Kuark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam fizik zarah, kuark (disebut kwɔː(r)k) adalah salah satu (hadron) dari dua juzuk asas jirim (satu lagi ialah lepton). Kuark merupakan satu-satunya zarah asas yang berinteraksi melalui kesemua empat daya asas.

Kuark mempunyai enam perisa - naik (up - u), turun (down - d), ganjil (strange - s), terpesona (charm - c), bawah (bottom - b) atau atas (top - t). Kuark-kuark naik, terpesona dan atas mempunyai cas elektrik +2/3, sementara kuark turun, ganjil dan bawah mempunyai cas elektrik -1/3. Dalam setiap proton atau neutron, ada 3 kuark. Dalam satu proton, ada dua kuark naik dan satu kuark turun, memberikan cas +1, Dalam satu neutron pula, ada satu kuark naik dan dua kuark turun, memberikan cas neutral. Setiap kuark juga mempunyai satu daripada 3 cas 'warna' (cas daya nukleus kuat) - biru, hijau atau merah.

Kuark merupakan fermion yang mempunyai antizarahnya (antikuark).