Masashi Kishimoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masashi Kishimoto

Masashi Kishimoto (岸本斉史 Kishimoto Masashi?), lahir 8 November 1974, ialah pencipta dan pengarang manga popular Naruto. Dia memulakan kerjayanya sebagai pelukis manga dengan hasil kerjanya yang pertama iaitu Karakuri, yang dihantarkan kepada Shueisha pada tahun 1996. Bermula tahun 1999, hasil kerja seterusnya ialah Naruto dan diterbitkan dalam Majalah Mingguan Shonen Jump sebuah majalah manga. Kishimoto telah menerima Anugerah Hop Step yang diberi kepada artis baru setiap bulan oleh Shonen Jump.

Saudara kembarnya, Seishi Kishimoto juga seorang pelukis manga dan pengarang manga 666 Satan. Hasil kerja mereka yang seakan-akan sama telah membuatkan ada pihak menuduh berlakunya plagiarisme.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lahir di Daerah Okayama, Masashi Kishimoto telah mula melukis sejak usia pra-sekolah lagi. Dia mengidamkan untuk menjadi seorang pelukis komik ketika masih di sekolah rendah. Salah satu siri manga yang diminati Kishimoto ialah Doraemon. Kishimoto juga ialah peminat manga Dragon Ball dan Dragon Ball Z, dan pengarang manga itu Akira Toriyama. Dia juag merupakan peminat One Piece, Ghost in the Shell, dan Akira. Kishimoto juga pernah berkata dia amat mengagumi hasil kerja Toriyama sehinggakan ia memainkan peranan yang besar dalam penghasilan manga Naruto.

Hasil kerja[sunting | sunting sumber]

  • Karakuri Siri pendek (1996 - 1999)
  • Naruto Siri pendek (1997)
  • Naruto (1999 - 2014)
  • Bench Siri pendek (11 Oktober 2010)
  • Mario Siri pendek (2 Mei 2013)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]