22 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Jun 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXIII | ||||||
22 Jun merupakan hari ke-173 (hari ke-174 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 192 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di El Salvador.
Peristiwa [sunting]
- 168 SM - Perang Macedonia Ketiga: Angkatan tentera Rom menewaskan dan menawan Raja Macedon Perseus dalam Pertempuran Pydna.
- 1813 - Perang 1812: Laura Secord berjalan kaki 30 km memberikan amaran kepada angkatan tentera Britain akan serangan Amerika Syarikat yang akan berlaku di Queenston, Ontario.
- 1854 - Dewan Undangan Provinsi Kanada memansuhkan sistem seigneur di Perancis Baru, Amerika Utara British.
- 1937 - Camille Chautemps menjadi Perdana Menteri Perancis dalam kementerian Barisan Popular kedua.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Lebih 4.5 juta askar Jerman Nazi dan Kuasa Paksi mula menyerang Kesatuan Soviet.
- 1956 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di Malaysia.
- 1986 - Pemain bola sepak Argentina Diego Maradona (gambar) menjaringkan kedua-dua Gol Tangan Tuhan dan Gol Abad Ini semasa menentang England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA di Bandar Mexico.
- 2009 - Dua kereta api Metro berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 80 yang lain.
- 2009 - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- 2010 - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- 2010 - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
Kelahiran [sunting]
- 1952 - Santokh Singh, bekas pemain bola sepak Selangor
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||