Batu Arang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°19′N 101°28′E / 3.317°U 101.467°T / 3.317; 101.467

Bandar Batu Arang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Gombak
Mukim Bandar Batu Arang
Keluasan N/A
Batu Arang

Batu Arang dahulunya merupakan bandar perlombongan arang batu di Selangor, Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua hingga tahun 1960-an. Batu Arang berdekatan dengan Sungai Buloh, Rawang ,Bandar Tasik Puteri, Kota Puteri, Kundang, Ijok, Kampung Bukit Badong dan Batang Berjuntai.[1]

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Pekan Batu Arang sempena galian yang ditemui ini di sini pada 1908 oleh orang Melayu di sini. Arang batu terhasil dari hutan yang luas dan rimba paku-pakis tumbuh di paya dan lagun yang cetek. Tumbuhan ini tenggelam ke dalam paya. Secara beransur-ansur sisa-sisa ini dimampat sehingga semua air terperah keluar dan meninggalkan bahan keras dan hitasm iaitu batu arang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lombong arang batu[sunting | sunting sumber]

Arang batu menjadi bahan bakar selain arang kayu dan kayu api. Ketika itu, Tanah Melayu tidak ada petroleum mahupun gas asli. Arang batu digunakan bagi menggerakkan kereta api sebagaimana di England.Syarikat Malayan Collieries Ltd yang ditubuhkan pada Jun 1913 oleh John Archibald Russel.Kerja-kerja perlombongan melibatkan 5000 oran buruh dan dibahagikan kepada 3 shif. Ketika itu arang batu turut dilombong di Enggor,Perak.[2]

Arang batu dilombong dengan mengorek lubang atau terowong di dalam tanah secara berperingkat-peringkat dan berlapis-lapis. Kaedah perlombongan ini amat berbahaya kerana tiang kayu sokongan mudah patah dan tanah akan runtuh. Pelombong akan terperangkap di dalam terowong, sesak nafas dalam gelap tanpa bekalan oksigen dan meninggal dunia.

Pada 1908, Haji Abdul Hadi dari Rantau Panjang , Batang Berjuntai dikatakan pelombong pertama arang batu di sini. 1910, Sekretariat Persekutuan telah mengarahkan J.B Searveno membuat kaji selidik mengenai penemuan arang batu.Malayan Collieries Ltd mengusahakan lombong ini dari 1915-1960 selama 47 tahun.Jumlah pengeluaran ialah 15,566,143 tan metrik dengan keuntungan bernilai RM 163,345,181.

Tahun 1936, pertubuhan pekerja mula memperjuangkan nasib dan kebajikan pekerja.Mereka mendapat idea-idea ‘Soviet’ yang mementingkan kebajikan pekerja.Mulai 1 Mei 1950, mula diumumkan sebagai hari cuti pekerja sedangkan di Malaysia bermula pada 1972.Mogok buruh pertama dilancarkan di Batu Arang pada atas pengaruh Marxist Lenin pada 1936 melibatkan 6000 orang buruh pro Marxist, anti British . Kemudian tunjuk perasaan pada 24-26 Mac 1937. Kesatuan yang berpengaruh ialah pimpinan SA Ganapathy.Beliau ditangkap pada 1949 oleh British kerana mengetuai Pan Malayan Federation if Trade Union. Seramai 200 polis Melayu termasuk dikerahkan untuk menyuraikan mereka. 2 orang dibunuh dan 116 ditangkap.

J.A Russel meninggal pada tahun 1933 ketika berusia 50 tahun. Pada tahun 1960, lombong arang ini tidak lagi beroperasi kerana arang batu mula berkurangan dan tidak lagi ekonomik.

Selain arang batu, Batu Arang juga dikenali dengan pengeluaran batu-batanya. Hari ini, ia tidak lagi membekalkan arang batu dan tidak lagi memainkan peranan penting. Ladang-ladang getah telah ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Hak milik ladang kini bertukar tangan kepada syarikat Guthrie dan Golden Hope Plantation.

Zaman Jepun[sunting | sunting sumber]

Bagi merampas kembali Tanah Melayu daripada tentera Jepun, kapal terbang British telah menggugurkan bom di merata tempat termasuk di Batu Arang.[3] Kapal terbang jenis B-29 Superfortress menggugurkan bom lebih 6 siri di Batu Arang pada `18 Februari 1942 dalam operasi 'bumi hangus'. 22 buah kapal terbang pejuang Grup 444 dan 26 buah kapal terbang Grup 468 terlibat. Antaranya termasuklah kapal terbang 'Super Mouse','High and Mighty','Little Mike','Big ! Ain't It','The Outlaw','Long John Silver','Hap's Characters','Dragon Lady','Joker's Wilde II' dan 'Belle Ringer'.

Batu Arang dipilih kerana lokasinya yang strategi sebagai pengeluar batu arang yang utama di Tanah Melayu selain Enggor,Perak. Lagipun Batu Arang berhampiran dengan Kuala Lumpur.Sasaran lain ialah Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Alor Setar dan Martaban di Burma.Andainya lombong Batu Arang terlepas kepada tentera Jepun, tentunya sangat menguntungkan pihak Jepun.

Pertempuran komunis[sunting | sunting sumber]

Pada zaman darurat 1948-1960, Batu Arang menjadi lokasi pertempuran utama antara pengganas komunis dengan pihak tentera British. Pengganas komunis sengaja sabotaj pokok-pokok getah di ladang-ladang, rumah majikan orang putih, lombong-lombong dan sebagainya. Kedudukan Batu Arang di kawasan berbukit-bukau dan sistem jalan raya yang berliku-liku menyebabkan lokasi ini amat strategik untuk pengganas komunis. Antara ladang yang menjadi sasaran ialah Ladang Tuan Mee. Pada masa itu hampir kesemua ladang dimiliki oleh peladang British dan pekerjanya dibawa dari Ceylon (Sri Lanka).

Pihak British terpaksa mengambil ramai pemuda Melayu untuk menjadi Special Constable untuk mengawal lombong dan ladang-ladang ini. Operasi utama mereka ialah di pondok-pondok kawalan pada sebelah malam. Antara yang pernah bertugas sebagai Special Constable di Batu Arang ialah Abdul Hanif bin Mohd Baki pada 1952. Pada 1958, Batalion ke-7, Rejimen Melayu dipimpin oleh 258248 Major P.G.F. Sutton .

Ibu pejabat Batalion ke-2 Scots Guards telah ditempatkan di Batu Arang pada Ogos 1949. Antara yang pernah bertugas di situ ialah John T MacKenzie,Kapten Swinton,Sarjan Robert Crabb dan Sarjan George West[4]. Hampir kesemua tentera British ini pernah bertugas di Jerusalem, Palestin.

Kapal terbang Spitfire dan Dakota terhempas selepas berlanggar di Serendah pada 2 November 1948. Leftenan P.G. Ballard , Sign.II N. Tyson, Nav.II F. White dan D.K. Hayes turut terbunuh. Pada 19 Mei 1949 pengganas komunis menyerang pasukan tentera di Batu Arang.Antara yang terbunuh ialah 397604 2nd Lieutenant P.W.B. Graham-Watson dan beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Cheras,Kuala Lumpur.Leftenan R.A.C. McKenzie terbunuh di Kuala Kubu, pada 21 Oktober 1949 .Kapten M.G. Bax terbunuh dalam serang hendap di Kanching ,Selangor pada 11 Jun 1950.Leftenan W.A. Almond terbunuh ketika bertempur di Kuala Selangor pada 5 December 1950. Leftenan F.P.A. Malone terbunuh ketika bertwmpur di Rawang pada 17 April 1951.Leftenan D.R. Nelder terbunuh ketika bertempur di Batu Arang pada 2 Mei 1951 .Kapten E.A. Deed terbunuh di New Caledonia Estate, Batu Arang pada 22 Oktober 1951.[5] Pada 10 November 1952,pengganas wanita , Wong Choon Lan berjaya ditembak di Kundang, Batu Arang.Dia adalah anggota komunis Batu Arang. Bom grenad terdapat di tangan di di pinggangnya. Kejayaan itu disiarkan dalam akhbar The Strait Times pada 10 November 1952. [6]

9 Julai 1949 pengganas menyerang kedai berhampiran Kuala Lumpur. Polis yang tiba kemudian telah bertempur dengan komunis. Dua buah kem besar pengganas telah dijumpai di Kuala Pilah dan dua lagi di Jelebu.Ketika itu , British melihat semua Cina adalah pengganas atau berpotensi menjadi pengganas komunis.[7]

Pengganas komunis keturunan India, V Ramasamy (36 tahun) berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Pan Malayan Federation of Trade Union 1948 dan pemimpin India , Parti Komunis Malaya - sayap India. Dia bekerja di lombong arang batu. [8]

Lebuhraya Latar (E25)[sunting | sunting sumber]

Jalan raya di Batu Arang berliku-liku terutama dari Kuala Lumpur ke Ijok ,Batu Arang dan Rawang. Landasan Kereta api Tanah Melayu menghubung stesen kereta api Kuang (1915) dan di Batang Berjuntai (1918). Lokomotif menggunakan diesel dan arang batu kerana lebih murah.[9]

Siapnya Lebuh raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) memberi dimensi baru kepada pekan Batu Arang. Keindahan dan kesan sejarah yang diwarisi berpotensi untuk dimajukan sebagai produk baru pelancongan di Selangor. Antara daya tarikannya ialah penempatan keluarga Gurkha, balai polis, kereta api dan Jabatan Penerbangan. Kereta api menjadi kenderaan utama mengangkut arang batu di kawasan ini.

Terdapat lebih 10 terowong bawah tanah dan tempat saluran udara (Air Shaft) yang membekalkan udara kepada pekerja dalam terowong dengan kedalaman 1,000 kaki bawah tanah. Setakat ini 6 buah terowong sudah dikenalpasti.Terowong 1 ialah di sebelah Balai Polis Batu Arang. Terowong 2 di Jalan Bukit Nenas. Arang batu masih bertaburan di dalam terowong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan Karnival 100 tahun Pekan Warisan Batu Arang pada 15-16 Oktober 2011.

Kemudahan dan prasarana[sunting | sunting sumber]

Batu Arang sebuah pekan kecil. Batu Arang mempunyai Balai Polis, Balai Bomba, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Sekolah rendah, sekolah menengah, kedai-kedai, padang, tasik dan rumah ibadat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]