Krisis politik Terengganu 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Krisis politik Terengganu berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[1], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[2], [3]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014.

Pada 13 Mei 2014, ADUN Bukit Besi, Rosli Daud mengumumkan keluar dari parti UMNO sebahagian dari parti komponen Barisan Nasional dan menjadi wakil rakyat bebas sekaligus menjadikan bilangan kerusi DUN bagi Barisan Nasional telah menjadi 14 buah kerusi, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS dan PKR 15 kerusi dan Bebas 3 kerusi[4]. Hal ini menafikan kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh Barisan Nasional sebagai majoriti dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Menyertai semula UMNO[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, ADUN Bukit Besi, Rosli Daud menyertai semula UMNO pada malam 13 Mei 2014 setelah berlakunya perjumpaan antara mereka kesemuanya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak [5]. Dan pada keesokan harinya, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Kijal dan juga bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said juga menyertai semula UMNO.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB.
  2. ^ Ahmad Said letak jawatan Menteri Besar Terengganu.
  3. ^ "Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.
  4. ^ "ADUN Bukit Besi keluar parti". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.
  5. ^ Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO
  6. ^ Ahmad Said dan Ghazali menyertai semula UMNO
  7. ^ "Ahmad Said kembali ke pangkuan UMNO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-14. Dicapai pada 2014-05-15.