Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Status kawasan yang terlibat dalam Perjanjian
██ Tandatangan dan disahkan ██ Mewariskan atau diwarisi ██ Patuh pada perjanjian ██ Menarik diri ██ Tidak menandatangani

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (bahasa Inggeris: Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT) adalah persefahaman terbuka yang ditandatangani pada 1 Julai 1968 untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear. Sebahagian besar negara-negara berdaulat (189 buah negara) merupakan ahli kepada persefahaman ini. Bagaimanapun dua daripada tujuh kuasa nuklear dan kemungkinannya satu kuasa nuklear tidak mengesahkan persefahaman ini. Persefahaman ini telah dicadangkan oleh Ireland dan Finland, kedua negara ini juga merupakan negara pertama yang menandatanganinya. Pada 11 Mei 1995, bertempat di New York lebih daripada 170 buah telah negara memutuskan untuk menyambung persefahaman tersebut tanpa had dan syarat.

Persefahaman ini boleh diringkaskan kepada tiga tunggak iaitu [1]:

  • Tiada pengembangan (nonproliferation),
  • Pelucutan senjata, dan
  • Hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan damai.

Tunggak persefahaman[sunting | sunting sumber]

Tunggak pertama: tiada pengembangan (non-proliferation)[sunting | sunting sumber]

Lima negara dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear: Amerika Syarikat (tanda tangan 1968), United Kingdom (1968), Perancis (1992), Kesatuan Soviet (1968; kini Rusia), dan Republik Rakyat China (1992). Ini adalah negara yang memiliki senjata sedemikian pada masa tersebut, dan juga merupakan lima ahli tetap kepada Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima Negara Senjata Nuklear (Nuclear Weapons States) (NWS) bersetuju untuk tidak memindahkan teknologi senjata nuklear kepada negara lain, dan negara bukan ahli-NWS bersetuju untuk tidak memajukan senjata nuklear.

5 pihak NWS telah membuat persetujuan untuk tidak menggunakan senjata nuklear mereka terhadap ahli bukan NWS kecuali sebagai tindak balas kepada serangan nuklear, atau satu serangan biasa dengan perikatan bersama sebuah Negara Senjata Nuklear. Bagaimanapun, persetujuan ini tidak pernah dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian, dan butir tepat telah berubah-ubah sepanjang masa. Amerika Syarikat, umpamanya, telah menunjukkan yang ia boleh menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada "senjata pemusnahan meluas" serangan bukan nuklear, seperti senjata biologi atau kimia, kerana Amerika Syarikat juga tidak boleh menggunakan keduanya sebagai tindakan balas. Bekas Setiausaha Negara Pertahanan United Kingdom, Geoff Hoon, juga menunjukkan dengan jelas kemungkinan penggunaan senjata nuklear negaranya sebagai tindak balas kepada serangan tidak konvensional oleh "negara-negara penyangak".

Tunggak kedua: pelucutan senjata[sunting | sunting sumber]

Perkara VI dan mukadimah menunjukkan bahawa ahli NWS bergerak secara berterusan bagi mengurangkan dan memusnahkan stok simpanan mereka. Selepas lebih 30 tahun, ini masih kekal sebagai satu janji. Dalam Perkara I, NWS mengisytiharkan untuk tidak "mendorong mana-mana negara bukan senjata nuklear untuk ... memperolehi senjata-senjata nuklear." Satu doktrin serangan awal (pre-emptive-strike) atau sebaliknya kedudukan mengancam boleh di anggap sebagai perangsang kepada bukan ahli NWS. Perkara X menyatakan bahawa mana-mana negara itu boleh keluar daripada perjanjian tersebut sekiranya mereka merasakan bahawa "keadaan luar biasa", sebagai contoh yang dilihat sebagai ancaman, memaksa mereka melakukannya.

Tunggak ketiga: Hak bagi menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana sangat sedikit negara nuklear dan negara yang menggunakan reaktor nuklear bagi menghasilkan tenaga bersedia untuk meninggalkan sama sekali permilikan bahan api nuklear, tunggak ke tiga NPT membenarkan negara lain dengan kemungkinan melakukan perkara yang sama, tetapi di bawah keadaan yang bertujuan untuk menyukarkan pembangunkan senjata nuklear.

Bagi sesetengah negara, tunggak ke tiga NPT ini, yang membenarkan pengayaan uranium bagi tujuan bahan api, merupakan satu kelemahan utama. Bagaimanapun perjanjian ini memberikan setiap negara hak yang tidak dapat dinafikan bagi menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, dan oleh kerana rekabentuk stesyen reaktor tenaga kuasa nuklear air ringan yang popular secara perdagangan menggunakan bahan api uranium yang diperkayakan, ia mendorong bahawa negara tersebut perlu dibenarkan memperkayakan uranium atau membelinya di pasaran antarabangsa. Pengayaan uranium secara aman boleh dipertikaikan kerana ia amat hampir dengan pembangunan kepala peledak nuklear, dan ini boleh dilakukan dengan menarik diri daripada NPT. Tiada negara telah berjaya membina senjata nuklear secara rahsia ketika di bawah pemeriksaan ketat NPT.

Negara yang telah menandatangani perjanjian sebagai Negara Bukan Senjata Nuklear dan mengekalkan keadaan tersebut telah mempunyai rekod bersih tidak membina senjata nuklear. Di sesetengah kawasan, fakta bahawa kesemua negara jiran disahkan bebas senjata nuklear mengurangkan tekanan setiap negara yang mungkin merasakan perlu bagi mereka membina senjata ini, walaupun sekiranya nagara jiran diketahui mempunyai program tenaga nuklear aman yang sekiranya tidak berkemungkinan disyaki. Dari segi ini, perjanjian ini berjaya sebagaimana matlamatnya.

Mohamed ElBaradei, Ketua Agensi Tenaga Atom Antara Bangsa (International Atomic Energy Agency) (IAEA), badan penyelaras (regulatory ) nuklear PBB, telah menyatakan bahawa sekiranya mereka mahu, 40 negara mampu membangunkan bom nuklear. Pilihan lain kepada tunggak ketiga adalah memerlukan kesemua negara, termasuk ahli NWS, bukan hanya setakat melucutkan senjata, tetapi turut menutup kitaran bahan api nuklear sepenuhnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: pengembangan nuklear

Perjanjian ini mula sekali dianjurkan Ireland, dan dibuka bagi tanda tangan pada 1968, Finland yang pertama menandatanganinya. Menjelang 1992 kesemua lima kuasa nuklear yang diistiharkan pada masa itu telah menandatangani perjanjian tersebut, dan perjanjian itu diperbaharui pada tahun 1995 (dan diikuti pula oleh Perjanjian Melarang Ujian Lengkap (Comprehensive Test Ban Treaty) pada 1996). Beberapa penanda tangan NPT telah melupuskan senjata nuklear atau program senjata nuklear. Afrika Selatan memulakan program senjata nuklear, dituduh dengan bantuan Israel, dan mungkin telah melakukan ujuan kecil di Atlantik, tetapi sejak itu telah membatalkan program nuklearnya dan menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 1991 selepas memusnahkan simpanan nuklearnya yang kecil. Ukraine dan beberapa bekas Republik Soviet memusnahkan atau memindahkan ke Russia senjata nuklear yang diwarisi daripada Kesatuan Soviet.

Perkongsian senjata nuklear oleh Amerika Syarikat-NATO[sunting | sunting sumber]

Pada masa perjanjian dirundingkan, NATO telah mempunyai perjanjian perkongsian senjata nuklear rahsia dimana Amerika Syarikat membekalkan senjata nuklear untuk dilengkapkan, dan disimpan, dalam negara NATO lain. Ini kelihatannya sebagai tindakan mengembang senjata nuklear dan menyalahi Perkara I dan II perjanjian. NATO menyatakan secara dalaman bahawa Amerika Syarikat yang mengawal senjata dalam simpanan, dan tiada perpindahan senjata atau kawalan diberikan "kecuali dan sehingga keputusan dilakukan untuk berperang, dan pada mana perjanjian tidak lagi berkuat kuasa", dengan itu tiada perlanggaran NPT berlaku. Perjanjian ini dimaklumkan kepada beberapa negara, termasuk Kesatuan Soviet, yang merundingkan perjanjian. Tetapi kebanyakan negara yang menandatangani NPT pada 1968 tidak mengetahui mengenai perjanjian ini dan pemahaman pada masa itu.

Sehingga 2005 Amerika Syarikat masih membekalkan 180 bom nuklear taktikal B61 untuk kegunaan Belgium, Jerman, Itali, Belanda, dan Turki dibawah perjanjian NATO. Kebanyakan negara, dan Pergerakan Tidak-Sejajar (Non-Aligned Movement), kini mendakwa bahawa ini melanggar Perkara I dan II perjanjian tersebut, dan sedang mengenakan tekanan diplomatik bagi membatalkan perjanjian ini. Mereka menimbulkan bahawa juruterbang dan kakitangan lain bagi negara NATO "bukan-nuklear" yang berlatih mengendalikan bom nuklear AS., dan kapal terbang perang bukan U.S. yang telah diubah suai bagi menghantar bom nuklear AS. yang memerlukan pembabitan peralihan sebahagian maklumat teknologi teknikal bom nuklear.

Walaupun pendapat NATO bahawa ia dianggap sah disisi undang-undang, operasi waktu aman sebegitu melanggar kedua-dua matlamat dan semangat NPT. NATO percaya bahawa "kuasa nuklear terus memainkan peranan penting dalam menghalang peperangan, tetapi peranan mereka kini adalah lebih berdasarkan kepada politik."

India, Pakistan, Israel[sunting | sunting sumber]

Tiga negara - India, Pakistan, dan Israel - enggan menandatangani perjanjian tersebut. India dan Pakistan disahkan kuasa nuklear, dan Israel dipercayai secara meluas memiliki senjata nuklear, walaupun ia tidak diketahui menjalani ujian (lihat Daftar negara dengan senjata nuklear). Negara ini mendakwa bahawa NPT mencipta kelab "ada nuklear" dan sekumpulan lebih besar "tiada nuklear" dengan menghadkan permilikan sah senjata nuklear bagi negara yang mengujinya sebelum 1967, tetapi perjanjian tersebut tidak pernah menjelaskan di atas asas perbezaan sedemikian adalah sah.

India dan Pakistan telah mengumumkan kepada umum pemilikan senjata nuklear dan telah meletupkan peranti nuklear dalam ujian, India melakukannya dahulu pada 1974 dan Pakistan menurut kemudian pada 1998. India difahamkan memiliki bahan boleh belah lebih daripada 150 kepala peledak bagi India dan 80-120 bagi Pakistan. Israel telah memajukan senjata nuklear di tapak Dimona di Negev semenjak 1958, dan dipercayai telah memiliki stok imbalan antara 100 hingga 200 kepala peledak. Kerajaan Israeli enggan mengesah atau menafikan dakwaan ini, walaupun ini dianggap rahsia terbuka selepas pakar sains nuklear Israel Mordechai Vanunu membongkar program tersebut kepada Sunday Times British pada 1986.

Korea Utara[sunting | sunting sumber]

Korea Utara mengesahkan perjanjian, tetapi membatalkan tanda tangannya pada 2003 selepas pertikaian dengan pemeriksa mengenai pemeriksaan kemudahan nuklear yang tidak di isytiharkan. Pada Ogos 2004, menurut pengarang New York Times, pegawai perisikan Amerika Syarikat dan pakar bukan kerajaan memutuskan bahawa usaha mencegah pertambahan senjata nuklear di Iran dan Korea Utara telah gagal memperlahankan program pembangunan senjata mereka. [2] (registration required)

Pada 10 Februari 2005, Korea Utara mengistiharkan secara terang-terangan bahawa ia mempunyai senjata nuklear dan menarik diri daripada perundingan enam pihak yang dihoskan oleh China untuk mencari penyelesaian diplomatik kepada isu tersebut. "Kami telah mengambil tindakan nekad dengan menarik diri daripada Perjanjian Tidak Meningkatkan Nuklear (Nuclear Non-proliferation Treaty) dan telah menghasilkan senjata nuklear bagi pertahanan diri bagi mengimbangi polisi tersembunyi pentadbiran Bush yang sentiasa cuba mengasing dan menekan DPRK," perutusan Menteri Luar Negara Korea Utara berkenaan isu tersebut. Perundingan enam pihak disambung pada Julai 2005, tetapi berehat pada 7 Ogos tanpa perkembangan baru. Pihak tersebut menyambung perundingan pada 29 Ogos.

Pada 19 September 2005, Korea Utara mengistiharkan bahawa ia bersetuju pada persetujuan awal. Di bawah persetujuan tersebut, Korea Utara akan melupuskan kesemua senjata nuklear dan kemudahan nuklear yang ada, menyertai semula NPT, dan menerima kembali pemeriksa IAEA. Isu rumit berkenaan belak reaktor air ringan bagi menggantikan program jana kuasa nuklear buatan tempatan Korea Utara, sebagaimana Kerangka Persetujuan 1994, dibiarkan tergantung bagi perbincangan masa hadapan. [3]. Pada hari berikutnya Korea Utara menekankan pandangannya yang diketahui bahawa sehingga ia dibekalkan dengan reaktor air ringan ia tidak akan melupuskan senjata nuklearnya atau menyertai NPT semula. [4].

Iran[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Program nuklear Iran Iran telah menandatangani NPT, tetapi sehingga 2004 disyaki oleh Amerika Syarikat sebagai melanggar perjanjian melalui program aktif bagi memajukan senjata nuklear. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sedang menyiasat. Iran menyatakan bahawa ia hanya ingin membangunkan jana kuasa nuklear.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa simpanan gas dan minyak Iran yang banyak meragukan daya maju ekonomi kuasa nuklear awam semata-mata. Bagaimanapun teori ekonomi moden pula menyatakan bahawa pertimbangan yang berkaitan adalah "kos peluang" minyak. Hujahnya adalah dengan membakar minyak secara dalaman, Iran perlu melupakan peluang pendapatan yang boleh didapati hasil dari jualan minyak. Dengan analisis ini, Iran pada asasnya berhadapan dengan pilihan yang sama dalam membuat keputusan penggunaan minyaknya sebagai seorang pengimport minyak.

Keluar dari Perjanjian[sunting | sunting sumber]

Fasal sepuluh NPT membenarkan sesebuah negara keluar dari perjanjian tersebut sekiranya "kejadian luar biasa, berkaitan dengan fasal perjanjian ini, yang telah mengancam kepentingan utama negara tersebut". Untuk meninggalkan perjanjian sesebuah negara mesti memberikan tiga bulan notis kepada semua negara ahli kepada perjanjian dan kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara tersebut perlu memberikan sebab bagi meninggalkan NPT dalam notis tersebut.

Negara NATO menegaskan bahawa apabila sesebuah negara memutuskan untuk berperang, perjanjian ini tidak lagi berkuat kuasa; dengan itu negara itu keluar daripada perjanjian tanpa notis. Ini merupakan alasan yang diperlukan bagi menyokong polisi perkongsian senjata nuklear NATO, tetapi yang merungsingkan bagi logik perjanjian tersebut.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Dengan termasuknya kegunaan tenaga nuklear awam dalam NPT pada Julai 2005 menerusi Kerjasama Asia-Pasifik Pembangunan dan Persekitaran Bersih telah mencetuskan sensitif politik. Akibatnya India yang telah melancarkan ujian bom atomnya yang pertama pada 1998, enggan menandatangani perjanjian tersebut. Sebelum pengumuman Kerjasama ini pada 18 Julai 2005, Presiden AS iaitu George W. Bush telah bertemu dengan rakan sejawatannya di India Perdana Menteri Manmohan Singh dan mengisyhtiharkan bahawa beliau akan berusaha untuk meminda undang-undang AS serta peraturan antarabangsa untuk membenarkan perdagangan teknologi nuklear awam antara AS dengan India. [5] Ironisnya, AS telah cuba menghalang Iran (sebuah anggota NPT) dari meneruskan teknologi nuklear awamnya. Sikap dua muka ini, bakal menghancurkan integriti NPT di arena antarabangsa.[6]

Setiap lima tahun, suatu konferen kajian semula akan diadakan keatas perjanjian tersebut. Sewaktu Konferen Kajian Semula ke-7 pada Mei 2005, terdapat perbezaan ketara antara Amerika Syarikat, yang mahukan konferen menumpukan kepada peningkatan nuklear (terutamanya dakwaan terhadap Iran) dengan kebanyakan negara anggota lain, yang bimbang dengan kurang seriusnya negara kuasa nuklear dalam pelucutan senjata nuklear dalam negara masing-masing. Negara-negara anggota NAM telah menyatakan kedudukan mereka bahawa perkongsian nuklear di NATO telah melanggar perjanjian NPT.

Negara-negara anggota[sunting | sunting sumber]

Nota:

  1. Republik China (Taiwan) pada asalnya telah menandatangani perjanjian NPT, tetapi telah dipecat daripada PBB pada tahun 1971. Walaupun PBB tidak lagi mengiktiraf Taiwan, Taiwan telah menyatakan pendirian mereka akan terus patuh kepada perjanjian ini.
  2. melalui Kesatuan Soviet.
  3. melalui Yugoslavia.
  4. melalui Republik Arab Yemen dan Republik Demokratik Rakyat Yemen.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Nuclear proliferation

Pautan luar[sunting | sunting sumber]