Daerah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Daerah ialah kawasan pentabiran sesuatu tempat. Beberapa kampung membentuk sebuah mukim. Beberapa mukim membentuk sebuah daerah. Beberapa daerah membentuk sebuah negeri/bahagian. Beberapa negeri membentuk sebuah negara. Di Malaysia, hanya Kelantan sahaja yang tidak menggunakan Daerah tetapi menggunakan Jajahan.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebuah daerah ditadbir oleh Majlis Daerah. Contohnya daerah Marang ditadbir oleh Majlis Daerah Marang. Apabila sesebuah bandar terlalu besar, maka daerah akan dipecahkan kepada Majlis Perbandaran. Contohnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dibentuk bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran. Semua majlis daerah dan majlis perbandaran dianggap sebagai kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia ditadbir di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri. Biasanya Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah menjadi ketua pentadbir.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Provinsi Papua dan provinsi Papua Barat di Indonesia secara rasmi menukar penyebutan kecamatan menjadi distrik (daerah). Sesetengah bahagian Indonesia menyebut kecamatan sebagai daerah kecil - subdistrict.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]