Roh Moo-hyun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roh Moo-hyun
노무현
Roh Moo-hyun

Tempoh berjawat
25 Februari 2003 – 25 Februari 2008
Perdana Menteri Goh Kun
Lee Hae Chan
Han Myung-sook
Han Duck-soo
Didahului oleh Kim Dae-jung
Digantikan oleh Lee Myung-bak

Tarikh lahir 1 September 1946(1946-09-01)
Tempat lahir Gimhae, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Meninggal 23 Mei 2009 (umur 62)
Yangsan, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Parti politik Parti Uri (2003-2007)
Parti Demokratik Milenia (1997-2003)
Parti Demokratik(1990-1997)
Parti Demokratik Bersatu(1988-1990)
Pasangan Kwon Yang-sook
Agama Bekas penganut Katolik Rom[1][2]
Roh Moo-hyun
Hangul 노무현
Hanja
Perumian Semakan No Muhyeon
McCune–Reischauer No Mu-hyŏn

Roh Moo-hyun (IPA: [nomuʝʌn]; (6 Ogos 1946 - 23 Mei 2009) ialah Presiden Korea Selatan yang ke-16. Beliau memegang jawatan tersebut dari 25 Februari 2003 hingga 25 Februari 2008. Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai peguan hak asasi manusia.

Kerjaya politik Roh sebelum menjadi presiden bertumpukan perjuangan hak asasi manusia untuk bersama golongan siswa di Korea Selatan. Di ambang kuasa, beliau memberi tumpuan pula kepada menentang regionalisme dalam politik Korea Selatan, yang sekaligus membawa kepada jawatan presiden. Pemilihan beliau banyak dipengaruhi oleh para aktivis di Internet, kali pertama Internet menjadi medan pengaruh pilihan raya Korea.[3]

Pelantikan Roh sebagai presiden menjadi peristiwa penting kerana menandakan penguasaan generasi baru bergelar Generasi 386, (golongan berusia 30-an apabila gelaran tersebut dicipta, pernah masuk universiti pada zaman 1980-an, dan lahir di zaman 1960-an) dalam persada politik Korea Selatan.[4] Generasi ini pernah menimba pengalaman dalam tunjuk perasaan golongan siswa menentang pemerintahan autoritarian, serta mendukung pendirian nasionalis yang tegas terhadap Amerika Syarikat dan Jepun, serta pendekatan berdamai dengan Korea Utara. Ramai golongan ini yang menyertai pentadbiran Roh.[5]

Walaupun mulanya ditaruh harapan tinggi,[6] namun kepimpinan Roh diselubungi tuduhan kekurangan kecekapan, diburukkan lagi dengan keasyikan Roh berbalah dengan lawan-lawannya yang turut menjejaskan sokongan awam. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti,[7] perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Kebanyakan kempen politik Roh yang kelihatan semberono, termasuk rancangan memindahkan ibu negara, dan rancangan membentuk parti campuran dengan pembangkang turut disambut hambar.

14 bulan selepas meletak jawatan, Roh terjerumus dalam skandal rasuah. Skandal ini, serta kerebahan ahli politik "paksi Pro-Roh",[8] kejatuhan Parti Uri dan ketumpasan pewarisnya iaitu Parti Demokratik di Perhimpunan Kebangsaan, dan kekalahan calon pewaris Roh di pilihan raya presiden, menandakan kejatuhan Generasi 386 yang pernah menjulang nama Roh.[9]

Roh membunuh diri pada 23 Mei 2009 dengan menerjun dari cerun gunung, selepas meninggalkan pesanan akhir.[10] Kejadian tersebut disahkan oleh pihak polis.[11]

Maklumat Peribadi[sunting | sunting sumber]

Berkahwin Kwon Yang-sook (권양숙), Roh mempunyai dua anak perempuan iaitu (Roh Jeong-yeon, 노정연, lahir 1975), seorang pekerja kedutaan; dan seorang anak lelaki (Roh Geon-ho, 노건호, lahir 1973), bekas pekerja LG Electronics kini memiliki MBA dariUniversiti Stanford. Roh beragama Roman Katolik,Kristian, sebagaimana Kim Dae-Jung.

Roh lahir pada 1946 dalam keluarga petani di Gimhae, berhampiran Busan, di tenggara Korea Selatan.

Tahun 1960, beliau memimpin pelajar dalam tunjuk perasaan di sekolahnya. Merupakan pelajar sekolah tinggi . Seterusnya berkhidmat sebagai tentera Korea Selatan.

Beliau belajar undang-undang dan mengambil peperiksaan pada 1975. Seterusnya 1977 menjadi hakim daerah di Daejeon dan memulakan latihan dalam undang-undang percukaian pada 1978. Dalam tahun 1981, beliau menjadi peguambela dalam kes kontroversi seorang pelajar sastera.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1988 Roh menyertai politik dan berusaha keras menentang rasuah dan khususnya Pembunuhan Gwangju 1980.

Roh berjaya dalam pilihan raya April 2000 di Busan, Korea Selatan.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perikanan dan Marin pada Ogos 2000. Seterusnya terpilih sebagai calon Presiden Parti Demokratik Milenium dengan mengalahkan Lee Hae-chan dengan majoriti tipis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden Korea Selatan
25 Februari 200325 Februari 2008
Penyandang Kemudian
Kim Dae-jung Lee Myung-bak