Krim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kopi diminum bersama krim

Krim (berasal daripada perkataan Greek chrisma yang bermaksud yang disapu) merupakan produk tenusu yang terbentuk pada lapisan atas susu sebelum penghomogenan. Jika dibiarkan, lemak dalam susu yang belum dihomogenkan akan naik ke atas membentuk krim. Krim juga dikenali sebagai lemak susu atau lemak mentega yang merupakan bahagian lemak pada susu biasa. Susu skim merupakan susu yang tidak mengandungi sebarang krim atau lemak.

Krim biasanya dijual mengikut gred berdasarkan kandungan lemak mentega di dalamnya. Krim boleh dikeringkan dalam bentuk serbuk untuk disimpan lama atau dieksport.

Antara produk tenusu yang diperbuat daripada krim ialah mentega, keju dan ais krim.