Mary Tudor, Ratu Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mary Tudor
Permaisuri Perancis
Tempoh berkhidmat 9 Oktober 1514 – 1 Januari 1515
Kemahkotaan 5 November 1514
Suami Louis XII dari Perancis
Charles Brandon, Duke Suffolk pertama
Putera-puteri
Henry Brandon, Earl Lincoln pertama
Frances Grey, Duchess Suffolk
Eleanor Clifford, Countess Cumberland
Keluarga diraja Dinasti Tudor
Ayahanda Henry VII dari England
Bonda Elizabeth dari York
Kelahiran 18 Mac 1496(1496-03-18)
Richmond Palace, Surrey
Kemangkatan 25 Jun 1533 (umur 37)
Westhorpe Hall, Suffolk

Mary Tudor, Permaisuri Perancis (18 Mac 1496 – 25 Jun 1533) adalah adik perempuan kepada Henry VIII dari England dan permaisuri Perancis kerana perkahwinannya dengan Louis XII. Selepas kematian Louis, beliau berkahwin dengan Charles Brandon, Duke Suffolk pertama.

Perkahwinan pertama: Permaisuri Perancis[sunting | sunting sumber]

Lukisan Mary semasa menjadi Permaisuri Perancis

Mary adalah anak kelima kepada Henry VII dari England dan Elizabeth dari York, dan merupakan anak paling muda yang hidup semasa bayi. Beliau dilahirkan di Istana Richmond. Mary dan abangnya Henry, sangat rapat semasa masih kanak-kanak—baginda menamakan anak perempuan baginda, yang bakal menjadi Permaisuri Mary, sempena nama beliau. Kapal perang Mary Rose juga dinamakan sempena beliau.

Dikenali semasa mudanya sebagai salah seorang puteri yang paling cantik di Eropah,[1] Mary ditunangkan pada Disember 1507 kepada Charles dari Castile, yang kemudian menjadi Maharaja Suci Rom. Bagaimanapun, perubahan dalam pakatan politik kuasa-kuasa Eropah menjadikan perkahwinan ini tidak diteruskan.[2] Sebaliknya, Cardinal Wolsey merundingkan satu perjanjian damai dengan Perancis, dan pada 9 Oktober 1514, pada usia 18, Mary berkahwin dengan Raja Louis XII yang berusia 52 tahun di Abbeville. Salah seorang Pelayan Kehormat yang mengiringi beliau di Perancis adalah Anne Boleyn. Mary digambarkan oleh Duta Venetian sebagai "suatu Syurga—tinggi, langsing, bermata kelabu, sangat pucat". Beliau membiarkan rambutnya yang cantik merah keemasan lepas ke pinggang.[3] Walaupun telah dua kali berkahwin, raja tersebut tidak mempunyai anak lelaki yang hidup dan berusaha untuk menghasilkan waris; tetapi Louis meninggal pada 1 Januari 1515, kurang dari tiga bulan selepas baginda berkahwin dengan Mary, kononnya akibat lesu oleh kerahan tenaga di bilik tidur. Penyatuan mereka tidak menghasilkan sebarang anak. Berikutan kematian Louis, raja Perancis yang baru, Francis I cuba untuk mengaturkan perkahwinan kedua untuk balu cantik tersebut.[4]

Perkahwinan kedua: Duchess Suffolk[sunting | sunting sumber]

Mary tidak bahagia dengan perkahwinannya dengan Louis, kerana pada masa ini beliau hampir pasti bercinta dengan Charles Brandon, Duke Pertama Suffolk.[5] Henry tahu akan perasaan adiknya ini[6] tetapi mahukan mana-mana perkahwinan di masa depan memberikan keuntungan kepadanya. Apabila baginda menghantar Brandon untuk membawa Mary pulang ke England lewat Januari 1515, baginda membuatkan Duke tersebut berjanji yang beliau tidak akan melamar adik baginda.[7] Walau bagaimanapun, pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Perancis pada 3 Mac 1515. Secara teknikalnya ini adalah penderhakaan, kerana Brandon telah mengahwini seorang Puteri Diraja tanpa izin Henry. Baginda amat murka, dan Dewan Penasihat menggesa agar Brandon dipenjara atau dihukum. Kerana campur tangan Wolsey, dan rasa sayang Henry terhadap adik baginda dan Brandon, pasangan tersebut dilepaskan dengan denda yang berat.[8] Mereka berkahwin secara rasmi pada 13 May 1515 di Istana Greenwich.

Mary Tudor dan Charles Brandon
Keluarga Diraja Inggeris
Keluarga Diraja Tudor
England Arms 1405.svg
Jata Diraja
Henry VII
   Arthur, Putera Wales
   Margaret, Ratu Scotland
   Henry VIII
   Mary, Ratu Perancis

Walaupun selepas perkahwinan kedua beliau, Mary biasa dipanggil sebagai "Permaisuri Perancis" di Istana Inggeris, dan tidak pernah dikenali sebagai "Duchess dari Suffolk" sepanjang hayat beliau.[9] Mary menghabiskan sebahagian besar masanya di kediaman Duke di Westhorpe Hall di Suffolk.[10]

Hubungan antara Henry VIII dan Mary tegang lewat 1520-an apabila beliau menentang cubaan baginda untuk mendapatkan pembatalan bagi perkahwinan baginda dengan Catherine dari Aragon, yang telah Mary kenali bertahun lamanya. Beliau telah mula tidak suka pada bakal Permaisuri, Anne Boleyn,[11] semasa pertemuan di Perancis lagi.[12]

Mary meninggal di Westhorpe Hall, Westhorpe, Suffolk pada 25 Jun 1533, dan pada mulanya dikebumikan di biara dia Bury St Edmunds, Suffolk. Mayat beliau kemudian dipindahkan ke Gereja St. Mary yang berdekatan, juga di Bury St Edmunds, apabila biara tersebut musnah semasa Pembubaran Biara. Suami beliau kemudian berkahwin dengan tunangan anak lelaki mereka, Catherine Willoughby yang berumur empat belas tahun, yang dengannya mereka mempunyai dua orang anak lelaki.

Anak-anak[sunting | sunting sumber]

Mary dan Brandon mempunyai tiga orang anak:

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Mary digambarkan oleh bintang layar senyap Marion Davies dalam filem tahun 1922 When Knighthood Was in Flower, dikhabarkan semasa filem itu ditayangkan, sebagai filem termahal pernah dihasilkan. Ia merupakan satu dari kejayaan terbesar Davies. Satu lagi versi fiksyen mengenai pengalaman perkahwinan Mary digambarkan pada 1953 dalam filem Walt Disney The Sword and the Rose dibintang Richard Todd dan Glynis Johns.

Beliau juga menjadi tumpuan dalam novel-novel Mary, Queen of France oleh Jean Plaidy, The Reluctant Queen oleh Molly Costain Haycraft, Princess of Desire oleh Maureen Peters, dan The Secret Bride: In the Court of Henry VIII oleh Diane Haeger. Novel When Knighthood Was in Flower, oleh Edwin Caskoden (nama pena Charles Major) diterbitkan pada 1898, dan menjadi bahan rujukan bagi kedua-dua filem Davies dan Disney. Beliau juga difiksyenkan dalam novel fiksyen sejarah The Last Boleyn oleh Karen Harper.

Siri drama The Tudors menggambarkan hubungan antara Mary dan Charles, walaupun watak beliau dinamakan Puteri Margaret, dan merupakan gabungan watak Mary dan kakaknya Margaret Tudor, dilakonkan oleh Gabrielle Anwar. Charles Brandon dilakonkan oleh Henry Cavill. Banyak perubahan telah sewenang-wenangnya mengubah cerita asal. Contohnya, dalam siri tv tersebut, Henry mengaturkan perkahwinan adiknya dengan Raja Portugis yang tua, bukannya dari Perancis, lewat 1520an. Margaret/Mary kemudian membunuh suaminya. Satu lagi plt fiksyen menunjukkan Henry menjadikan Charles Brandon sebagai Duke dari Suffolk supaya beliau mempunyai taraf yang bersesuaian untuk memberikan adik Henry kepada Raja Portugis semasa perkahwinannya. Dalam cerita tersebut, perkahwinan Tudor/Brandon kemudiannya menjadi sejuk dan tidak dinyatakan mengenai tiga orang anak mereka. Namun satu lagi ketidaksinambungan mengaitkan kepada kematian adik Henry sebelum Wolsey (yang meninggal pada 1530).

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Weir, Henry VIII, m/s. 169. Erasmus menyatakan mengenainya "Nature never formed anything more beautiful."
  2. Weir, Henry VIII, m/s. 169.
  3. Hester W. Chapman"The Thistle and The Rose" m/s 172-173
  4. Antonia Fraser, The Wives of Henry VIII, m/s. 68-69.
  5. Weir, Henry VIII, p. 173.
  6. Weir, Henry VIII, p. 173. Letters from 1515 indicate that Mary agreed to wed Louis only on condition that "if she survived him, she should marry whom she liked."
  7. Weir, Henry VIII, p. 178.
  8. Weir, Henry VIII, p. 178, 184. The fine of £24,000 – approximately equivalent to £7,200,000 today – was later reduced by Henry.
  9. Fraser
  10. Weir, Henry VIII, p. 185.
  11. Weir, Henry VIII, m/s. 310.
  12. Weir, Henry VIII, m/s. 175. Anne and her sister Mary Boleyn were Maids of Honour in the entourage that accompanied Mary to France for her wedding.

Rujukan[sunting | sunting sumber]