Ahmad bin Said (Menteri Besar Terengganu)
Datuk Ahmad bin Said (umur 51 tahun) merupakan ADUN Barisan Nasional kawasan Kijal yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu oleh Sultan Terengganu pada 22 Mac 2008. Perlantikan itu bagaimanapun tidak dipersetujui pimpinan UMNO yang sebaliknya menyokong Dato' Seri Idris bin Jusoh.[1][2]
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Ahmad Said berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM).
[sunting] Kerjaya
Ahmad Said pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Setiu dan Kemaman. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat Terengganu.
[sunting] Pengalaman politik
Beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri. Pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Terengganu dan exco Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Terengganu selain merupakan ketua UMNO bahagian Kemaman.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Said menang dalam kawasan [[DUN Kijal]] menewaskan calon PAS Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.
Selepas menjadi Menteri Besar, beliau dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada 14 Jun 2008.
[sunting] Kepimpinan Semasa Menjadi Menteri Besar Terengganu
[sunting] Kontroversi
[sunting] Isu Mercedes
Kualiti buatan serta kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive mula dipersoalkan berikutan satu kontroversi pada Julai 2008 apabila kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dari Barisan Nasional membeli 14 buah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor, yang bertujuan untuk menggantikan kereta 2004 Perdana V6 Executive sedia ada sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.[3] Ketua Setiausaha Negeri Terengganu Mokhtar Nong menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berikutan kekurangan kebolehbergantungan Perdana, dengan mendakwa bahawa kereta-kereta Perdana tersebut memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, terutamanya pada kotak gear, semasa digunakan dalam perjalanan jauh.[3] Dua daripada Perdana V6 tersebut memerlukan kos baik pulih masing-masing sejumlah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sejak 2004.
Proton menafikan tuduhan kos penyelenggaraan yang tinggi oleh kerajaan negeri Terengganu, dengan mengatakan kos penyelenggaraan berkala (penggantian minyak enjin dan penapis minyak) bagi Perdana ialah sekitar RM200. Kontroversi tersebut telah menyebabkan timbul tuduhan mengenai penyelewengan penyelenggaraan oleh kerajaan Terengganu,[4] memandangkan kos penyelenggaraan berkala terkumpul pagi sebuah Perdana V6 biasa pada tempoh yang sama jauh lebih rendah seperti yang didakwa, serta berikutan tiada tuntutan waranti yang dibuat oleh kerajaan negeri sejak Oktober 2004 bagi salah satu kereta yang rosak.
Berikutan dengan kes tersebut, seorang pemilik bengkel di Chendering telah didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen dari keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya tanpa perlu dipanggil membela diri, kerana satu dokumen penting berkaitan kes itu hanya dibekalkan kepada pembela semasa kes berkenaan telah berjalan. [5], [6]
[sunting] Saman dua blog
Pada 4 Oktober 2011, dua blog iaitu http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com telah memfitnah Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.Pada 9 November 2011, beliau membuat laporan polis dan akan memfailkan saman di mahkamah.[7]
[sunting] Pemuda UMNO Bahagian
[sunting] Rujukan
- ↑ Saya Bukan Penderhaka Umno, Kata Ahmad Said, Bernama. Dicapai 25 Mac 2008.
- ↑ Idris dakwa dapat sokongan PM dan TPM sebagai MB Terengganu, mSTAR Online. Dicapai 25 Mac 2008.
- ↑ 3.0 3.1 R. S. N. Murali (2008-07-20). "Terengganu: Mercedes purchase was cost-cutting measure". The Star Online. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/20/nation/20080720192106. Capaian 2008-07-22.
- ↑ Norliza Abd. Rahman (2008-07-24). "BPR siasat kos senggara Perdana V6 Terengganu (Bahasa Melayu)". Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm. Capaian 2008-07-24.
- ↑ Perdana V6: Pemilik bengkel bebas dari tuduhan memalsu tuntutan
- ↑ Perdana V6: Pemilik bengkel bebas dari tuduhan memalsu tuntutan.
- ↑ Ahmad Said fail saman 2 pemilik blog
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 22 Mac 2008 - |
Penyandang Kemudian |
| Dato Seri Idris Jusoh | Hingga kini |