Naruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Naruto
NarutoCoverTankobon1.jpg
Muka depan keluaran pertama manga Naruto
NARUTO -ナルト-
(Naruto)
Genre Aksi, Pengembaraan, Komedi, Drama, Shōnen
Manga
Pengarang Masashi Kishimoto
Ilustrasi Masashi Kishimoto
Penerbit Japan Shueisha
Penerbit Lain Jerman Carlsen
Sepanyol Catalonia Glénat
United States VIZ Media
UK VIZ Media
Sweden Manga Media
Vietnam Kim Đồng
Malaysia Comics House
Majalah Asal Japan Shonen Jump
Majalah Lain Malaysia Kreko
Tarikh Pengeluaran 21 November 19994 November 2014
Jilid 71 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
Pengarah Hayato Date
Skrip/Penulis Katsuyuki Sumisawa
Junki Takegami
Studio Studio Pierrot
Penyiaran Asal Jepun TV Tokyo, Animax
Lain-lain Penyiaran Malaysia TV3
Tarikh tayangan 3 Oktober 20028 Februari 2007
Siri anime televisyen
Naruto Shippuden
Pengarah Hayato Date
Skrip/Penulis Junki Takegami
Studio Studio Pierrot
Penyiaran Asal Jepun TV Tokyo, Animax
Lain-lain Penyiaran Malaysia TV3
Tarikh tayangan 15 Februari 2007 – kini
Karya yang berkaitan

Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan penduduk di sekitar kampung tidak menyukainya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk lupakan tanggapan buruk terhadap masyarakat sekitar terhadap dirinya.

Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. Versi Bahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shōnen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut. Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House yang telah mengeluarkan 66 buah jilid pada November 2013.

Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di seluruh rangkaian televisyen di Jepun termasuklah di rangkaian Animax pada 3 Oktober 2002, di mana ianya masih lagi ditayangkan. Naruto juga membuat kemunculan sulung di dalam rangkaian Cartoon Network, Amerika pada 10hb September 2005 dan di rangkaian YTV, Kanada pada 16hb September 2005. Manakala, kemunculan siri ini di United Kingdom telah bermula pada 22hb Julai 2006 di rangkaian Jetix dan kemunculan di Australia dalam rangkaian Toasted TV pada 12 Januari 2007. Di Malaysia, siri ini mula ditayangkan dalam rangkaian Astro Ria pada tahun 2004 dan juga dirangkaian TV3 pada tahun 2005. Di TV3 sekarang bersiaran pada hari Jumaat pada pukul 7 petang. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.

Perkembangan dan Populariti[sunting | sunting sumber]

Perkembangan dan populariti siri ini boleh disamakan dengan populariti yang dicapai oleh satu lagi siri popular bergenre aksi seperti siri Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama yang muncul dalam majalah mingguan Shōnen Jump di Jepun. Sejak kemunculannya, banyak laman-laman web peminat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang mana kebanyakan laman-laman web ini mengandungi dan memberikan samada informasi terperinci, panduan dan juga forum-forum yang berkaitan dengan siri tersebut. Sesetengah daripada laman web popular yang terawal, mensasarkan kepada para penggemar berbahasa Inggeris dan ini berlaku sejurus sahaja kemunculan pertama manga edisi bahasa Inggeris diterbitkan pada Ogos 2003. Seperti mana kebanyakkan siri manga yang lain, siri ini turut juga mengakibatkan kemunculan koleksi kad permainannya yang tersendiri.

Sejajar dengan kemunculan tayangan perdana siri animasi ini di Amerika Utara pada tahun 2005, beberapa laman web peminat telah melakukan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris (bahasa asal adalah bahasa Jepun) dan memberikan kelebihan untuk memuat turun fail-fail tersebut secara percuma di internet. Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang salah, namun oleh kerana permintaan terlampau tinggi daripada peminat-paminat membuatkan proses menterjemah siri ini dari bahasa Jepun ke bahasa Inggeris diteruskan. Siri ini mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminatnya di serata dunia. Contohnya, isu 7 siri ini telah memenangi Quill Award untuk grafik terbaik di dalam sesebuah novel di Amerika Utara. Manakala dalam rangkaian televisyen TV Asahi Corporation di Jepun telah menyenaraikan siri animasi Naruto di tangga ke-17 di dalam carta/ranking 100 animasi terbaik mereka. Di Malaysia, terjemahan dan bahan-bahan dari siri ini boleh didapati dengan mudah.

Maklumat Siri Animasi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Senarai episod Naruto: Asal, Senarai episod Naruto: Shippuden dan Senarai media Naruto

Walaupun kemunculan sulung siri animasi Naruto disiarkan agak lewat selepas kemunculan manganya, namun jalan cerita siri animasi dapat mengikuti sejajar perkembangan siri manga. Ini adalah kerana, sesetengah babak dalam siri animasi merangkumi beberapa babak berturutan dalam siri manga. Untuk mengelakkan berlakunya penindihan jalan cerita di antara animasi dan manga, pengarah animasi selalunya akan menambahkan atau memanjangkan sedikit jalan ceritanya berbanding apa yang berlaku dalam siri manga. Contohnya, dengan memasukkan sedikit "filler" atau plot jalan cerita sampingan, penyusunan jalan cerita yang kadangkala tidak mengikut susunan jalan cerita siri manga dan menonjolkan beberapa babak pertarungan pendek. Ketika hampir tamatnya jalan cerita Misi Menyelamatkan Sasuke di dalam siri animasi (Episod 135), ia telah berada di satu tahap di mana siri animasi sudah hampir dengan episod jalan cerita di dalam siri manga. Sebaik sahaja jalan cerita tersebut tamat, siri animasi kemudiannya ditukar kepada jalan cerita sampingan untuk animasi sahaja (tiada berkaitan dengan jalan cerita di dalam siri manga) untuk membenarkan siri manga mendahului sekali lagi jalan cerita siri tersebut. Siri yang berteraskan plot jalan cerita sampingan ini mempunyai 85 episod dan terkandung dalam siri animasi pertama.

Apabila jalan cerita siri animasi telah kembali sejajar jalan cerita siri manga, tajuknya telah diubah dan ianya telah dinamakan sebagai Naruto: Shippūden dan siri terbaru ini telah mula ditayangkan pada 15 Februari 2007.

Namun, secara umumnya, siri animasinya masih lagi berteraskan apa yang dipaparkan dalam siri manga, cuma kadangkala terdapat sedikit perubahan kecil, samada dari segi penambahan atau pengurangan di dalam sesuatu plot (seperti punca kematian, kecederaan anggota badan, kecederaan lain dan sebagainya). Contohnya seperti paparan plot pertarungan antara Tenten dan Temari yang telah dipanjangkan di dalam siri animasi berbanding apa yang telah dipaparkan dalam siri manga. Bagi plot jalan cerita sampingan pula, ianya bertujuan untuk mengisi kekosongan atau sebagai penghubung di antara satu episod dengan episod yang lain di dalam manga. Ianya meliputi jangkamasa singkat plot-plot sebelum "Misi menyelamatkan Sasuke" dan plot-plot jalan cerita sebelum kemunculan siri Naruto: Shippūden. Dianya juga banyak mengketengahkan watak-watak sokongan dengan tujuan untuk memberikan lebih penampilan kepada watak-watak yang jarang kelihatan.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Untuk maklumat lanjut, lihat Plot Naruto, Plot Naruto II, dan Senarai cerita-cerita Naruto
Uzumaki Naruto, watak utama Naruto.

12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyubi atau namanya Kurama merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu musnahkan sebahagian Kampung Konoha dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di Kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat dan isterinya telah mengorbankan diri untuk mengurung Kurama di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.

Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang cikgu yang bernama Hatake Kakashi.

Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.

Beberapa watak jahat juga muncul iaitu Orochimaru, Akatsuki, Madara Uchiha dan Kaguya Otsutsuki.

Watak[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai watak Naruto

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu pembukaan[sunting | sunting sumber]

No Nama lagu Penyanyi Episod
1 ROCKS Hound Dog 1-26
2 Haruka Kanata ASIAN KUNG-FU GENERATION 27-52
3 Kanashimi wo Yasashisa Ni little by little 53-78
4 GO!!! Flow 79-104
5 Seishun Kyoskyoku Sambomaster 105-130
6 No Boy, No Cry Stance Punks 131-156
7 Discord Satellite Snowkel 157-182
8 Remember Flow 183-208
9 Yura Yura Hearts Grow 209-220

Lagu penutup[sunting | sunting sumber]

No Nama lagu Penyanyi Episod
1 Wind Akeboshi
2 Harmonia Rythem
3 Viva Rock Orange Range
4 Alive Raiko
5 Ima Made Mando Mo The Massmissile
6 Ryuusei TiA
7 Mountain A Go Go Two Captain Stridum
8 The First Time I Spoke With You GagagaSP
9 Nakushita Kotoba No Regret Life
10 Speed Analog Fish
11 Soba Ni Iru Kara Amadori

Lagu Pembukaan Naruto: Shippuden[sunting | sunting sumber]

No Nama lagu Penyanyi Episod
1 Hero's Come Back!! Nobodyknows+ 1 - 30
2 Distance Long Short Party 31 - 53
3 Blue Bird Ikimono-gakari 54 - 77
4 Closer Inoue Joe 78 - 102
5 Hotaru no Hikari Ikimono-gakari 103 - 128
6 Sign FLOW 129 - 153
7 Toumei datta Sekai Hata Motohiro 154 - 179
8 Diver NICO Touches the Walls 180 - 205
9 Lovers 7!! Seven Oops 206 - 230
10 Newsong tacica 231 - 256
11 Totsugeki Rock THE CRO-MAGNONS 257 - 281
12 Moshimo Daisuke 282 - 306
13 Niwaka Ame ni mo Makezu NICO Touches the Walls 307 - 332
14 Tsuki no Okisa Nogizaka46 333 - kini

Lagu Penutup Naruto: Shippuden[sunting | sunting sumber]

  • Nagareboshi(Shooting Star) - Home Made Kazoku
  • Michi (to you all) - Aluto

Runut bunyi permainan video[sunting | sunting sumber]

  • Intro
  • Main Menu
  • Character Select
  • VS
  • Outside Garden
  • Ichiraku Ramen
  • Training Area
  • Forest of Death
  • Bridge - Haku
  • Mist Bridge - Zabuza
  • You Win
  • You Lose
  • Continue
  • Game Over
  • Name Entry - Results
  • Story Mode A
  • Story Mode B
  • Story Mode C
  • Wind

Runut bunyi Filem 1[sunting | sunting sumber]

  • Legend of Konoha
  • Konoha Village's Sports Meet
  • Go Go Sports Meet
  • I Said That's Enough~
  • Princess Fuun's Big Adventure
  • Princess Fuun!? Show Yourself
  • I'll Protect Her!!
  • Yukie Fujikaze Here
  • Premonition of a Snow Storm
  • Koyuki Kazahana
  • It's My Job
  • Actress - Yukie Fujikaze
  • Assault!
  • Defensive Stance
  • Evasion
  • After the Tragedy
  • Hexagon Crystal
  • I Will Never Give Up!
  • Wake Up! Transforming Fox
  • Happy End

Lagu tema Filem 1[sunting | sunting sumber]

  • Home Sweet Home
  • Gyu-ru-ru

Runut bunyi Filem 2[sunting | sunting sumber]

  • Sandstorm
  • Nerugui
  • The Great Capture Strategy
  • Battle Introduction
  • Ruins
  • Naruto vs Temujin
  • Two Great Men
  • Roving Fortress
  • An Old Dance
  • Camping
  • Distant Memories
  • Mr. Hyde
  • Caravan
  • Private Investigation
  • Audience
  • Lord of Ideals
  • Destruction
  • A Critical Situation
  • Genjutsu
  • Gaara vs Ranke
  • Suna Bunshin
  • Hand of the Devil
  • Shikamaru vs Fugai
  • The Promise to a Dream
  • Noble Sacrifice
  • Kahikos Plan
  • Mural
  • All-Out War
  • Light and Shadow
  • Legendary Strength
  • Hypocrite
  • Truth
  • Face of Evil
  • Despair
  • Ruler of Darkness
  • A Comrade's Support
  • An Extremely Deadly Technique
  • Out of Control
  • Temujin
  • Bonds
  • Siren of Hope

Lagu tema Filem 2[sunting | sunting sumber]

  • Ding! Dong! Dang! Here
  • Naruto Ondo Here
  • OH! ENKA!

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Rasmi Rahsia Buku Peminat (秘伝表の諸オフィシャルファンブック hiden hyō no sho Ofisharu fan bukku?)[1]
  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)[2]
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)[3]
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Masashi, Kishimoto (2002). NARUTO : hiden hyō no sho Ofisharu fan bukku. Tōkyō: Shūeisha. ISBN 9784088733210. 
  2. Kishimoto, Masashi. Naruto : the official character data book (edisi ke-Shonen Jump profiles ed.). San Francisco, Calif.: Viz Media. ISBN 978-1421541259. 
  3. Masashi, Kishimoto (2005). Naruto -Naruto- hiden tō no sho : kyarakutā ofisharu dēta bukku. Tōkyō: Shūeisha. ISBN 4088737342. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web rasmi/berita[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]