Manuskrip Timbuktu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manuskrip Timbuktu berkaitan matematik dan ilmu falak.
Manuskrip karya Nasir al-Din Abu al-Abbas Ahmad ibn al-Hajj al-Amin al-Tawathi al-Ghalawi berjudul Kashf al-Ghummah fi Nafa al-Ummah. Daripada Mamma Haidara Commemorative Library, Timbuktu
Manuskrip Timbuktu, jadual astronomi

Manuskrip Timbuktu merujuk kepada 700,000 dokumen Afrika Zaman Pertengahan yang memuatkan beberapa jenis penulisan daripada karya-karya kesarjanaan sehinggalah surat-surat singkat yang terpelihara dan dimiliki orang awam di Timbuktu. Manuskrip-manuskrip tersebut diturunkan sebagai pusaka keluarga dan berada dalam keadaan buruk.[1] Sebahagian daripada manuskrip tersebut ditulis pada abad ke-13 Masihi.[2]

Dengan kemerosotan pendidikan Arab di Mali berikutan pemerintahan Perancis minat terhadap manuskrip lama turut merosot di Timbktu sehinggakan banyak manuskrip dijual.[3] Majalah Time mengisahkan seorang imam yang membeli empat manuskrip dengan bayaran $50 (Dolar AS) setiap satu. Pada Oktober 2008, satu daripada rumah di Timbuktu dilanda banjir yang memusnahkan 700 manuskrip.[4]

Sebahagian besar manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, atau bahasa-bahasa Afrika yang ditulis menggunakan skrip Arab, atau menggunakan abjad skrip Arab yang diubah suai sebagai versi Afrika, yang digelar "Skrip Ajami". Bahasa-bahasa tempatan bertulis yang terdapat dalam manuskrip termasuk bahasa Songhay dan Tamasheq.[5] Manuskrip-manuskrip ini berkaitan pelbagai tajuk, termasuk matematik, sains, falsafah,[6] Islam, astronomi, undang-undang dan juga kontrak.[7]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1970, UNESCO menubuhkan satu organisasi bagi memulihara manuskrip tetapi organisasi ini tidak mendapat peruntukan dana sehinggalah tahun 1977.[8] Pada tahun 1998, profesor Henry Gates daripada Universtit Harvard melawat Timbuktu bagi siri penyiaran Public Broadcastng System (PBS). Siaran ini menambah kesedaran awam tentang manuskrip Timbuktu dan membantu mendapatkan dana.[9]

Projek Manuskrip Timbuktu[sunting | sunting sumber]

Projek Manuskrip Timbuktu[10] merupakan satu projek Universiti Oslo yang berjalan dari tahun 2000 sehingga 2007, dengan tujuan membantu memulihara, membuat katalog digital dan memudahkan penyelidikan. catalogue, and making them accessible for research.[11] Ia dibiayai dana daripada kerajaan Luxembourg;[12] dua agensi pembangunan Norway, NORAD dan NUFU; dan beberapa lagi badan seperti Yayasan Ford dan dana khas Duta Amerika Syarikat. Antara hasil projek ialah: penghidupan kembali seni purba berkaitan penjilidan buku dan latihan pakar-pakar tempatan; penubuhan pangkalan data katalog manuskrip yang disimpan di Institut des Hautes Études et de Recherche Islamique – Ahmad Baba (IHERIAB); pendigitan manuskrip IHERIAB; dan perangsangan pertukaran ilmu di kalangan pakar manuskrip di Maghribi dan beberapa negara lan;[13]; memulihkan penerbitan jurnal IHERIAB; dan menerbitkan buku berilustrasi, The Hidden Treasures of Timbuktu: Historic City of Islamic Africa.[14]

Projek Manuskrip Tombouctou[sunting | sunting sumber]

Projek Manuskrip Tombouctou (Tombouctou Manuscripts Project)[15] pula ialah projek berlainan yang dijalankan Universiti Cape Town, Afrika Selatan. Projek ini ialah kerjasama antara kerajaan Afrika Selatan dan merupakan projek kebudayaan sulung "Perkongsian Baharu bagi Pembangunan Afrika". Projek ini dituuhkan pada tahun 2003 dan masih berjalan. Satu laporan projek telah diterbitkan pada tahun 2008.[16]

Dokumentasi[sunting | sunting sumber]

Beberapa projek dokumentasi berkaitan manuskrip Timbuktu telah dibuat termasuk:

1. Buku berkaitan Timbuktu yang membincangkan beberapa teks manuskrip yang diterbitkan pada tahun 2008.[17]

2. Filem berkaitan projek bertajuk, The Ancient Astronomers of Timbuktu, yang diterbitkan Yayasan Ford dan Tabung Amanah Peringatan Oppenheimer pada tahun 2009.[18]

3. Rangkaian TV Perancis/Jerman ARTE menerbitkan filem berkaitan warisan manuskrip Timbuktu, juga pada tahun 2009: Tombouctou: les manuscrits sauvés des sables [19] Filem boleh ditonton dalam talian:[20]

4. Sebuah filem berjudul Manuscripts of Timbuktu diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan juga pada tahun 2009.[21]

5. Imej-imej digital tiga puluh dua manuskrip juga boleh dicapai daripada Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat[22]. Sebahagian koleksi ini juga boleh dicapai melalui tapak web Perpustakaan Digital Dunia PBB.[23].

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Towards an omnilingual word retrieval system for ancient manuscripts". Pattern Recognition Volume 42, Issue 9, September 2009, Pages 2089–2105.
  2. Saving the Timbuktu Manuscripts
  3. THE TIMBUKTU MANUSCRIPTS – REDISCOVERING A WRITTEN SOURCE OF AFRICAN LAW IN THE ERA OF THE AFRICAN RENAISSANCE by NMI Goolam
  4. http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1913404-1,00.html
  5. http://www.nytimes.com/2007/08/07/world/africa/07mali.html?pagewanted=all
  6. www.timbuktufoundation.org
  7. http://www.saudiaramcoworld.com/issue/201105/from.africa.in.ajami.htm
  8. http://www.sum.uio.no/research/mali/timbuktu/cedrab/index.html
  9. http://international.loc.gov/intldl/malihtml/about.html
  10. Projek Manuskrip Timbuktu]
  11. Tapak Web Projek
  12. UNESCO.org – Timbuktu Manuscripts Project Continues with Preservation Study Tours
  13. Les Chemins du Savoir / Masālik al-Maʿrifa: Manuscrits de Tombouctou: patrimoine partagé / al-turāth al-mushtarak min khilāl makhṭūṭāt Tinbuktū. Rabat: Bibliothèque Nationale du Royaume du Maroc en collaboration avec l'Institut des Hautes Etudes et de Recherches Islamiques Ahmed Baba – Tombouctou, 13–17 Juin 2005. Workshop, exhibit and catalogue. Rabat: Institut des Études Africaines, Université Mohammed V – Souissi, 2005.
  14. John O. Hunwick, Aliday Boye, Joseph Hunwick: The Hidden Treasures of Timbuktu: Historic City of Islamic Africa, London: Thames & Hudson, 2008. ISBN 9780500514214. German translation: "Timbuktu und seine verbrgenen Schätze", Munich: Frederking & Thaler, 2009. ISBN 978-3894057558. See Amazon preview.
  15. Projek Manuskrip Tombouctou
  16. http://ajol.info/index.php/tvl/article/view/29826
  17. "The Tombouctou Manuscript Project: social history approaches"
  18. http://www.scribesoftimbuktu.com/index.php
  19. [http://www.arte.tv/fr/semaine/244,broadcastingNum=1016150,day=5,week=38,year=2009.html Tombouctou: les manuscrits sauvés des sables, arahan Lutz Gregor / Gruppe 5.
  20. Filem Tombouctou: les manuscrits sauvés des sables
  21. http://newsreel.org/video/THE-MANUSCRIPTS-OF-TIMBUKTU
  22. http://international.loc.gov/intldl/malihtml/malihome.html
  23. http://www.wdl.org/en/search/gallery?ql=eng&ct=Tombouctou

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Video[sunting | sunting sumber]