Lee Myung-bak
| Lee Myung-bak 이명박 李明博 |
|
|
|
|
|---|---|
| Mula berkhidmat 25 Februari 2008 |
|
| Menggantikan | Roh Moo-hyun |
|
|
|
| Tarikh lahir | 19 Disember 1941 (71 tahun) |
| Tempat lahir | Hirano, Osaka, Japan |
| Parti politik | GNP |
| Pasangan | Kim Yun-ok |
| Agama | Presbyterian |
Lee Myung-bak (disebut [i.mʲʌŋ.bak̚]) (dilahirkan pada 19 Disember, 1941 di Osaka, Jepun) merupakan Presiden Korea Selatan ke-10 dan bekas datuk bandar Seoul. Beliau menggantikan Roh Moo-hyun sebagai presiden Korea Selatan pada 25 Februari, 2008. Beliau adalah salah seorang ahli Parti Nasional Besar. Lee menyatakan hasrat beliau iaitu mahu membaiki hubungan dengan Amerika Syarikat.[1]
Dengan 49% undi, beliau menewaskan pihak lawan Chung Dong-young (26%) dan Lee Hoi-chang (15%).[2]
Isi kandungan |
Kehidupan awal dan pendidikan [sunting]
Lee dilahirkan di Hirano-ku, Osaka, Jepun di mana ayahnya bekerja di ladang lembu. Keluarga beliau pulang ke Korea sejurus Perang Dunia Kedua tamat. Beliau merupakan anak ke-ima dan membesar di Pohang, Gyeongsangbuk-do. Lee menghabiskan masa kanak-kanaknya dengan membantu ibunya menjual aiskrim, kek, pakaian, buah, mancis, dan gula-gula.
Beliau berpendidikan awal di Sekolah Tinggi Komersil Dongji. Seterusnya beliau ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Politik [sunting]
Lee pernah memenangi jawatan ketua majlis pelajar, juga menceburi politik jalanan. Pada 1964, beliau menyertai demonstrasi pelajar membantah pemulihan hubungan Korea-Jepun dan telah dipenjarakan selama enam bulan.
Latar belakang ekonomi [sunting]
Lee menulis kepada bekas Presiden Park Chung-hee mengkritik pengamalan mengharamkan penunjuk perasaaan pelajar masuk ke persatuan utama, polisi yang diubah yang menghalang beliau mendapat kerja. Pada 1965, beliau menyertai Hyundai Engineering and Construction.
Semasa bekerja, beliau menemui mentor kepada beliau dan pengasas Hyundai, Chung Ju-Yung. Syarikat ini yang hanya mempunyai 90 pekerja berjaya meluaskan pasaran ke Timur Tengah semasa kerancakan ekonomi Korea pada tahun 1960-an dan 1970-an.Dalam masa 5 tahun, beliau menjadi eksekutif dan menjadi pengarah pada tahun 1977 . Ketika 3 dekad bersama Hyundai Group Lee mendapat gelaran "Bulldozer" untuk usaha merempuh cabaran.[3]
Kehidupan peribadi [sunting]
Lee mengahwini Kim Yun-ok pada tahun 1947 dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Lee juga membuat keputusan untuk memeluk Kristian dan menjadi Bapa pembaptisan di Gereja Presbyterian Somang di Seoul.Dia dikecualikan daripada latihan ketenteraan kerana selalu mengalami sesak nafas.
Mutiara kata [sunting]
Dari autobiografi beliau pada tahun 1995 "Bisnes Ajaib Tidak Pernah Ada"
"Orang ramai memanggil saya seorang arkitek bisnes ajaib. Dari pandangan sudut lain, kejayaan saya boleh dilihat sebagai kemenangan dan kebertuahan. Tafsiran saya sedikit berbeza. Dunia bisnes terdedah kepada pelbagai dugaan... Punca kejayaan saya di dunia bisnes ialah kegigihan. Saya mampu mengubah dugaan kepada peluang bisnes."
Rujukan [sunting]
- The JoongAng Daily, Lee's ascent marked by persistence
- The Hankyoreh, Who is Lee Myung-bak?
- The Korea Times, Economy-First Trademark Gives Lee Myung-bak Edge
- The Chosun Ilbo, TIME Names Lee Myung-bak 'Hero of Environment'
- Meet the Presidential Hopefuls: Lee Myung-bak at The Korea Times
- Interview with the Korea IT Times, September 2005
- "Seoul mayor sued for traffic chaos", People's Daily, July 14, 2004
- Interview with the Korea Times, July 1, 2004
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lee Myung-bak |
- Official Website (Bahasa Inggeris)
- Official website (Bahasa Korea)
- Lee Myung Bak's Cyworld Minihomepage
Rujukan [sunting]
- ↑ The Korea Times, President-Elect Vows Creative Diplomacy
- ↑ "Lee Myung-Bak won SKorea poll with 48.7 percent of vote - election commission", Thomson Financial News / Forbes.com, 2007-12-19. Dicapai pada 2007-12-20.
- ↑ New South Korean president — the right man at the right time By Blaine Harden, The Washington Post [1]