Lebuhraya Skudai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jkr-ft1.png
Laluan persekutuan 1
Panjang (kilometer) 29
Arah Utara - Selatan
Mula Senai
Destinasi utama Lapangan Terbang Antarabangsa Senai 20 airtransportation inv.svg
Skudai
Tampoi
Woodlands (Singapura)
Tamat Johor Bahru
Pembinaan bermula 1983
Pembinaan tamat 1985
Jalan raya yang terlibat Mes-e3.pngHubungan Kedua Malaysia-Singapura
Jkr-ft16.png Jalan Lapangan Terbang Senai
Mes-e2.png AH 2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
Jkr-ft5.png Lebuhraya Skudai-Pontian
Jkr-ft17.png Lebuhraya Pasir Gudang
30px Jalan Persisiran Pantai Barat Johor Bahru
Jkr-ft188.png Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru
Jkr-ft3.png AH 18 Lebuhraya Tebrau
Rangkaian Lebuh Raya Asia AH 2
(Persimpangan Skudai - Johor Bahru)

Lebuhraya Skudai atau juga dikenali sebagai Lebuhraya Senai atau Jalan Skudai adalah sebuah lebuhraya capaian separa sejauh 27.3 km dari Senai ke Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Di sebelah Singapura, Tambak Johor adalah sebahagian daripada Lebuhraya Bukit Timah (BKE). Lebuhraya ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Jkr-ft1.png serta menjadi sebahagian daripada jaringan lebuhraya di Johor Bahru.

Dibuka pada lalu lintas pada tahun 1985, Lebuhraya Skudai pada asalnya merupakan sebuhraya bertol sehingga Mac 2004 apabila Kerajaan Persekutuan menambil keputusan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Senai. Sebelum ini, konsesi bagi lebuhraya ini dipegang oleh Plus Expressway Berhad sebagai sebahagian daripada projek Lebuhraya Utara Selatan. Kini, hanya Plaza Tol Tambak Johor sahaja yang beroperasi bagi pengguna lebuhraya dari Singapura dan lebuhraya tersebut diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Lebuhraya Skudai pada asalnya merupada lebuhraya 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) tetapi bahagian dari Bandar Baru Uda ke Skudai telah dilebarkan kepada 6 lorong pada tahun 2001 untuk membolehkan lebuhraya tersebut menampung kapasiti trafik yang semakin meningkat.

Pemandangan di Lebuhraya Skudai yang melalui Pekan Senai.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]