Mahkamah Khas Raja-Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahkamah Khas Raja-Raja (Jawi: محکمه خاص راج-راج) ditubuh dengan tujuan untuk membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Sultan/Raja atas sifat peribadinya.[1] Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang sama seperti mahkamah awam yang lain. Segala keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.[2] Semua perbicaraan di mahkamah ini perlu mendapat persetujuan Peguam Negara.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khairunnisa Kasnoon (20 September 2017). "Raja boleh didakwa - Tun Abdul Hamid". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  2. ^ "Perlembagaan Persekutuan: Bahagian XV - Prosiding Terhadap yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020 – melalui jpapencen.gov.my.