Muhrim
|
Sebahagian daripada siri |
|
|---|---|
| Bidang-bidang | |
Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :-[1]
- Larangan kekal (Muabbad)
- Larangan sementara (Muaqqat)
Isi kandungan |
[sunting] Larangan kekal (Muabbad)
Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
| “ | Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22) [2] | ” |
| “ | "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23) [3] |
” |
[sunting] Larangan sementara (Muaqqat)
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
[sunting] Siapakah muhrim sementara (Muaqqat)?
- Adik ipar atau kakak ipar.
- Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan muhrim.
Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.
[sunting] Rujukan
- ↑ http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/0b719242b18e6fd3482574c30054eb29?OpenDocument
- ↑ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=22&t=mal | Kementerian Arab Saudi
- ↑ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=23&t=mal | Kementerian Arab Saudi