Makanan Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain.[1] Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia,[1] begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia.[2] (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.

Stik panggang
Kentang goreng

Makanan negara Barat itu sendiri adalah pelbagai, walaupun terdapat beberapa ciri serupa yang membezakan antara masakan Barat dan makanan Asia[3] dan lain-lain lagi. Jika dibandingkan dengan masakan tradisi negara-negara Asia, contohnya, dagingnya lebih terserlah dan saiz hidangan juga penting.[4] Stik, terutamanya, adalah makanan yang lazim di Barat. Begitu juga dengan sesetengah makanan Asia, makanan Barat juga menekankan kegunaan sos sebagai bahan perasa dan pelengkap (keadaan bergantung kepada kesukaran bahan perasa menyerap ke dalam ketulan daging yang lebih besar dalam masakan Barat). Banyak hasil tenusu digunakan dalam proses masakan, kecuali makanan ciri baru.[5] Roti berasaskan tepung gandum telah lama menjadi sumber kanji dalam masakan Barat, terutama untuk pasta, ladu dan pastri, walaupu kentang telah menjadi tumbuhan kanji utama dalam diet Eropah dan berkembang sejak pendudukan masyarakat Eropah di benua Amerika. Jagung pula tidak begitu lazim dalam diet Eropah berbanding Amerika; walau bagaimanapun, makanan berasaskan jagung, atau polenta, banyak digunakan dalam makanan Itali dan Balkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "European Cuisine." Europeword.com. Accessed July 2011.
  2. Leung Man-tao (12 February 2007), "Eating and Cultural Stereotypes", Eat and Travel Weekly, no. 312, p. 76. Hong Kong
  3. Kwan Shuk-yan (1988). Selected Occidental Cookeries and Delicacies, p. 23. Hong Kong: Food Paradise Pub. Co.
  4. Lin Ch'ing (1977). First Steps to European Cooking, p. 5. Hong Kong: Wan Li Pub. Co.
  5. Kwan Shuk-yan, pg 26