Le Havre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 49°29′24″U 0°06′00″T / 49.49000°U 0.100000°T / 49.49000; 0.100000

Le Havre

Le Havre Vue Plage 14 07 2005.jpg
Coat of arms of Le Havre
Le Havre yang terletak di Perancis
Le Havre
Pentadbiran
Negara Perancis
Bahagian Normandy Atas
Jabatan Seine-Maritime
Arrondissement Rouen
Antarakomunaliti CODAH
Datuk bandar Edouard Phillippe (UMP)
(2010 - 2014)
Statistik
Keluasan1 46.95 km2 (18.13 batu²)
Bil. penduduk2 179,751  (2007)
 - Pemeringkatan ke-12 di Perancis
 - Kepadatan 3,829 /km2 (9,920 /batu persegi)
Kawasan bandar 182.45 km2 (70.44 batu²) (2006)
 - Bil. penduduk 246,195 (2006)
Kawasan metro 615.39 km2 (237.60 batu²) (2006)
 - Bil. penduduk 291,765 (2006)
Zon waktu CET (UTC +1)
Laman sesawang www.ville-lehavre.fr
1 Data Daftar Tanah Perancis yang tidak mengambil kira tasik, kolam, dan glasier, yang melebihi 1 km² (0.386 sq mi atau 247 ekar), serta juga muara sungai.
2 Population sans doubles comptes: Penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Le Havre, Bandar yang dibina semula oleh Auguste Perret*
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Jenis Budaya
Kriteria ii, iv
Rujukan 1181
Kawasan** Eropah dan Amerika Utara
Sejarah inskripsi
Inskripsi 2005 (Sesi 29th)

* Nama seperti tertulis dalam Senarai Warisan Dunia
** Kawasan seperti yang dikelaskan oleh UNESCO

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Le Havre (Sebutan bahasa Perancis: [lə avʁ]) adalah bandar dan komun di jabatan Seine-Maritime bagi région (kawasan) Haute-Normandie di Perancis. Ia terletak di barat laut Perancis, di tebing kanan muara Sungai Seine di Selat Inggeris. Le Havre adalah komun yang paling padat di Haute-Normandie (Hulu Normandy), meskipun jumlah penduduk konurbasi raya Le Havre lebih kecil daripada konurbasi Rouen. Ia juga merupakan subprefektur kedua terbesar di Perancis (selepas Reims). Pelabuhannya adalah yang kedua tersibuk di Perancis (selepas Pelabuhan Marseille). Sejak 1974 ia menjadi pusat utama uskup (biskop) bagi keuskupan Le Havre.

Le Havre dinamakan pada asalnya Franciscopolis sempena Raja François I, yang menubuhkan bandar ini pada 1517. Satu kapel (gereja) yang bernama Notre-Dame-de-Grâce wujud di tempat sebelum penubuhan bandar ini dan panggilan ini memberikan namanya kepada pelabuhannya, yang dipanggil Le Havre (atau Le Hable) de Grâce ("pelabuhan rahmat"). Nama yang dipendekkan Le Havre, yang digunakan pada zaman sekarang, diterjemahkan dengan mudahnya kepada "pelabuhan".

Di bawah penjajahan Jerman, bandar ini telah musnah pada 1944 ketika Pertempuran Normandy pada Perang Dunia Kedua; 5,000 orang dibunuh dah 12,000 rumah musnah, terutamanya oleh serangan udara Pihak Berikat. Selepas perang, pusat bandar dibina semula mengikut gaya modenis oleh Auguste Perret. Le Havre diberikan gelaran anugerah Légion d'honneur pada 18 Julai 1949. Ia dicalonkan dan disahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2005.

Le Havre dahulu dikaitkan dengan kemuraman dan kekelabuan. Penduduk-penduduknya telah banyak berusaha untuk mengubah persepsi ini; kesan daripada perubahan yang meningkat, Le Havre kini disebut sebagai Brasilia Perancis. [petikan diperlukan].

Kod pelabuhan Le Havre ialah LH.