Pergi ke kandungan

Lading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lading
Lading Cekak
Lading Cekak
Parang Lading Cekak, Merupakan senjata rasmi Seni Silat Cekak
JenisParang
Tempat asalKedah
Sejarah pengeluaran
DihasilkanSultan Ahmad Tajuddin[nyatakan menurut siapa?] (1706–1710)[Penjelasan diperlukan] to present[perlu rujukan]
Spesifikasi
Blade larasukuran daripada telinga kiri ke mata kanan pemakai

Lading ialah senjata dari kategori parang. Parang Lading merupakan jenis parang yang lebar dan melengkung pada bahagian tengahnya. Matanya tajam di sebelah melengkung keluar dan digunakan sebagai alatan pertanian dan juga sebagai senjata.

Penggunaannya sebagai senjata

[sunting | sunting sumber]

Ia sinonim sebagai senjata di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak[1] yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai. [2] Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza.

Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya (20%) manakala bahagian lain bilahnnya (80%) adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.

Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan. Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan. Maklumat lanjut di laman sesawang Seni Silat Cekak Malaysia[3]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]