Sistem Lebuh Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lebuhraya Utara-Selatan

Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian jaringan lebuh raya di Semenanjung Malaysia. Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia setakat tahun 2006 ialah 1,471.6 kilometer (914.4 batu).[1] Pembinaan lebuh raya ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Isi kandungan

Sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia [sunting]

Sistem lebuh raya Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem lebuh raya terbaik di Asia selepas Jepun dan China. Sehubungan dengan itu, beberapa batang lebuh raya utama di Malaysia telah tersenarai sebagai sebahagian daripada laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia. 2 laluan Lebuh Raya Asia yang melalui Malaysia ialah Laluan AH 2 dan AH 18.[2]

Bahagian laluan AH 18 yang melalui Malaysia secara keseluruhannya terdiri daripada Laluan Persekutuan Jkr-ft3.png; manakala laluan AH 2 yang melalui Malaysia terdiri daripada lebuh raya berikut:-

Piawaian lebuh raya [sunting]

Proses perancangan, pembinaan, pengurusan serta penggunaan lebuh raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Kebanyakan lebuh raya ekspres bertol dibina berpandukan piawaian jalan raya luar bandar JKR R6 (kawalan masuk penuh dengan had laju maksimum 110 km/j). Lebar minimum sebuah lorong bagi lebuh raya ekspress di bawah pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah 3.65 m. Bagi lebuh raya bukan ekspres yang dibiayai oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri seperti Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya tersebut tertakluk kepada piawaian JKR R5 (kawalan masuk penuh atau separa dengan had laju maksimum 90 km/j). Sebagaimana lebuh raya berkelajuan tinggi di negara lain, lebuh raya ekspres di Malaysia terdiri daripada jalan raya kembar dengan bilangan lorong minima 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) dan dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya. Lebuh raya ekspres dikenakan kawalan masuk penuh, bermaksud keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Sebelum pertengahan 1990-an, tiada sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres di Malaysia. Namum demikian, setelah semakin banyak lebuh raya yang dibina di Malaysia, maka kerajaan telah membentuk satu sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres. Kod laluan bagi lebuh raya ekspres bermula dengan huruf E diikuti nombor laluan serta dilabelkan di dalam logo heksagon berwarna kuning, misalnya Mes-e1.png bagi Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Warna latar belakang bagi papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia adalah hijau.

Kutipan tol [sunting]

Semua lebuh raya di Malaysia mengamalkan dua sistem pembayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Kadar tol di sistem terbuka adalah tetap dan hanya melibatkan bayaran ditetapkan di plaza tol sahaja manakala dalam sistem tertutup pula bayaran dikira mengikut jarak perjalanan; pengguna mengambil tiket tol di plaza tol masuk dan membayar tol di plaza tol keluar.

Sistem pembayaran tol secara elektronik juga diterima di semua plaza tol di Malaysia. Dua sistem pembayaran tol elektronik diguna pakai di Malaysia iaitu SmartTAG dan Touch 'n Go.

Lazimnya, motosikal dikecualikan daripada bayaran tol di Malaysia, tetapi bayaran tol bagi pengguna motosikal dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Senarai lebuh raya [sunting]

Lebuh raya [sunting]

Lain-lain [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. Maklumat rasmi daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia
  2. Pangkalan Data Lebuh Raya Asia: Rangkaian AH di Negara-Negara Ahli - Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pautan luar [sunting]