Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
مجليس اڬام اسلام نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1949 (75 tahun yang lalu) (1949)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatIbu Pejabat Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Aras 14, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Dato Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi MAINS
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
mains.gov.my

Sehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu (The Muslim Law and Malay Custom (Determination) Enactment.F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perentah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983 (kesalahan-kesalahan syara') (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).

Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato'Hj.Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj.Ahmad b Sheikh Hj.Mohd Said b Hj.Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).

Punca Kuasa[sunting | sunting sumber]

Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1949[sunting | sunting sumber]

Arahan penubuhan Majlis Agama Islam atau "Council of Muslim Religion" telah ada dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948. Seksyen 6 menyebut bahawa DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan YAM. Undang Yang Empat hendaklah menubuhkan sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang akan membantu dan menasihati DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan kerajaan dalam semua perkara berkaitan dengan agama dan adat. Walaubagaimanapun hanya pada 1949, Majlis ditubuhkan dengan rasminya melalui Enakmen Majlis Agama atau "Council of Muslim Religion" 1949 (Enakmen No.5/1949).

Sahibul Fadilah Tuan Sheikh Hj.Ahmad b.Sheikh Hj.Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang petama pada tahun 1950. Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Sahibul Fadilah Tuan Sheikh Hj.Ahmad b.Sheikh Hj.Mohd Said juga adalah Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan adalah pada tempoh masa yang sama.

Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kali yang pertama telah diadakan pada 18 November 1950 dengan Ahli Mesyuarat terdiri daripada 12 orang yang terdiri dari wakil daripada DYMM. Yang di-Pertuan Besar, wakil daripada setiap YAM. Dato'-dato' Undang yang Empat dan Tuanku Besar Tampin serta 6 wakil daripada orang ramai, seorang daripadanya bangsa asing yang beragama Islam.

Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Febuari 1957, Enakmen Majlis Agama Islam 1957 (Enakmen No. 3/1957) diperkenankan oleh DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan YTM dato'-Dato' Undang yang Empat untuk dikuatkuasakan. Berikutan itu penubuhan Majlis distruktuurkan semula berdasarkan enakmen ini.

Manakala urusan berkaitan adat istiadat diletakkan dibawah pengurusan Dewan Keadilan dan Undang yang dipengerusikan sendiri oleh DYMM yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Enakmen Pentadbian Hukum Syara'(Negeri Sembilan) 1960[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Oktober 1960 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara'(Negeri Sembilan) bagi menggantikan keseluruhan Enakmen Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957. Enakmen ini lebih lengkap berbanding Enakmen 1957 dan mempunyai beberapa peruntukan tambahan bagi memperkemaskan sistem pentadbiran Islam di Negeri Sembilan. Gelaran Yang Di Pertua Majlis juga telah digantikan dengan Pengerusi Majlis. Enakmen ini kemudianya menjadi asas kepada pembentukan enakmen Majlis Agama Islam yang lebih tersusun dan beberapa enakmen yang berkaitan.

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991[sunting | sunting sumber]

Pada 1991 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan). (Enakmen No. 1 1991) bagi mengantikan keseluruhan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) 1960. Lebih banyak pembaharuan dan perkara berkaitan pendatbiran agama telah diperkenalkan dan dibuat pembaharuan. Enakmen ini juga dirangka agar wujudnya peraturan dan undang-undang Islam yang selaras di antara Negeri Sembilan dengan lain-lain negeri di Malaysia.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003[sunting | sunting sumber]

Berikutan masih wujud ketidakseragaman enakmen agama Islam antara negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif untuk menyeragamkan semua enakmen negeri berkaitan agama termasuk enakmen pentadbiran.

Pada 1 Mac, 2004 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan ) 2003 (Enakmen No. 10 2003). Enakmen ini telah diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pada 11 November 2003. Pengurusan dan perjalanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini adalah berdasarkan peruntukan dalam enakmen ini.

Senarai anggota semasa[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah anggota semasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sejak 12 Januari 2024:[1]

Anggota Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2024-2026
Bil. Jawatan Nama Catatan
1 Pengerusi Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, Dato' Seri
2 Timbalan Pengerusi Mohd Shahrom Nordin, Jen.(B) Tan Sri Dato' Seri
3 Ahli Mohd Zafir Ibrahim, Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
4 Ahli Muzalmah Mustapha Kamal, Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Negeri Sembilan
5 Ahli Mohd Khidir Majid, Dato' Pegawai Kewangan Negeri Negeri Sembilan
6 Ahli Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dato' Dr. Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
7 Ahli Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, DCP Dato' Ketua Polis Negeri Sembilan
8 Ahli Hussin Harun, Dato' Hakim Mahkamah Rayuan Negeri Sembilan
9 Ahli Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Prof. Madya Dr. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM
10 Ahli Mohd Farid Mohd Shahran, Dr. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan
11 Ahli Shuhadak Mahmud, Dr. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan
12 Ahli Mohd Roslan Mohd Nor, Prof. Dr. Timbalan Pengarah Fakulti Pengajian Islam UM
13 Ahli Tengku Baharuddin Tengku Bahadur, Dato' Ahli perniagaan
14 Ahli Noor Aziah Mohd Awal, Prof. Dato' Profesor Fakulti Undang-Undang UKM
15 Ahli Zaini Ujang, Prof. Dato' Sri Ir. Dr. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
16 Ahli Pkharuddin Ghazali, Datuk Mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Instagram Majlis Agama Islam Negeri Sembilan". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-01-14.