Pejabat Daerah & Tanah Tampin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
ڤجابت دايره دان تانه تمڤين
Intisari agensi
Dibentuk1938 (86 tahun yang lalu) (1938)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah dan Tanah Tampin, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Padang, 73000, Tampin, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
pdttampin.ns.gov.my

Pejabat Daerah Tampin ditubuhkan pada 1 April 1938 dan diketuai pada masa itu oleh Tuan L.C Samson Grey, selaku Pegawai Daerah. Nama Tampin berasal dari bekas makanan yang dibuat dari daun mengkuang biasanya diisi dengan dodol (kelamai - sebutan Negeri Sembilan)

Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan agensi utama di peringkat daerah dan merangkumi kawasan seluas 339 batu persegi atau bersamaan 87,868.82 hektar. Ia meliputi tiga(3) bandar iaitu Bandar Tampin, Bandar Gemencheh dan Bandar Gemas. Secara perbandingan dari daerah lain di Negeri Sembilan, Tampin merupakan daerah yang kedua besarnya di antara tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pejabat Daerah dan Tanah Tampin (PDTT) merupakan pusat Pentadbiran daerah di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertanggungjawab mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan social dan pengurusan hartanah di seluruh Daerah Tampin.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Daerah Tampin sebuah daerah yang maju dan sejahtera dengan pembangunan yang terancang dan menyeluruh menjelang tahun 2020 Bersama-sama meningkatkan perkhidmatan sokongan untuk mencapai pengurusan yang cemerlang

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Daerah Tampin sebagai sebuah daerah yang membangun,maju, selamat dan selesa dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan manusia selaras dengan wawasan negara serta meningkatkan kemodenan daerah Tampin dengan mengekalkan budaya dan tradisional yang diwarisi

Objektif[sunting | sunting sumber]

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam pentadbiran daerah dan tanah yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui dasar dan peraturan dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  1. Cepat dalam semua tindakan;
  2. Tepat dalam membuat keputusan;
  3. Layanan mesra kepada pelanggan;
  4. Menepati masa yang dijanjikan;
  5. Telus dalam semua peringkat pengurusan;
  6. Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  7. Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (realiability);dan
  8. Menepati undang-undang, dasar dan peraturan

[1]