Kunci pulas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kunci pulas
Gegelung penjuru pada sebuah kontena
Kunci pulas di atas geladak kapal kontena. Palang panjang di dalam gambar dikenali sebagai "batang pengikat" yang digunakan untuk kestabilan tambahan

Kunci pulas (Bahasa Inggeris: twistlock) dan gegelung penjuru (Bahasa Inggeris: corner casting) adalah alat penyambung piawai yang digunakan untuk mengunci kontena di atas kapal kontena, trak atau keretapi; dan juga untuk mengangkatnya menggunakan kren dan pengangkat sisi.

Bahagian penyambung betinanya adalah gegelung penjuru yang terbina pada kontena, manakala komponen jantan adalah kunci pulas yang bertindak sebagai pengunci ke atas tapak kontena di atas kapal, trak, keretapi dan kren.

Saiz maksimum dan posisi lubang di dalam penyambung ditentukan oleh piawai antarabangsa ISO 1161:1984.