Kumpulan Filogeni Angiosperma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan Filogeni Angiosperma ialah sebuah kumpulan ahli botani sistematik antarabangsa yang berkumpul untuk mengasaskan sebuah pandangan sepersetujuan untuk taksonomi tumbuhan-tumbuhan berbunga. Perkembangan ini dicetuskan oleh kebangkitan sistematik molekul (bahasa Inggeris: molecular systematics) yang hebat.

Tumbuhan-tumbuhan berbunga (juga dikenali sebagai angiosperma, Angiospermae, Anthophyta, [Magnoliophyta]]), merupakan salah satu daripada kumpulan organisma yang pengelasannya amat terjejas oleh data molekul yang baru ditemui. Sistem Cronquist, sebuah skim pengelasan yang terpengaruh yang diterbitkan oleh ahli botani Amerika Syarikat, Arthur Cronquist, pada tahun 1981, semakin dicabar pada sepanjang 1990-an. Data molekul yang telah ditemui melalui kaedah kladistik (bahasa Inggeris: cladistics) sejak kira-kira 1990, telah menjelaskan pandangan ahli botani terhadap sebilangan perhubungan dan mengubahkan yang lain secara hebat. Ini telah memungkinkan pendekatan yang lebih dekat dengan matlumat filogenetik yang berhasrat untuk membuat suatu pengelasan yang membayangkan keturunan.

Penambahan pengetahuan yang pesat menyebabkan banyak cadangan untuk menukarkan pengelasan, dan ini menimbulkan masalah untuk semua pengguna pengelasan (termasuk ahli ensiklopedia). Dengan menghimpunkan penyelidik-penyelidik daripada institusi-institusi utama di seluruh dunia untuk menerbitkan sebuah sistem pengelasan bersama-sama, Kumpulan Filogeni Angiosperma cuba membekalkan satu pusat rujukan yang stabil, dan menerbitkan sistem-APG pada tahun 1988. Sistem ini menumpukan kepada pengolahan aras yang lebih tinggi, dan oleh sebab pengetahuan pada peringkat ini masih amat terhad, suatu pengelasan yang muktamad masih tidak dapat dimungkinkan untuk semua kes.

Sistem itu berdasarkan dua gen kloroplas dan satu pengekodan gen untuk ribosom. Pemilihan gen-gen daripada organel-organel sel adalah amat penting; dengan cara yang serupa, taksonomi zoologi menggunakan gen mitokondria. Genom untuk organel sel adalah berasingan daripada genom nuklear, dan kedua-dua kloroplas dan mitokondria mempunyai DNA tersendiri, iaitu sebenarnya DNA prokariot. Jujukan nukleotid tertakluk kepada kadar perubahan yang tidak sama dengan DNA nuklear.

Pengelasan APG yang pertama diterbitkan pada tahun 1998; versi semakan diterbitkan pula pada tahun 2003 (APG, 2003), dan dikenali sebagai APG II 2003 atau hanya APG II. Pembaharuan-pembaharuan yang utama ialah:

  • Pengelakan penggunaan nama saintifik yang formal untuk aras yang lebih tinggi daripada aras susunan, tetapi menggunakan klad, seperti eudikot, monokot, dan rosid.
  • Peletakan sebilangan besar takson yang mempunyai pengelasan yang secara tradisi tidak dapat dipastikan.
  • Pemberian pengelasan alternatif untuk sebilangan kumpulan, umpamanya sebilangan famili boleh dianggap sebagai famili yang berasingan atau digabungkan untuk menjadi sebuah famili tunggal yang lebih besar. APGII merujuk kepada kumpulan ini sebagai takson "terkurung".

Takson terkurung diperkenalkan untuk membantu peralihan daripada pengelasan berdasarkan morfologi yang lebih lama kepada sistem-sistem berdasarkan molekul yang lebih baru, kerana proses itu cenderung menghasilkan sebilangan takson yang agak kecil, umpamanya famili-famili monogenerik, yang menyusahkan pengguna-pengguna. Sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang-pengarang APG (m.s. 402), "Kami secara amnya menerima pendapat pakar-pakar... tetapi kami juga sedar bahawa pakar-pakar hampir selalu lebih menyukai pembahagian kepada kumpulan-kumpulan...".

Penyelidik-penyelidik bebas, termasuk ahli-ahli APG, meneruskan penerbitan pandangan-pandangan sendiri tentang taksonomi angiosperma. Walau bagaimanapun, memang tidak terdapatnya sesuatu pengelasan yang dapat dikatakan muktamad; pengelasan hanya mewakili satu pandangan pada satu masa yang tertentu, berdasarkan kedudukan penyelidikan. Keputusan-keputusan yang baru sentiasa termuncul. Bagaimanapun, terbitan-terbitan APG semakin dianggap sebagai rujukan yang berwibawa.

Institusi-instituti yang diwakili dalam kumpulan pengarang utama untuk pengelasan APG II termasuk:

Sumbangan-sumbangan juga diterima daripada banyak institusi yang lain di seluruh dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan Filogeni Angiosperma (2003). An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG II. Botanical Journal of the Linnean Society 141: 399-436 (Juga boleh didapati dalam talian: Abstrak | Teks penuh (HTML) | Teks penuh (PDF)).