M113

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
M113
USAF M113 APC at Camp Bucca, Iraq.jpg
Sebuah M113 APC di Kem Bucca, Iraq.
Jenis Pengangkut anggota berperisai (APC)
Asal  Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1960 - sekarang
Digunakan oleh Lihat jadual
Perang Perang Vietnam, Perang Teluk
Sejarah pengeluaran
Jumlah dibina ~80,000 (pelbagai variasi)
Variasi Lihat jadual
Spesifikasi
Berat 12.3 tan
Panjang 4.863 m
Lebar 2.686 m
Tinggi 2.5 m
Krew 2 + 11 penumpang

M113 adalah sejenis kenderaan tempur berperisai digunakan di Vietnam untuk membawa pasukan infantri ke medan tempur. Perisai M113 boleh tahan ditembak peluru berkaliber sehingga 7.62 mm tanpa apa-apa kecelakaan kepada tentera di dalamnya. Perisai M113 menggunakan logam aluminium yang ringan tetapi kukuh. Berat keseluruhan M113 adalah sekitar 13 ton. Kenderaan M113 diperkenalkan dalam tahun 1960. Oleh kerana kenderaan ini tidak berat, ia hanya menggunakan enjin disel 2 lejang dengan 6 silinder yang digunakan dalam bas bandar GM. Kenderaan M113 juga boleh diangkut menggunakan kapal terbang C-130 Hercules.

Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai pacuan 4 roda dan mempunyai keupayaan amphibia. Ia mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm. Pasukan ARVN menggunakan kenderaan M113 sebagai kenderaan tempur infantri di mana kenderaan M113 membantu anggota tentera yang dibawanya semasa bertempur.

Semasa pertempuran di Ap Bac dalam bulan Januari 1963, 14 orang guner mesingan .50 cal ARVN mati semasa pertempuran. Kesan daripadanya, pertahanan perisai M113 dipertingkatkan dan dipasangkan sebuah turet rekaan FMC untuk kedudukan komander kenderaan dan pemasangan dua pucuk mesingan M-60 (dengan perisai pertahanan) di dalam hac di belakang kedudukan komander. M113 versi ini dikenali dengan panggilan ACAV (Armored Cavalry Assault Vehicle). Kenderaan ini boleh membawa 2 anak kapal dan 10 askar infantri. Askar infantri boleh menggunakan senjata mereka untuk menembak melalui lubang menembak di sisi kenderaan. Ia juga boleh pasangkan meriam 76mm dan 90mm dan boleh diubah suai menjadi pengangkut mortar.

Kereta perisai M113 di Vietnam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]