Tambak Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 1°27′09.98″N 103°46′08.95″E / 1.4527722°U 103.7691528°T / 1.4527722; 103.7691528

Laluan Tambak Johor–Singapura
Tambak Johor
تمبق جوهر
Membawa Kenderaan bermotor
Menyeberangi Selat Tebrau
Lokasi Johor Bahru, Malaysia
Woodlands, Singapura
Penyelenggara Malaysia
PLUS Expressway Berhad
Linkedua Malaysia Berhad

Singapura
Lembaga Pengangkutan Darat (LTA)
Pereka Malaysia
Kerajaan Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
United Engineers Malaysia Berhad (UEM)

Singapura
Kerajaan Singapura
Lembaga Pengangkutan Darat (LTA)
Reka bentuk Jambatan galang kotak
Dibina oleh United Engineers Malaysia Berhad (UEM)
Dibuka pada 1923
Tambak Johor menyeberangi Selat Johor.

Tambak Johor (ataupun Tambak Tanjung Puteri) merupakan sambungan darat pertama antara Malaysia dan Singapura. Sepanjang 1,056 meter, ia menyeberangi Selat Johor dan menghubungi bandar Johor Bahru di Malaysia ke bandar Woodlands di Singapura.

Tambak Johor menyangga jalanraya, landasan dan laluan pejalan kaki, serta paip yang membekalkan air ke Singapura. Pada hari biasa, ia membawa sebanyak 60,000 kenderaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi dari Singapura ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan ke Singapura, yang merupakan Ibu Pejabat British di Asia Tenggara, hanya dengan menggunakan feri.

Tambak Johor direka oleh Messr Coode, Fizmaurice, Wilson dan Mitchell daripada Westminster, Britain dan dibina oleh Topham, Jones & Railton Ltd dari London. Pada mulanya di tahun 1909, tambak ini cuma mengandungi sebatang landasan dari stesen keretapi Johor Bahru ke Singapura. Pembinaan jalanraya bermula pada tahun 1919 dan disiapkan pada tahun 1924 selepas empat tahun.


Gambar Stesen Woodlands (Tank Road - Woodlands Railway, Singapura) tahun 1910.
Tambak Johor dimusnahkan pada 1942.

Tambak Johor dimusnahkan oleh pihak British pada tahun 1942 semasa Perang Dunia II, untuk menghalang tentera Jepun daripada menjajah Singapura. Bagaimanapun, Tambak Johor dibina semula setelah Jepun menawan Singapura.

Tambak ini telah menjadi sumber perbalahan sejak perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Air yang bertakung disebabkan tambak ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di Johor. Malaysia telah mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan semenjak awal tahun 2000-an untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak oleh Singapura. Oleh sebab itu, Malaysia bercadang meneruskan projek penggantian melalui apa yang telah digelarkan sebagai "jambatan separuh yang bengkok" (crooked half bridge). Dengan tingginya 25 meter dari aras laut, cadangan jambatan di sebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkan dengan tambak di sebelah Singapura. Landasan pula akan disempurnakan dengan jambatan ayunan (swing bridge). Projek itu merupakan sebahagian Projek Gerbang Selatan Bersepadu.

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Oleh sebab-sebab yang sama, Singapura enggan bersetuju sebab penggantian tersebut akan mengancamkan kegiatan-kegiatan Pelabuhan Singapura.

Disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, laluan kedua yang dikenali sebagai Laluan Kedua Malaysia-Singapura disiapkan pada Oktober 1997. Sepanjang 1,920 meter, jambatan dua tingkat ini mengandungi jalan duaan berlorong tiga yang mengaitkan Kampung Ladang di Tanjung Kupang, Johor dengan Jalan Ahmad Ibrahim di Tuas, Singapura.

Kemarahan antara bekas pemimpin daripada kedua-dua negara telahpun mereda dengan kepemimpinan yang baru, iaitu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Mahathir Mohamad dan Lee Hsien Loong di Singapura menggantikan Goh Chok Tong. Kedua-dua pihak telah menjalin semula perhubungan mereka dan membuat perundingan yang baru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]