Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
لمباڬ موزيوم نڬري سمبيلن
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatLembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungei Ujong, 70200, Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
lmns.ns.gov.my

Sejarah Muzium Negeri Sembilan bermula apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran Istana Ampang Tinggi dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah dan dijadikan Muzium Negeri. Disebabkan lokasi yang kurang sesuai, Muzium Negeri kemudiannya dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya Jalan Sungai Ujong. Bangunan Teratak Perpatih telah diisytiharkan secara rasminya oleh YAB Dato' Mohd. Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986. Bangunan itu yang dahulunya adalah astaka pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1981 telah diubahsuai dan dipelihara sebagai tanda kenangan dan kerana ciri-ciri Minangkabaunya, sebagai lambang senibina dan budaya rakyat Negeri Sembilan.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Lembaga Muzium Negeri Sembilan merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri. Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan muzium mengumpul memelihara dan mempamer koleksi adat dan warisan negeri yang terunggul di Malaysia menjelang 2045

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadi pusat rujukan adat dan warisan negeri melalui amalan permuziuman yang kreatif, inovatif, efektif dan sentiasa mesra pelanggan.

Dasar-dasar sebagai fokus utama:

  1. Memulihara dan memartabatkan warisan negeri sembilan.
  2. Membudayakan Penyelidikan warisan yang berkualiti secara berterusan.
  3. Menawarkan perkhidmatan sebagai gedung ilmu kepada masyarakat.
  4. Mempertingkatkan taraf profesional dalam bidang permuziuman.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.

Rangkaian Muzium Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Hubungi Kami[sunting | sunting sumber]

Alamat: Jalan Sg. Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Telefon: 06-7631149

Faks: 06-7615355

Waktu Lawatan: Selasa - Ahad (9.00 pg - 5.00 ptg); Isnin (Tutup)

[1]