Majlis Perbandaran Selayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Perbandaran Selayang (MPS).png

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah sebuah pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mentadbir kawasan bandar Selayang di negeri Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Pada masa ini, Yang DiPertua Selayang adalah Tuan Mohd Azizi bin Mohd Zain

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum ini MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang mana ia telah beroperasi sejak 1 Januari 1977 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya adalah meliputi Mukim Rawang, Mukim Batu dan sebahagian Mukim Setapak.

MPS lahir dari beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti: Lembaga Bandaran Gombak, Lembaga Bandaran Rawang, Lembaga Bandaran Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan Kawasan Perindustrian Batu Caves.

MPS mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil/cawangan seperti di Batu Arang, Rawang dan Sri Gombak. Luas kawasan MPS ialah 549.33 km persegi. Manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.

Rujukan[sunting | sunting sumber]