Lusofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu kempen membaca di Timor Timur.

Seseorang Lusofon ialah seseorang yang berbahasa Portugis sebagai bahasa ibundanya. Sebagai satu adjektif, istilah ini bermaksud "berbahasa Portugis". Perkataan ini berasal daripada nama provinsi Rom Kuno Lusitania, yang meliputi kawasan yang kini Portugal. Istilah ini merujuk tertentu kepada orang yang latar budaya mereka berkaitan dengan Bahasa Portugis, tidak kira perbezaan etnik atau geografi. Budaya Lusofon merupakan warisan Empayar Portugis. Biarpun selepas keruntuhan empayar ini, negara-negara yang berkenaan masih berhubungan budaya dan politik, dan akhirnya terbentuk Komuniti Negara-negara Berbahasa Portugis pada tahun 1996.

Negara-negara Lusofon termasuk Portugal, Brazil, Mozambique, Angola, São Tomé and Príncipe, Cape Verde, Guinea-Bissau, Guinea Khatulistiwa, Timor Timur (Timor Leste), Macau, dan tempat-tempat lain di dunia, serta negeri Goa di India. Komuniti Negara-negara Bahasa Portugis merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada 8 buah negara merdeka di mana Bahasa Portugis sebuah bahasa rasmi. Negar-negara juga dikenali sebagai "Lusosfera".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Templat:Portuguese overseas empire

Pautan luar[sunting | sunting sumber]