13 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mei 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXII | ||||||
13 Mei merupakan hari ke-133 (hari ke-134 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 232 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Rotuma di Fiji.
[sunting] Peristiwa
- 1497 - Girolamo Savonarola dari Florence dikucilkan oleh Paus Alexander VI.
- 1619 - Bangsawan Belanda Johan van Oldenbarnevelt dihukum mati di Hague setelah dituduh menderhaka negara.
- 1648 - Kubu Merah siap dibina di Delhi.
- 1830 - Kemerdekaan Ecuador.
- 1848 - Lagu kebangsaan Finland Maamme dipersembahkan buat pertama kali.
- 1888 - Waris Brazil Isabel si Penyelamat (gambar) meluluskan Lei Áurea (Undang-Undang Emas), secara rasmi menamatkan perhambaan di Brazil.
- 1912 - Royal Flying Corps (kemudiannya Royal Air Force) diasaskan di United Kingdom.
- 1950 - Perlumbaan pertama siri Grand Prix Formula Satu di Silverstone, England.
- 1958 - Ketika melawat Caracas, Venezuela, kereta yang membawa Naib Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon diserang oleh penunjuk perasaan Anti-Amerika.
- 1958 - Tanda dagang Velcro didaftarkan.
- 1967 - Dr. Zakir Hussain menjadi Presiden India pertama yang beragama Islam. Beliau menyandang jawatan ini sehingga 24 Ogos 1969.
- 1969 - Peristiwa 13 Mei: Rusuhan kaum orang Cina–Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia menyebabkan sekurang-kurang 190 orang terkorban dan Parlimen digantung sehingga 1971.
- 1981 - Mehmet Ali Ağca menembak dan menyebabkan Paus John Paul II cedera parah di Dataran Saint Peter, Kota Vatican.
- 1992 - Li Hongzhi berucap megenai Falun Gong di khalayak awam buat julung kalinya di bandar Changchun, Republik Rakyat China.
- 1998 - India dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan Jepun akibat siri ujian nuklear keduanya.
- 1998 - Rusuhan kaum berlaku di Jakarta, Indonesia, menyaksikan kedai-kedai milik warga berketurunan Cina digeledah dan kaum wanita dirogol.
- 2007 - Bermulanya pembinaan Jambatan Calafat-Vidin antara Romania dan Bulgaria.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||