Krian (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Krian
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Populasi (1954)[1]98,600
Pemilih (1955)40,339

Krian ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi keseluruhan Daerah Kerian.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Krian ialah Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Krian telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Krian Laut dan Krian Darat. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Krian. Mereka ialah Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP), Haji Sulaiman Bin Haji Ahmad dari Parti Perikatan, dan Mohd Jan bin Ngah Parti Kebangsaan Perak (NAP).[4] Ahmad telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 8,685.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Krian
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 Ahmad Tuan Hussein PMIP 8,685 450
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Krian Laut dan Krian Darat.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan pemilih berdaftar berdasarkan etnik pada tahun 1955.[4]

  Cina (2%)
  India (5.1%)
  Melayu (93%)
  Lain-lain (0.0%)

Pada pilihan raya umum Tanah Melayu 1955, kebanyakkannya pemilih atau pengundi ialah beretnik Melayu iaitu sebanyak 28,203 orang atau 93%, kemudian diikuti oleh pengundi beretnik India iaitu sebanyak 1,541 orang. Pengundi beretnik Cina merupakan paling sedikit iaitu seramai 595 orang. Jumlah kosong bagi pengundi beretnik lain-lain. Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar ialah seramai 30,339.[3][4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Ahmad Haji Hussain 8,685 42.9
Perikatan Sulaiman Haji Ahmad 8,235 40.7
NAP Mohamed Jan Ngah 3,315 16.4
Jumlah undian sah 20,235 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 40,339
Majoriti 450
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c d "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b c d "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]