Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Marikh Astronomical symbol of Mars
The planet Mars
Planet Marikh dilihat melalui Teleskop Angkasa Hubble
Designasi
Adjektif Martian
Ciri-ciri orbit
Epok J2000[1]
Afelion 249,228,730 km (154.863,553 mi)
1.665 991 16 AU
Perihelion 206,644,545 km (128,402,967 mi)
1.381 333 46 AU
Paksi semimajor 227,936,637 km (141,632,976 mi)
1.523 662 31 AU
Kesipian 0.093 412 33
Tempoh qamari 779.96 day
(2.135 yr)
Kelajuan purata orbit 24.077 km/s
(53,859 mi/h)
Kecondongan 1.850 61°
(5.65° to Sun's equator)
Longitud nod menaik 49.578 54°
Satelit 2
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa 3402.5 km (2114.2 mi)
(0.533 Earths)
Jejari kutub 3377.4 km (2098.6 mi)
(0.533 Earths)
Luas permukaan 1.448×108 km²)
55,907,000 square miles (144 798 465 square kilometers)
(0.284 Earths)
Isi padu 1.6318×1011 km³
(0.151 Earths)
Jisim 6.4185×1023 kg
(0.107 Earths)
Min ketumpatan 3.934 g/cm³
Graviti permukaan khatulistiwa 3.69 m/s2
(0.376g)
Halaju lepas 5.027 km/s (11,245 mi/h)
Tempoh putaran ikut bintang 1.025 957 day
(24.622 962 h)
Halaju putaran khatulistiwa 868.22 km/h (539.49 mi/h)
Kecondongan paksi 25.19°
Jarak hamal kutub utara 317.681 43°
(21 h 10 min 44 s)
Keserongan kutub utara 52.886 50°
Albedo 0.15
Suhu min purata max
Celsius −113 °C −25 °C 7.3 °C
Atmosfera
Tekanan atmosfera 0.7–0.9 kPa
Komposisi 95.72% Karbon dioksida
2.7% Nitrogen
1.6% Argon
0.2% Oksigen
0.07% Karbon monoksida
0.03% Wap air
0.01% Nitrik oksida
2.5 ppm Neon
300 ppb Kripton
130 ppb Formaldehaid
80 ppb Xenon
30 ppb Ozon
10 ppb Metana

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
Planet Marikh.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Segi Fizikal[sunting | sunting sumber]

Marikh sentiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas asli serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.

Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.

Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

Segi Topografi[sunting | sunting sumber]

Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (tanah Arab). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major.

Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]