Senai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk Perkhidmatan Kebangsaan Pembelajaran Perindustrian Brazil, sila lihat SENAI.
Pemandangan Jalan Besar (Lebuhraya Skudai), Senai dari udara.

Senai ialah sebuah bandar transit yang terletak 25 kilometer di utara bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Nama "Senai" berasal daripada nama pokok Sinai, sejenis pokok tempatan yang banyak hidup biak di kawasan itu pada awal abad ke-20.

Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai juga merupakan pusat operasi kepada banyak pengilang elektronik multinasional yang utama. Bandar ini terletak di Lebuhraya Skudai yang merupakan sebahagian Laluan Persekutuan 1 yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur.

Bank-bank tempatan termasuk Maybank, Bank CIMB, Syarikat Kewangan Public, Bank RHB, Bank EON, dan Bank Simpanan Nasional. Terdapat banyak kedai runcit yang menjual bekalan keperluan antara lain di sepanjang jalan raya utama. Perkhidmatan-perkhidmatan bas yang melalui Senai termasuk TransitLink, Causeway Link, Maju, dan S&S. Perkhidmatan-perkhidmatan ini berulang-alik antara Senai dan Johor Bahru.

Penduduk-penduduk Senai terdiri terutamanya daripada orang Melayu, Cina, dan Tamil India. Kebanyakan orang Cina di Senai adalah daripada kaum loghat Hakka.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Senai terletak empat kilometer di selatan Kulai, dan empat kilometer di utara Skudai. Lebuhraya E3 mengaitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Tuas di Singapura.

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Senai bersejarah terdiri daripada rumah-rumah kedai yang dibina sebelum Perang Dunia II di sepanjang jalan raya utamanya. Jalan raya utama itu dibahagikan kepada jalan-jalan atas dan jalan-jalan bawah oleh sebatang sungai di tengah. Semasa Darurat Tanah Melayu pada lewat 1940-an hingga awal 1950-an, iaitu selepas Perang Dunia II, dasar-dasar penetapan semula menyebabkan banyak desa baru dibina di Senai, dengan fasa penetapan ketiga pada dekad 1970-an memperkenalkan perumahan kos rendah. Empat lorong utama terus menguasai taman-taman perumahan yang lebih lama.

Dekad 1980-an membawa pertambahan jumlah penduduk Senai yang besar, disebabkan oleh pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dan ini meningkatkan kegiatan ekonomi kawasan ini. Oleh itu, banyak taman perumahan tambahan telah dibina untuk memenuhi keperluan infrastruktur Senai yang dikembangkan. Taman-taman perumahan tersebut termasuk:

Senai kini berkembang dengan pesat, dengan banyak lagi taman perumahan baru dibina. Oleh itu, bandar ini mungkin akan bergabung dengan daerah Kulai yang berhampiran pada masa hadapan. Senai kini siap sedia untuk menjadi hab logistik yang utama di Asia Tenggara pada beberapa tahun yang akan datang apabila penghubung-penghubung pengangkutan serta perkembangan-perkembangan logistik yang baru menyepadukan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Senai mempunyai dua buah sekolah rendah kerajaan (SK Senai and SK Taman Senai Utama), dua buah sekolah rendah kerajaan aliran bahasa Cina (SJK (C) Senai (士乃华文小学), dan SJK (C) Seelong (泗隆华小)), serta sebuah sekolah menengah kerajaan (SMK Senai).

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Pasar malam diadakan secara tetap di Taman Aman pada setiap petang Rabu antara pukul 6 hingga pukul 10 malam. Penjaja-penjaja menjual berbagai-bagai makanan dan minuman tempatan, keluaran tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, pakaian, serta barang-barang runcit pada harga yang murah. Pasar malam biasanya penuh sesak dengan orang-orang tempatan dan pelancong-pelancong. Sebuah pasar pagi juga menjual sayur-sayuran dan daging-daging yang segar buat enam hari seminggu kecuali hari Isnin di Taman Senai Utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Johor Bahru Street Directory, edisi pertama oleh Penerbitan Rimman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]