Maharani Michiko dari Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maharani Michiko dari Jepun, (lahir 20 Oktober, 1934) nama lahir Michiko Shōda (正田 美智子 Shōda Michiko?) dan menjadi Puteri Mahkota Jepun dari (10 April, 1959 hingga 7 Januari, 1989), merupakan isteri kepada Maharaja Jepun, HIM Maharaja Akihito. Dia ialah rakyat biasa yang pertama berkahwin dengan keluarga diraja Jepun. Menjadi puteri mahkota dan akhirnya menjadi maharani. Gelaran penuhnya ialah Yang Teramat Agung Diraja Maharani Michiko dari Jepun.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Maharani Michiko dilahirkan di Tokyo, anak sulung Hidesaburo Shoda, Presiden dan Pengerusi kehormat Nisshin Flour Milling Company, dan isterinya, Fumiko Soejima. Beliau telah belajar di Futaba Elementary School di Tokyo, tetapi terpaksa meninggalkan sepanjang darjah empat lantaran pengeboman Amerika sepanjang Perang Dunia Kedua. Beliau kembali ke sekolah tersebut sebaik perang tamat dan menyambung pengajian ke Sekolah Tinggi Seishin (Hati Suci) di Tokyo.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda sastera Inggeris daripada Fakulti Kesusasteraan di University of the Sacred Heart, Tokyo(Universiti Hati Suci) pada tahun 1957.

Penulis biografi Yukio Mishima melaporkan bahawa Maharaja Akihito sangat berharap untuk mengahwini Maharani Michiko , selepas diperkenalkan pada tahun 1950-an.

Perkahwinan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Duli Maha Mulia Maharaja Akihito and Duli Maha Mulia Maharani Michiko

Pasangan ini berkahwin pada 10 April 1959.

Pasangan ini dikurnia 3 cahaya mata iaitu:

  1. DYTM Naruhito, Putera Mahkota Jepun, l. 23 Februari 1960;
  2. DYTM Putera Akishino (Fumihito), l. 30 November 1965; dan
  3. turut menggunakan gelaran DYTM (sebelum berkahwin) Puteri Nori (Sayako), l. 18 April 1969.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]