Lorenzo Staelens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lorenzo Staelens
Maklumat peribadi
Nama penuh Lorenzo Jules Staelens
Tarikh lahir (1964-04-30) 30 April 1964 (umur 59)
Tempat lahir Lauwe, Belgium
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1982–1987 KWSC Lauwe
1987–1989 Kortrijk 64 (11)
1989–1998 Club Brugge 286 (75)
1998–2000 Anderlecht 67 (10)
2001 Oita Trinita 26 (2)
Pasukan kebangsaan
1990–2000 Belgium 70 (8)
Pasukan diurus
2002–2003 Mouscron
2004 Eendracht Aalst
2007–2008 Roeselare (pembantu)
2008–2013 Cercle Brugge (pembantu)
2013–2014 Cercle Brugge
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lorenzo Jules Staelens (lahir 30 April 1964) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi pertahanan ataupun pemain tengah. Pada jumlah keseluruhan, beliau telah menjaringkan lebih 100 gol sepanjang kariernya. Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah mewakili Belgium ke tiga edisi Piala Dunia dan satu di Kejohanan Eropah yang dihoskan oleh negaranya sendiri.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Staelens memulakan kerjaya profesionalnya di KV Kortrijk pada usia 23 tahun. Di sana, beliau telah menghabiskan dua musim dan telah menarik perhatian gergasi liga Belgium, Club Brugge.

Selepas beliau membuat perpindahan ke Club Brugge, beliau menjalani persahabatan dengan Franky Van der Elst hampir sedekad. Staelens bermain 369 perlawanan dalam semua kejohanan dan menjaringkan 105 gol untuk Brugge.

Pada usia 34 tahun, beliau mengubah posisinya ke pertahanan lalu berpindah ke RSC Anderlecht. Di situ, beliau dapat menjulang kejuaraan liga pada musim 2000 dan 2001 serta memenangi Kasut Emas Belgium pada 1999. Walau bagaimanapun, kariernya tidak habis di situ apabila berpindah ke kelab Jepun, Oita Trinita pada awal 2001 sebelum mengumumkan persaraan tidak lama kemudian.

Staelens menggalas tugas sebagai jurulatih di RE Mouscron. Selepas dua bulan di V.C. Eendracht Aalst, beliau kembali ke kelab pertamanya, Kortrijk sebagai 'general manager'. Pada 2007, beliau menjadi pembantu jurulatih di KSV Roeselare.

Staelens kemudian menjadi pembantu jurulatih dan akhirnya menjadi jurulatih untuk kelab Cercle Brugge.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Staelens telah dipilih ke skuad Belgium di Piala Dunia FIFA 1990. Beliau hanya bermain pada perlawanan peringkat kumpulan tewas 1-2 kepada Sepanyol.

Di situ, Staelens menjadi pemain kebangsaan dan mewakili negaranya di Piala Dunia 1994 dan Piala Dunia 1998. Selain itu, beliau juga tampil dalam skuad kebangsaan di Euro 2000.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
1990 3 0
1991 3 0
1992 4 1
1993 6 0
1994 11 0
1995 8 0
1996 3 0
1997 6 5
1998 8 0
1999 11 1
2000 7 1
Jumlah 70 8

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 18 November 1992 Brussels, Belgium  Wales 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 1994
2. 29 Mac 1997 Cardiff, Wales  Wales 2–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 1998
3. 7 Jun 1997 Brussels, Belgium  San Marino 1–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 1998
4. 6–0
5. 6 September 1997 Rotterdam, Belanda  Belanda 1–2 1–3 Kelayakan Piala Dunia 1998
6. 11 Oktober 1997 Brussels, Belgium  Wales 1–0 3–2 Kelayakan Piala Dunia 1998
7. 7 September 1999 Liège, Belgium  Maghribi 1–0 4–0 Persahabatan
8. 3 Jun 2000 Copenhagen, Denmark  Denmark 1–1 2–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Club Brugge
Anderlecht

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]