Kuark pesona
|
|
|
| Komposisi: | Zarah asas |
| Keluarga: | Fermion |
| Kumpulan: | Kuark |
| Generasi: | Kedua |
| Interaksi: | Kuat, lemah, daya elektromagnet, graviti |
| Antizarah: | Kuark pesona (c) |
| Pengasas teori: | Sheldon Glashow, John Iliopoulos, Luciano Maiani (1970) |
| Ditemui: | Burton Richter dll. (SLAC) (1974) Samuel Ting dll. (BNL) (1974) |
| Simbol: | c |
| Jisim: | 1.27+0.07−0.11 GeV/c2 [1] |
| Mereput menjadi: | Stabil |
| Cas electrik: | +2⁄3 e |
| Cas warna: | Ya |
| Spin: | 1⁄2 |
| Isospin lemah: | LH: +1⁄2, RH: 0 |
| Hipercas lemah: | LH: +1⁄3, RH: +4⁄3 |
Kuark pesona, ditandai c, perisa kuark yang berada dalam generasi kedua bersama kuark aneh (ada juga yang menyebutnya sebagai kuark cun supaya selari dengan tandanya!). Bercas elektrik +2/3 e, dan seperti kuark-kuark lain, mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.
Nombor kuantum pesona dikaitkan dengan kuark ini. Kuark ini mereput kepada kuark-kuark lebih ringan, kadang-kadang juga bersama lepton, menerusi salingtindak lemah. Pesona hanya diabadikan dalam salingtindak kuat dan keelektromagnetan (dan graviti).
Antizarah bagi kuark pesona ialah antikuark dengan perisa antipesona, bercas elektrik -2/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).
Kuark pesona mula dicadangkan oleh Sheldon Glashow bersama James Bjorken dalam tahun 1964, untuk mengimbangi akibat kuark-kuark lain yang telah diketahui, dalam proses tertentu yang membabitkan gambarajah Feynman berkotak. Penemuan zarah J/ψ oleh pakatan yang dipimpini Burton Richter dan Sam Ting dalam tahun 1974 membuktikan kewujudan kuark pesona.
Hadron yang mengandungi kuark pesona [sunting]
Sesetengah hadron yang mengandungi kuark pesona adalah seperti yang berikut:
- D meson: Mengandungi satu kuark pesona (atau antizarahnya), dan satu kuark atas atau kuark bawah;
- Meson Ds: Mengandungi satu kuark pesona dan satu kuark aneh;
- Terdapat banyak keadaan karmonium, misalnya zarah J/ψ. Kesemua ini terdiri daripada satu kuark pesona dan antizarahnya.
- Barion pesona telah diperhatikan dan dinamai dengan cara yang sama dengan barion (misalnya, Λ+c).
Rujukan [sunting]
- ↑ C. Amsler dll. (Particle Data Group) (2009). "PDGLive Particle Summary". Particle Data Group. http://pdglive.lbl.gov/Rsummary.brl?nodein=Q004. Capaian 2009-10-22.
|
|||||||||||