Makmal Sains Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Makmal Sains Marikh
Mars Science Laboratory
Mars Science Laboratory Curiosity rover.jpg
Konsep karya seni 2011
Organisasi NASA
Kontraktor utama Boeing
Lockheed Martin
Jenis misi Perayau
Tarikh Berlepas 26 November 2011 15:02:00.211 UTC (10:02 EST)[1][2]
Kenderaan Pelancar Atlas V 541 (AV-028)
Kawasan Pelancaran Cape Canaveral LC-41[3]
Tempoh misi 668 sol Marikh (686 hari Bumi)
ID NSSDC MARSCILAB
Laman web Laman Web MSL
Jisim 900 kg (2,000 lb)[4]
Kuasa Radioisotope thermoelectric generator (RTG)
Gambar konsep MSL 2007
Rajah skema komponen perayau.

Makmal Sains Marikh (Bahasa Inggeris: Mars Science Laboratory; atau singkatannya MSL) adalah misi penerokaan Marikh oleh NASA menggunakan perayau bernama Curiosity.[5][6] MSL dilancarkan pada 26 November 2011, jam 10:02 EST[1][2] dan dijadualkan mendarat di Marikh di Kawah Gale antara 6 dan 20 Ogos 2012.[7][8][9] Ia membawa alat-alat sains untuk menganalisis tanah dan serbuk daripada batu-batan. Tujuannya menyiasat kebolehan Marikh untuk menyokong kehidupan. Komuniti antarabangsa akan membekalkan sebahagian alatannya.

Perayau Curiosity adalah lima kali lebih besar, dan memiliki alatan 10 kali lebih berat, daripada Misi Eksplorasi Perayau Spirit dan Opportunity yang membuat pendaratan pada 2004.[10] Perayau MSL dilancarkan oleh roket Atlas V 541.[3] MSL dijangka akan beroperasi untuk satu tahun Marikh (668 hari Marikh atau 686 hari Bumi), ia boleh menjelajah dengan jarak lebih jauh berbanding perayau Marikh lain.

[sunting] Spesifikasi

Perbandingan saiz untuk perayau Sojourner, Misi Eksplorasi Perayau Marikh, peninjau Phoenix dan Makmal Sains Marikh.

MSL dijangka akan mempunyai berat 800 kg termasuk 65 kg alat-alat sains, berbanding dengan Perayau Penerokaan Marikh yang mempunyai berat 185 kg termasuk 5 kg alat-alat sains. MSL akan boleh memanjat melepasi objek berukuran 75 cm tinggi. Kelajuan maksimum dijangkakan sekitar 90 m sejam melalui panduan automatik, walaupun, kelajuan akan kira-kira 30 meter sejam, berdasarkan beberapa faktor seperti tahap kuasa, keadaan rupa bumi, gelinciran dan jarak penglihatan. MSL dijangka akan berjalan sejauh jarak minimum 6 km dalam misi dua tahunnya.

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 NASA – Mars Science Laboratory, the Next Mars Rover NASA
  2. 2.0 2.1 Allard Beutel (19 November 2011). "NASA's Mars Science Laboratory Launch Rescheduled for Nov. 26". NASA. http://mars.jpl.nasa.gov/news/whatsnew/index.cfm?FuseAction=ShowNews&NewsID=1185. Capaian 21 November 2011. 
  3. 3.0 3.1 Paul K. Martin. "NASA’S MANAGEMENT OF THE MARS SCIENCE LABORATORY PROJECT (IG-11-019)". NASA OFFICE OF INSPECTOR GENERAL. http://oig.nasa.gov/audits/reports/FY11/IG-11-019.pdf. 
  4. Rover Fast Facts JPL NASA
  5. "Name NASA's Next Mars Rover". NASA/JPL. 27 Mei 2009. http://marsrovername.jpl.nasa.gov/. Capaian 2009-05-27. 
  6. "NASA Selects Student's Entry as New Mars Rover Name". NASA/JPL. 27 Mei 2009. http://www.nasa.gov/mission_pages/msl/msl-20090527.html. Capaian 2009-05-27. 
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gale_Crater tidak disediakan
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gale_Crater2 tidak disediakan
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gale_Crater3 tidak disediakan
  10. Traci Watson. "Troubles parallel ambitions in NASA Mars project", USA Today, 14 April 2008. Dicapai pada 2009-05-27. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain