March

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

March dan mark merujuk kepada wilayah sempadan, misalnya Welsh Marches, daerah sempadan di antara England dan Wales.

Berbeza dengan zon penampan bebas tentera, march boleh dikuasai oleh sebuah negara tunggal dan dikubui demi mempertahankannya daripada negara berjiran. Walaupun ia biasanya mempunyai keluasan yang lebih kurang sama dengan kaunti, ia dibezakan daripada kaunti biasa kerana kedudukannya yang lebih penting di sempadan sesebuah negara berdaulat. Setiap march diperintah oleh seorang marquis atau seorang bangsawan yang memiliki gelaran yang sepadan di negara-negara Eropah yang lain. Sebagai perbandingan, kaunti biasa diperintah oleh seorang count.

Gambaran tentang keberbahayaan kawasan march di mana writ raja tidak dapat berkuasa, berbeza dengan keadaan di dewan atau istananya, telah dibayangkan oleh puisi, Beowulf, berkenaan dengan sekeping tanah paya di tepi tasik yang dikuasai oleh raksasa Grendel: "the fell and fen his fastness was, the march his haunt" yang lebih kurang berbunyi "bukit dan tanah paya kubunya, march itu tempat tumpuannya".

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua perkataan Frank, marka, dan perkataan bahasa Inggeris Lama, mearc, berasal daripada perkataan Proto-Germanik, *marko, [1] yang pada dirinya berasal daripada kata dasar Proto-Indo-Eropah, *mereg-, yang membawa pengertian, "pinggir, sempadan". Kata dasar *mereg- pula menghasilkan: [2]

  • perkataan Armenia, marz ("sempadan, tanah")
  • perkataan Latin, margo ("pinggir")
  • perkataan Ukraine, межа ("sempadan", "pinggir")
  • perkataan Ireland Lama, mruig ("daerah sempadan")
  • perkataan Parsi, marz ("sempadan, tanah")
  • perkataan Norse, merki ("sempadan, tanda")
  • perkataan mörk ("daerah sempadan, hutan").

Perkataan Inggeris Lama, "mark", kelihatan bermaksud "sempadan" atau "tanda sempadan" yang kemudian berkembang menjadi "tanda secara umum" lalu menjadi "tanggapan atau kesan yang membentuk sesuatu tanda". Perkataan "march" dalam erti kata "daerah sempadan" dipinjam daripada perkataan Perancis, marche, yang dipinjam pula daripada bahasa Frank. Sebaliknya, perkataan "mark" dalam erti kata "daerah sempadan" merupakan suatu pinjaman moden daripada Mark Jerman, singkatan untuk perkataan Markgrafschaft.

Nama "Denmark" mengekalkan kata seasal bahasa Norse Lama, merki ("sempadan"), mörk ("hutan kecil", "hutan"), sehingga hari ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]