Perlembagaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Pindaan[sunting | sunting sumber]

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Susun atur[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Jadual[sunting | sunting sumber]

  • Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  • Jadual Kedua [Perkara 39]
    • Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
    • Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
    • Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
  • Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  • Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  • Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
    • Bahagian I - Peruntukan Tetap
    • Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
  • Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  • Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
    • Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
    • Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
    • Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
    • Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
    • Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
  • Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  • Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  • Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
  • Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.

Perkara[sunting | sunting sumber]

Perkara 10[sunting | sunting sumber]

Perkara 10 menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia dalam bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Perkara 11[sunting | sunting sumber]

Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Perkara 48[sunting | sunting sumber]

Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen. Yang paling popular adalah pada klausa 1(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

Perkara 107[sunting | sunting sumber]

Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Perkara 152[sunting | sunting sumber]

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Perkara 153[sunting | sunting sumber]

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Perkara 159[sunting | sunting sumber]

Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

Perkara 160[sunting | sunting sumber]

Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

Pindaan perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:

  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  • Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.

Berikut merupakan senarai Perkara-Perkara Perlembagaan Persekutuan yang disenaraikan mengikut empat cara pindaan:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]