia dibebaskan daripada Jepun selepas Perang Dunia II. Ketegangan terjadi antara Utara dan Selatan, dengan Perang Korea meletus pada 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953 apabila satu gencatan senjata ditandatangani.

Korea Utara dipercayai mula mendalami teknologi nuklear seawal tahun 1956. Sejak itu, ia telah menjalankan beberapa ujian peluru berpandu dan dua ujian nuklear, yang membawa kepada sekatan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Akan tetapi, pada Februari 2012, Korea Utara bersetuju untuk menggantung operasi pengayaan uranium di Yongbyon dan ujian peluru berpandu nuklear demi mendapatkan bantuan kemanusiaan dari Amerika Syarikat.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "USGS Recent Earth Quakes - Earthquake detected in North Korea". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-11. Dicapai pada 2009-05-28.
  2. ^ "North Korea is fully fledged nuclear power, experts agree". Dicapai pada 2009-04-25.
  3. ^ "USGS Recent Earth Quakes". Text "Earthquake detected in North Korea" ignored (bantuan)
  4. ^ Steven Lee Myers; Choe Sang-Hun (29 Februari 2012). "North Korea Agrees to Curb Nuclear Work; U.S. Offers Aid". New York Times. Dicapai pada 29 Februari 2012.