Lena Haidir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lenaber binti Haidir atau lebih dikenali sebagai Lena ialah penyanyi Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar dan bintang Akademi Fantasia Musim 9 di mana beliau juga dinobatkan sebagai naib juara dalam program realiti TV popular tersebut.[1]

Lena Haidir
Nama lahirLenaber binti Haidir
Kelahiran (1990-07-16) 16 Julai 1990 (umur 33)
Sabah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2011-kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB)
Pengkarya berkait
Hazama, Nera AF9
PasanganMuhammad Azhar Datu Mohd. Akjan
(k. 2013)
Anak-anak2

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lena telah menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Muhammad Azhar yang dikenalinya sewaktu berada dalam penerbangan yang sama dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada 2013. Pada tahun 2014, beliau telah berhijrah dengan memakai hijab.

Akademi Fantasia 9[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Lena mencuba nasib dengan mengikuti ujibakat Akademi Fantasia Musim 9 di mana pada waktu itu AF9 diumumkan sebagai musim yang terakhir. Beliau terpilih di antara 12 orang pelajar yang mengikuti kelas dan proses pembelajaran di dalam program realiti tersebut.[2] Beliau hampir tersingkir di minggu kelapan namun terselamat kerana tiada penyingkiran dilakukan ketika itu. Berikut persembahan beliau : -

Konsert Lagu Penyanyi asal Ked.
Minggu Tirai "Lamunan Hati" / "Dag Dig Dug" Wann / Haiza -
Minggu 1 "Lagu Untuk Kuala Lumpur" Tom. Ke-5
Minggu 2 "Kekal" Ziana Zain Pertama
Minggu 3 "Tiada Tangis Lagi" Ella Pertama
Minggu 4 "It Must Have Been Love" Roxette Ke-3
Minggu 5 "Ku Menunggu" Rossa Ke-3
Minggu 6 "Curiga" Ning Baizura Ke-3
Minggu 7 "Cinta Sempurna" Yuna Ke-3
Minggu 8 "Kisah Hati" Alyah Terselamat
Minggu 9 "Badarsila" Dato' Siti Nurhaliza Ke-2
Minggu Akhir "Dunia" Bunkface Naib Juara
"Sisa Kisah Kita"

(lagu baru)

Lena

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Label Nota
2011 Bintang AF9 Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB) Album bersama finalis AF9

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album
2011 "Sisa Kisah Kita" Bintang AF9
2012 "Bicara Hati" OST Drama Bicara Hati
"Emosi vs Emosi" Single
2016 "Aku Pasrah"
2017 "Sepanjang Hidupku"

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2011 Akademi Fantasia Musim 9 "Sisa Kisah Kita" Naib Juara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (Admin) (13 Jun 2011). [1] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Jun 2011.
  2. ^ Budiey (Admin) (29 Mac 2011).[2] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Mac 2011.